Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.
Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan ''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...
Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes kanak-kanak kepada si doktor besar. Si pelajar terus membentang, namun si doktor sekadar membuat muka 20 pence, tidak menunjukkan riak wajah suka, benci mahupun duka.
Setelah mendengar cerita si pelajar, si doktor mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pasangan anak dan ibu sendiri sebelum memberikan markah teakhir kepada si pelajar. Doktor pun bertanya kepada si ibu;
''how was this student just now?''
Dengan tidak semena-mena, si kanak-kanak berteriak;
''Fabulous!! ''
Si ibu hanya sekadar tersenyum mendengar kepetahan anaknya bercakap, lalu diikuti oleh senyuman sang doktor.
Namun yang pastinya, senyuman si pelajarlah yang paling panjang sekali =)
Moral of the story
1. Senantiasa hiasi diri anda dengan kata-kata yang postitif & senyuman, agar dunia melihat anda senantiasa postif, dan apa yang lebih penting, agar anda lebih positif akan diri anda.
2. ''The Law of Repetition'' merupakan satu hukum alam yang sangat berkesan terutamanya dalam pendidikan kepada anak-anak kecil. Pastikan anak-anak kecil sentiasa bergelumangan dalam suasana yang positif untuk pembesaran yang positif.
No comments:
Post a Comment