Monday, September 3, 2012

Happy Itu Pun Satu Ujian:)


Allah tidak akan uji hambaNya tanpa sebab musabah. Allah tahu kegembiraan boleh menyebabkan manusia leka dan alpa buat sementara. Sebenarnya kegembiraan, kesenangan dan kebahagiaan yang kita rasakan kini juga merupakan ujian daripada Allah. Allah sengaja uji kita sama ada ingtkah kita dengan Allah saat kita tengah ketawa? Bersyukurkah kt dengan kesenangan jiwa yang kita rasai ketika ini? Bersediakah kita dengan sebarang kemungkinan selepas kebahagiaan yang kita rasakan sekarang?Adakah kesenangan yang kita rasakan itu betul caranya dan tindakannya atau kerana kita mengikut nafsu semata-mata? Adakah kesenangan yang kita rasakan itu membuatkan orang lain gembira sama atau lebih sedih? Adakah kegembiraan yang kita rasakan itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan orang di sekeliling kita? Nah,buka minda, Tanya iman.

 Hidup bukan untuk menyenangkan hati semua pihak tapi apabila setiap perbuatan yang kita lakukan ini niatnya harus diletakkan kerana Allah Taala, InsyaAllah hati kita akan tenang. Jika hukum Allah sudah kita langgar, dimanalah letaknya ketenangan yang dipuja-puja itu? Jika perbuatan  ‘menggembirakan’ kita mengundang unsur fitnah terhadap diri sendiri dan agama, mengapa masih digelar kebahagiaan? Jika penat digelar jahat, mengapa masih terus menerus melakukan kejahatan? Perubahan ke a rah kebaikan memang sakit dan sukar. Kadang-kadang kita akan putus asa tapi jangan lupa Allah sentiasa dalam perjuangan kita. Allah akan sentiasa membantu kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang.





Moga Allah memberi kita jalan utk melihat yg salah itu adalah salah..yg btul itu adalah betul.. Kita redha dan sesungguhnya Allah sayangkan hambanya sebab tu diturunkan ujian kerana mahu hambanya balik ke pangkal jalan..Sekadar ingatan buat diri sendiri..

No comments:

Post a Comment