Thursday, August 26, 2010

Diari Hati Saya

Menjadi seorang yang baik bukannya susah..Menjadi seorang wanita yang baik bukannya payah..Bercita-cita menjadi seorang wanita muslimah yang baik alhamdulillah..Menjadi seorang wanita muslimah solehah yang baik InsyaAllah, caranya mudah...
Namun setiap kemudahan tidak datang dengan segera..Setiap kesenangan tidak datang dengan serta merta..dan setiap kebaikan tidak akan datang dengan sia-sia..Jika tidak, mana mungkin datangnya pepatah melayu mengatakan, "Yang bulat tidak akan datang bergolek-golek.."
Mungkin ada yang tidak faham akan peribahasa ini.. kerana tersuratnya amatlah banyak, tafsirannya amatlah mendalam dan meluas..
Setiap kemudahan tidak akan datang dengan segera..ya, betul..sebab?? sebab Allah akan sememangnya ingin mendidik jiwa hambaNya supaya sentiasa bersabar dan berusaha.. Semua orang tahu bahawa setiap permulaan langkah memang agak susah, namun setelah kita telah terbiasa melaluinya, perkara tersebut bukan lagi menjadi penghalang kita untuk berjaya malah ianya menjadi penanda aras bagi tahap kemampuan kita.. Maksudnya, sebelum Allah mendatangkan kemudahan kepada kita, seseorang itu, haruslah diuji terlebih dahulu supaya dia terbiasa. Apabila sesuatu perkara sudah jadi biasa, maka senanglah...Maka, bila perkara sukar dibiasakan dalam kehidupannya, lama-lama akan menjadi senang..What a simple theory..:) Sebagai contoh, anda baru sahaja mahu belajar memandu kereta..ya, pada awalnya, memang susah dan tidak biasa..tapi apabila selalu dipraktiskan, maka pada akhirnya, anda akan terbiasa dan merasakan bahawa sebenarnya senang betul memandu sebuah kereta..Maka, memang jelaslah disini bahawa, memulakan sesuatu perkara adalah SUKAR, tetapi apabila kita sudah terbiasa dengannya, InsyaAllah semua yang SUKAR kan bertukar menjadi SENANG.. Dan tatkala kesenangan itu tiba, janganla kita lupa ya siapa yang membantu kita.. Ucapkanlah Alhamdulillah, tanda kesyukuran kita diberi nikmat untuk merasa kesenangan tersebut dan dipermudahkan menghadapinya..
Ya, daripada aplikasi kisah belajar kereta di atas, ini dapat kita kaitkan dengan masalah hidup kita. Seringkali kita mengeluh apabila ditimpa cabaran atau masalah hidup..Namun, pernahkan terfikir mengapa Allah wujudkan cabaran dalam hidup kita?? Mengapa kita perlu susah payah bersengkang mata memikirkan tentang masalah tersebut, bercucuran air mata mengenangkan masalah yang semakin membesar...Kerana Allah ingin kita membiasakan diri dengan keadaan yang susah sebelum menjalani hidup yang senang di kemudian hari.. Kerana Allah ingin membentuk kita menjadi manusia yang teguh peribadi, kuat pendirian dan gagah nurani. Orang yang bijak bukan sahaja dilihat dengan pencapaiannya dalam setiap pekerjaannya atau bilangan A nya tapi dilihat menerusi bagaimana bijaknya dia menyelesaikan sesuatu masalah, bagaimana dia arif dalam berhadapan dengan situasi yang maha sempit dan bagaimana dia pintar dalam mencari jalan penyelesaian untuk keluar daripada kemelut hidup. Orang yang bijak akan bertambah imannya walaupun diberi Allah dengan pelbagai dugaan. Dia sentiasa bersyukur kerana Allah sentiasa berada disampingnya. Orang yang diberi dugaan adalah orang yang disayangi Allah. Allah sayang kepadanya kerana Allah ingin dia jadi seorang yang berjaya dan a better person. Allah mendatangkan ujian kepadanya kerana Allah mahu dia sentiasa terjamin kehidupannya dan Allah tidak mahu dia terjerumus dalam lembah yang hina. Allah mendatangkan kesusahan dalam hidupnya kerana Allah ingin mendidik jiwanya menjadi seorang yang kuat dan redha dengan setiap ketentuan yang telah disuratkan. Allah beri ujian bukan kerana Allah benci padanya atau Allah sengaja ingin menyusahkannya tetapi Allah punya alasan yang kukuh mengapa setiap perkara itu berlaku.Hanya orang mukmin sahaja yang tahu betapa besarnya hikmat didatangkan ujian di dalam hidupnya. Hanya orang mukmin sahaja yang tahu betapa indahnya hikmah kesabaran dalam menghadapi ujian yang melanda..
Apabila ujian datang melanda, berdoalah..bertawakallah kepada Allah..berserahlah kepada Allah..sesungguhnya Allah tidak akan pernah menganiaya umatnya. .Allah maha Penyayang..Alalh Maha Pengasih..Allah tidak akan sia-siakan setiap kesabaran hambanya.. Allah juga tahu tahap kekuatan hamba-hambaNya. Sesungguhnya, Allah tidak akan mendatangkan ujian melebihi daripada kemampuan hambanya. Ingatlah perkara tersebut.. Setiap apa yang berlaku InsyaAllah kita boleh atasinya jika kita bersabar..Ingat Allah sentiasa..Dan paling penting apabila kesenangan sudah mulai tiba selepas ujian tersebut, jangan lupa ucapkanlah Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah...

Sekadar perkongsian bingkisan minda daripada seorang hamba Allah yang lemah lagi hina.. Kerana ujian yang Allah kirimkan kepada diri ini pada hari ini, alhamdulillah, menjadikan saya sebagai seorang yang lebih matang dalam menilai liku-liku dan melalui perjalanan hidup ini...Semoga perkongsian ini memberikan kesan yang mendalam kepada semua yang membaca..InsyaAllah..Astaghfirullahalazim...

No comments:

Post a Comment