Thursday, June 3, 2010

..Santapan Minda..


"Semakin kita mendekati-Nya, semakin kita diuji. Semakin banyak doa, semakin banyak ujian yang menimpa,kerana segala yang dipinta tidak datang dengan segera, tetapi akan diperoleh apabila kita berjaya mengharungi dan memilih jalan dengan betul. Akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah..Moga kasih Allah bersama kita"

"Jangan cinta kerana dia lelaki, jika bukan jodoh, bukan suami kelak merana diri. Jangan disayang kerana rupa, senyuman manis tipu belaka,jika dia tidak sebaik rupanya. Jangan disambut salam rindu, kelak kita menahan sendu jika rindu tidak dapat disatu..Wahai sahabat, wahai teman.. Carilah dia kerana Tuhan, untuk menambah cantiknya iman , bekalan diri hidup berteman, terimalah dia penuh keikhlasan. Baik buruk ketentuan Tuhan, andai buruk anggaplah dugaan, andai baik pujilah Tuhan..Moga mendapat redha-Nya"

"Ujian hidup adalah 'guru' yang tidak bercakap tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Hakikatnya ia adalah komunikasi antara Tuhan dengan hambaNya. Kecil atau besar ujian itu adalah takdir, USAH DIPINTA DIKECILKAN UJIAN, PINTALAH DIBESARKAN IMAN MENGHADAPINYA..."

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu"

"KELMARIN memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita..SEMALAM adalah teladan dan pengajaran dan untuk menghadapi hari ESOK. Jadikan kelmarin dan semalam sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.."

"Bermula daripada satu perkenalan, terjalin sebuah ikatan. Hubungan tercipta seribu kenangan..Kini hadirnya perpisahan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam perhubungan. Lantaran itu, belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan dan tidak mungkin akan berulang lagi..malah tidak siapa yang bisa mengubahnya. Itulah realiti kehidupan, namun perhubungan yang sejati pasti akan membawa kerinduan yang abadi"

"Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baikuntukmu..kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."

"Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.. Begitulah hati..Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tapi apabila hati mati, mudahnya dipengaruhi. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayah-Nya sudah tentu hati yang menyesali dosa-dosanya. Moga hati kita ialah hati yang hidup itu."

"Dunia itu masih seluas yang engkau impikan, tidak perlu kau simpan luka itu sedalam yang kau rasa..Memang ada waktu agar kau dapat kembali semula, percaya bahawa kita bisa melewatinya..Jangan bersedih.. Jalan hidup tak selalunya indah, ada yang suka dan ada yang duka..Jalani semua yang kau rasakan, kau pasti bisa!!"

"Aku berlindung kepada Allah dari kelalaian, aku berlindung kepada Allah dari azab dan aku berlindung kepada Allah dari menderhakai Tuhan yang Maha Agung.."

"Dari Imam Syafiee: Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi..Tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah.. Kelmarin Allah telah menolongmu, percayalah esok pun Dia akan tetap menolongmu.."


No comments:

Post a Comment