Saturday, October 16, 2010

Sejenak..

Sepanjang pagi tadi, aku berdiri di padang Merdeka untuk mengadakan perbarisan hari jadi TYT...89 kontijen dan kami semua berdiri at almost 3 hours there..Dengan kepanasan matahari n xda b'bumbungkan awan, dgn arahan xbley duduk n gerak mana2, so sabar jakla...then, aku tb2 terpikey how's my life is..Actually I'm quite happy with my life..I'm quite enjoyed with the journey of my life..I think it's beautiful..Aku try lihat dr perspektif kenapa Allah ciptakan manusia lain dr yang lain n xsmpurna..Sebab yang aku tahu n nyata ialah krna Allah mahu semua manusia di dunia ini menyembahNya..walaupun kita berlainan cara hidup dan jalan hidup, tapi dalam setiap perjalanan hidup kita, Allah telah tetapkan peraturan bahawa untuk hidup yang selamat, kita harus patuh kepada arahanNya..It's quite demanding but the truth is, it's the best way of life, the safest way if life and importantly, who are we to reject the command of our own Creator..;)
K then, berbalik kepada soal kehidupan..sepanjang 23 tahun aku hdup, I've met a lot of people..I realizes that I am now because of the person who are always be around with me...Perwatakan aku terhasil daripada orang disekeliling yang rata-ratanya orang baik..Bukan maksud aku untuk menyatakan bahawa aku orang baik tapi alhamdulillah, sepanjang umur ini, orang di sekeiling aku sentiasa buat aku ingat akan Allah...yeah, that's the point..
Aku jumpa ramai orang...Aku jatuh cinta kepada beberapa makhluk Tuhan..aku dikecewakan tapi aku bersyukur kerana rasa kecewa ini buat aku makin tabah dan makin matang...Aku tidak pernah rasa menyesal bertemu mereka kerana aku yakin bahawa Allahlah yang telah mentakdirkan ^kami untuk bertemu dan berpisah..Allah hanya meminjamkan jangka masa yang agak sekejap untuk kami bersama, semata-mata untuk menguji kami..Kemudian, apabila sampai waktunya dan mungkin kerana Allah sayangkan kami dan enggan kami leka dengan duniawi, Allah pisahkan kami...Ya, Allah sayangkan kami..Allah bukan mahu susahkan kami, Allah bukan tidak adil pada kami...sebab itu, kami khuznuzon kepada setiap qada' dan qdar Allah...Melalui perpisahan ini, kami sakit tapi kerana ada iman dan Islam, kami kembali berserah kepada Allah...Ya Allah, betapa kau sayangkan hambaMu ini...Sekarang aku baru merasa nikmatnya perpisahan ini...
Ya Allah, sememangnya dalam hati aku masih memerlukan rasa itu, namun aku sedar akan tanggungjawab aku sebagai hambaMu..aku sedar bahawa aku tidak harus leka dengan rasa hati..Yang aku perlu buat pada masa kini ialah bersabar dan berusaha untuk meneruskan perjalanan hidup yang indah ini tanpa ragu-ragu..Buat masa kini, aku akan berusaha untuk sentiasa menjaga hati dan berusaha untuk menjaga maruah sebagai seorang muslimah dan anak solehah. Justeru aku bermohon kepadaMu, Ya Allah semoga wujudnya kembali rasa hati itu di saat yang betul-betul sesuai, iaitu biarlah *kami telah bersedia dari segi rohani, jasmani, mental dan emosi pada suatu hari kelak.. Amin..Astagfirullahalazim..

p/s *kami & ^kami adalah orang yang berlainan..
^kami=past *kami=future..

No comments:

Post a Comment