Sunday, December 5, 2010

Tahun Baru Bakal Menjelma


Alhamdulillah, rasanya InsyaAllah saya telah berjaya mengharungi tahun ini dengan baik..Memang banyak cabaran yang telah saya hadapi termasuk masalah belajar, cinta, keluarga dan rakan namun berbekalkan kesabaran, keimanan, kekuatan dan dorongan yang kuat daripada keluarga dan para sahabat yang tersayang, saya mampu menghadapinya dengan baik..Terima kasih kepada semua..Mungkin ramai yang lupa bahawa tahun baru bagi umat Islam akan bermula pada hari Selasa ini iaitu bersamaan 7 Desember 2010@ 1 Muharram 14**H..Haish..truk btull..huhu..tahun pun da xtau..Hurm..malunya:(
Hurm, sbut pasal tahun baru, pasti orang sbuk bcerita tentang azam baru..Ya Allah, rasanya saya terpaksa mengqada'kan azam saya pada tahun lepas ke tahun seterusnya coz saya tidak berjaya melaksanakannya pun..huhu..separuh pun belum lagi..Namun setiap hari saya sentiasa untuk melaksanakannya.. Azam saya tahun lepas ialah khatam Al-Quran namun rasanya saya kurang membaca kerana terlalu leka dengan duniawi.... Astaghfirullah.... Saya hanya membaca 2 muak surat setiap kali selepas maghrib namun saya rasa lebih terkesan kerana saya lebih memahami Al-Quran berbanding sebelum ini kerana saya turut membaca tafsirannya.. Sememangnya ilmu saya semakin bertambah dari hari ke sehari dan kadang-kadang saya rasa Allah bercerita dengan saya melalui bacaan tersebut.
Hurm rasanya, pada tahun hadapan saya akan berusaha untuk khatam Al-Quran+memperbanyakkan solat Qiyammulallail..InsyaAllah..semuga usaha dan azam saya pada tahun baru ini akan berjaya dan bukan sekadar hanya hangat-hangat tahii ayam sahaja..hehe..

p/s: peringatan kepada diri sendiri: menunaikan nazar sekiranya berjaya dengan hajat (Solat Sunat Tasbih)


No comments:

Post a Comment