Bismillahirrahmanirrahim....
Life Is Beautiful...Life is Meaningful...InsyaAllah...
Percayalah bahawa hidup itu indah...walaupun dengan setiap kesusahan yang menimpa kita...
Percayalah hidup bukan satu yang sia-sia tetapi sememangnya bekalan untuk kita ke akhirat sana...
Percayalah bahawa hidup bukan hanya untuk cinta duniawi tetapi untuk banyak lagi perkara yang lebih utama...
Cinta pada dunia berbahaya, cinta pada agama itu utama, cinta pada ilmu itu berguna dan cinta pada Allah itu hakiki...
Hidup itu indah andai kita sabar menghadapinya..Hidup itu lebih bermakna andai kita berjaya mengharungi segala onak duri dan badai yang melanda..
Hidup itu lebih bahagia andai kita sntiasa bersabar dengan dugaanNya..
Hidup orang yang bijaksana adalah hidup orang yang sentiasa memikirkan setiap kebarangkalian yang bakal berlaku..Hidup orang yang bijaksana ialah hidup orang yang berhati-hati dengan setiap perkara..Hidup orang yang bijaksana ialah hidup orang yang sentiasa ingat mati...
Bila ingat mati, dia akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amalannya..
Bila ingat mati, dia akan sentiasa bertaubat dengan segala kesalahannya..kehilafannya..
Bila ingat mati, dia akan sentiasa melakukan sebanyak-banyak kebaikan bagi menampung segala amalannya...
Bila ingat mati, dia tidak akan mensia-siakan hidup di dunianya...
Kerana dia tahu bahawa, setiap amalannya di dunia akan dihisab di akhirat sana....
Hidup itu indah...Jadi, hargailah ia..
Hidup itu indah..Jadi janganlah sia-siakan ia...
Hidup itu indah...walaupun terlalu banyak fatamorgana...
Hidup di dunia itu hanya sekali...
Jadi perbanyakkanlah amalan kebajikan dan bertaubatlah kepada Illahi...
Astagfirullah...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment