..........................
Jika bilik anda tiba-tiba didatangi ’semut’ berwarna hitam (terutama sekali yang tidak memberikan kesan ’sakit’ apabila digigit), bermakna dalam masa terdekat akan ada ‘wang’ yang sampai ke tangan anda, tidak kiralah sama ada kuantitinya banyak mahupun sedikit.
Namun, jika bilik anda didatangi semut-semut yang bukan berwarna hitam dan meninggalkan kesan sakit atau gatal apabila ia menggigit anda, bermakna kewangan anda akan mengalami kemerosotan pada waktu itu. Dalam erti kata lain, anda sedang/bakal menghadapi musim ‘kering’ atau pokai.
Ketahuilah bahawa semut-semut ini tidak sentiasa ada di bilik anda. Ia datang dan pergi bila-bila masa sahaja. Jika semut kategori kedua itu berkunjung atau bertamu di sudut-sudut bilik anda dalam jangka masa yang agak panjang, anda perlulah mula berjimat cermat bagi mengelakkan anda ‘tersungkur’ kerana langsung ketiadaan wang. (Kalau ada duit sekalipun, perlulah berjimat cermat ya. Jangan terlalu boros. Harus beringat sentiasa bagi menghadapi saat-saat ’sukar’).
Oleh itu, anda bolehlah mula menjelajah di sekeliling bilik anda dan melihat semut bagaimanakah yang sedang mendatangi bilik anda pada waktu ini. Tempat duduk anda di pejabat juga boleh diguna pakai untuk info ini ya.
Tetapi ingat, apa yang dikongsikan ini tidak semestinya ‘tepat’. Petunjuk untuk setiap individu kemungkinan berbeza-beza. Tapi apa yg pasti, apa yg sy dpt perhatikan, kdatang semut2 ni dbilik jran sy, smemangnya mmbawa bnyak rezki..tiap kali ada saja kengkawan len dtg sedekahkan makanan dbilik ni..hehe..Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. DIA telah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi
ini mempunyai saling kaitan antara satu dengan yang lain.
p/s: buat jiranku, jangan marah ha...:) :P
No comments:
Post a Comment