Saturday, October 16, 2010

Keindahan Itu Milik Allah

Setiap kejadian Allah itu indah...sememangnya Allah menciptakan setiap perkara itu tanpa sia-sia..Waima sekecil-kecil ciptaan Allah itu seperti kuman atau bakteria tetap Allah jadikan fungsi dalam kehidupan fana ini; inikan pula dengan setiap kejadian besar atau petanda yang dapat kita lihat dalam hidup seharian...

Menerusi pembacaan saya dalam buku Rangkaian Cerita Dalam Al-Quran, hasil dari Bey Arifin, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui betapa besarnya ilmu yang Allah turunkan di dalam mukjizat Nabi Muhammad SAW ini.. Bukan setakat ilmu duniawi tetapi juga ilmu masa silam, masa lampau....Betapa ruginya saya sekiranya dalam kehidupan harian saya asyik membicarakn mengenai cinta duniawi sahaja sedangkan ada perkara yang lebih baik untuk dibincangkan..Sesungguhnya, saya berasa teramat beruntung kerana menjadi umat Baginda...Betapa saya rasa kerdilnya ilmu saya jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT...

Biarlah saya berkongsi sedikit ilmu yang telah saya peroleh menerusi pembacaan saya ini..Sesungguhnya saya berasa bersyukur dilahirkan secara langsung sebagai umat Islam kerana saya merasakan bahawa itu satu lesen atau peluang yang sangat berharga sebagai seorang hamba dan makhluk ciptaan Allah... Saya tidak dapat membayangkan betapa ruginya sekiranya saya beragama lain kerana Islam adalah satu agama yang lengkap, mudah dan selamat...Catatan saya ini bukan berhasrat untuk menghina agama lain tetapi hanyalah sebagai tanda syukur saya dilahirkan sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW...
Berbalik kepada buku tadi, saya telah membaca cerita mengenai kisah Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Lut dengan kaumnya yang homoseks, Nabi Hud dengan kaumnya 'Ad dan sehinggalah kepada nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW...Rata-ratanya kisah kaum Nabi Nuh, Musa, Lut dan Hud menceritakan betapa kaum Bani Israel tidak dapat menerima ajaran yang dibawa oleh utusan Allah ini dan sebagai balasannya, Allah telah mengirimkan banyak bencana alam dan memusnahkan kaum yang menentang ajaran Allah..

Ini sekaligus telah membuat saya berfikir..Dengan sekejapnya Allah menurunkan bala terhadap kaum-kaum Nabi sebelumnya kerana mereka ingkar dengan ajaran yang diturunkan oleh utusan Allah; namun mengapa pada masa sekarang walaupun banyak maksiat dan penyelewengan berlaku, Allah tidak menghancurkan mereka secara sekaligus?? Kalau ada pun, yang paling teruk adalah kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu dimana mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa.. Dan yang paling uniknya, di dalam kejadian tersebut hampir semua yang berlindung di dalam rumah Allah iaitu masjid terselamat dan hanya sedikit kerosakan sahaja didapati terhadap rumah ibadat ini. Kejadian ini secara ketaranya menunjukkan bahawa betapa Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada manusia sejagat.. Betapa Allah ingin memperingatkan kepada manusia bahawa bahananya mengingkari perintah Allah dan bahanaya sekiranya kita tidak melaksanakan tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini..

Daripada apa yang pernah saya baca dahulu, terdapat satu sumber yang menyatakan mengapa Allah melengahkan sedikit penyeksaan terhadap manusia pada masa sekarang, namun kerana kekhilafan saya, artikel tersebut telah saya siakan..InsyaAllah, sekiranya saya menemui sekali lagi artikel tersebut, akan saya selitkan di dalam blog saya ini...Sesungguhnya pembacaan saya di dalam buku ini @ tafsir Al-Quran telah menunjukkan betapa besarnya keagungan Allah..Walaupun saya tidak berpeluang untuk merasai bagaimana keadaan dan suasana pada zaman Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, terutamya ketika bencana yang melanda akibat daripada perbuatan mereka yang mengingkari perintah Allah, namun melalui kejadian Tsunami inilah saya mendapat banyak sekali ikhtibar terhadap setiap perkara yang diterangkan di dalam Al-Quran Al-Karim...

Betapa saya berasa bersyukur kerana Allah telah membukakan minda saya untuk melihat dan berfikir menerusi ayat-ayat yang telah disampaikan di dalam Al-Quran. Betapa saya bersyukur kepada Allah kerana saya bukanlah berada di dalam kelompok yang menerima bencana yang maha dasyat itu... Betapa saya berasa bersyukur kepada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk hidup dan memperbaiki segala amalan dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah saya lakukan...

Astagfirullahalazim...

No comments:

Post a Comment