Jangan melihat tepat dimatanya jika apa yang kamu lakukan plastik semata-mata.
Jangan mengambil berat terhadapnya berlebihan atas nama simpati kelak bimbang dia menaruh hati padamu.
Jangan pernah mengatakan aku cinta kamu padahal di hati kamu hanya ada nafsu.
Jangan tertarik pada seseorang kerana parasnya kerana paras itu dapat menyesatkan.
Jangan tertarik dengan kekayaannya kerana kekayaan itu tidak kekal.
Sebaliknya, pilihlah seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum.
Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
No comments:
Post a Comment