Saturday, January 15, 2011

Book To Share


Tyme tengah cari2 buku utk buat ISL dan Tutorial utk Math pagi tadi, tb2 saya terjumpa buku ni.. Agak menarik tajuknya coz internet becomes one of the most important thing in our life nowadays. Semakin banyak perkhidmatan, permainan, perniagaan yang berasaskan internet sekarang. Semua kerja menjadi mudah hanya dengan 1 klik sahaja. Perhubungan jarak jauh bukanlah menjadi satu masalah kerana kita masih boleh buka komputer atau laptop atau hp dan trus online. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Line stremyx pun da murah skarang untuk dilanggani..Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu. Tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya selama ini kita juga sedang online dengan Allah?

Hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta. Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan.
Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal. Walaupun hakikatnya saya belum habis pun membaca buku ni (buka pun belum act...ahaks!), namun InsyaAllah saya yakin banyak manfaat yang boleh diperoleh. Tak rugipun kalau kita luangkan masa untuk membaca..Dan pesanan saya sebaiknya, amalkanlah ilmu yang didapati ya!!

No comments:

Post a Comment