Wednesday, December 1, 2010

Satu perubahan Memerlukan Keberanian


Alhamdulillah, saya kini sudah mula berstoking. Bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya alim orangnya tetapi saya hanya menunaikan perintah Allah yang satu ini belum saya mampu penuhi sebelum ini. Alhamdulillah, saya mula berstoking bukan atas desakan atau ajakan rakan-rakan tetapi kerana hidayah yang datang daripada Allah.. Semuanya adalah atas kemahuan saya sendiri. Saya sekarang sedang berusaha untuk menjadi seorang wanita yang baik..Seorang wanita muslimah yang baik..Saya belum cukup ilmu agama namun saya akan berusaha untuk melengkapnya selama saya hidup ini dan diberi peluang oleh Alllah untuk bernafaz di bumi-Nya..Sememangnya perubahan ini memang memerlukan keberanian. Saya perasan akan pandangan orang ramai terhadap saya. Saya perasan jelingan mereka ketika saya berjalan atau berdiri sebelah mereka..Kadang-kadang saya rasa pelik dan malu namun saya berusaha untuk tidak mengendahkan perasaan tersebut kerana saya yakin apa yang saya lakukan InsyaAllah betul dan tidak menyalahi hukum Allah. Kadang-kadang memang saya rasa leceh namun semua itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk istiqamah dalam menutup aurat. Saya selalu berfikir kenapa kaki juga dianggap sebagai aurat namun siapalah saya untuk menolah hukum Allah. Saya tahu jawapannya kerana kai mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki yang memandangnya. Sungguhpun saya rasa kaki saya tidaklah secantik mana, (hehe), namun siapa tahu apa yang terdetik di dalam hati manusia. Saya berdoa semoga saya sentiasa beristiqamah dalam melakukan perubahan ini.. Saya berdoa semoga saya sentiasa kuat untuk berhadapan dengan karenah nafsu, manusia dan dunia.. Amin..
Astaghfirullah...

No comments:

Post a Comment