Kalau Ku Tahu..
Hari ini adalah hari terakhir melihat bapa tidur..
Akan kurangkul tubuh bapa erat-erat dan berdoa hidup bapa diberkati Allah..
Kalau Ku tahu..
hari ini adalah hari terakhir aku melihat bapa..
Akan ku peluk dan ku kucup lalu ku merayu agar bapa kembali segera...
Kalau ku tahu..
hari ini adalah hari terakhir aku mendengar suara bapa yang merdu..
Akan kurakam setiap gerak laku dan suara bapa agar aku dapat melihat dan mendengar setiap hari..
Kalau ku tahu..
Hari ini merupakan hari terakhir kita bersama..
Akan ku laungkan setiap seminit untuk mengucapkan "Saya Sayang Bapa"..
Kalau ku tahu..
Hari ini hari terakhir kita menghabiskan masa bersama..
Akan kupastikan bapa merasa bahagia..
Sememangnya esok akan menjelma dan kita masih boleh membetulkan keadaan...
Masih ada esok untuk kita mengucapkan "Saya Sayang Bapa"
dan masih ada peluang untuk bertanya "Boleh Saya Lakukan Sesuatu Untuk Bapa?"
Esok bukan menjanjikan kepada sesiapa..
Tua atau muda..
Dan hari ini mungkin peluang terakhir yang kita ada..
Untuk menumpahkan kasih sayang kepada bapa..
Mengapa menunggu sampai esok?
Mengapa tidak lakukan hari ini? Sekarang??
Bila esok tidak menjelma, kita akan berasa menyesal kerana tidak meluangkan masa untuk melimpahkan kasih sayang kepada bapa yang tercinta...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
4 days ago
No comments:
Post a Comment