Thursday, June 3, 2010

Saya Tak Nak Jadi Dewasa

Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa.
Boleh pakai kasut tumit tinggi.
Boleh melaram, mekap-mekap muka.
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak bende lah boleh buat kalau dah besar ni


Lama-lama, baru saya perasan.
Saya dah tak bace komik doraemon, tapi magazine CLEO
Saya dah tak main masak-masak tapi mmg masak betul-betul
Saya dah lame dapat kunci 21.
Saya dah boleh mengundi.
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.


Saya ingatkan best jadi dewasa ni.
Saya boleh buat decision sendiri, mak bapa saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tp bakal guru.
Bakal mengajar anak orang, bukan boleh sebarang.
Kalau dulu buat karangan "Saya Seekor Nyamok” tapi baru-baru ni saya submit essay pasal The Philosophy of Mathematics Education In Malaysia.
Dulu saya mintak bapa beli computer sebab nak main games, tp skarang saya beli computer utk buat assignments dan macam-macam.

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang.
Kena professional.
Banyak tanggungjawab.
Banyak masalah, lg byk dari masa remaja dulu.
Banyak essay nk kene tulis.
Banyak pakai duit.
Tak boleh emo tak bertempat.

Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan,keputusan,keputusan
Kena kawan dengan semua org, biarpun tak sama interest dengan kita
Kena berpada-pada kawan ngan kaum adam (perbezaan kaum ni besar maknanya.)
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

sumber:Edited dari iluvislam.com

No comments:

Post a Comment