Sunday, October 31, 2010

Seriously My Blog Is...





Especially For All IPBLians..:)



SELAMAT BERTEMPUR!!!!!! BIT TAUFIQ WANNAJAH!
CHAIYO! GAMBATE!




Anda Semakin Matang Bila... | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Anda Semakin Matang Bila... | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hayati Bersama..


Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

------------------------------------------------------------------------------------

Jika kamu menadah air biarlah ia berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sesekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia terbuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.

........................................................................................................

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ...yang kamu pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"




...Life..


TheRe Are sOmE chaPters in mY Life tHat i Wish i CaN Erase..But Still, I KnoW eVerytHing hAppenS foR a reaSon. Allah Knows whAt is thE Best fOr Me..♥ =)




Saturday, October 30, 2010

Aku, Maggie dan Kafe




..malam tadik makan magi...malam tok makan magi...pagi esok makan magi...kafe2...haish...



Andai kata..

Diberikan satu situasi...

Andaikata, pada suatu hari anda didatangi salah seorang sahabat yang paling rapat dengan anda...Yang paling kamceng...Yang paling gink la katakan..Andaikata namanya Zeti..Tyme malam 2, tb2 plak all of your family members going somewhere...
Both of u talk..talk and keep talking all night long..funny story and sad memory..dalam bilik anda la of coz..

...and suddenly your phone ringing..
"RING".."RING"
of coz u should answer the phone call..mana tahu kot2 ada emergency kes from ur parents..and u ask ur friend to wait.. you promise that u'll come back..it's just a minute, u say..

Conversation:
Me: Hey Betty..what's up??(waseh, speaking:p) Nape nangis2 ne??
Betty: Sob2..huhu..ko taux Amy, si Zeti da meninggal dunia..petang tadi..accident kat Jalan Tupot..remuk btul keta dy..dy meninggal on the spot..huhu..
Me: Erk..ko biaq btul??r u sure??
Betty: Ha'ah..nape plak aku nak tpu??bnda mcm ni bkan bley main2..aku kat hspital ni skrang..myat dy ada kt dlm sana..
Me: Tapi..dy ada kt cni dgn aku..
Betty: wei, ko jngnla nak main2 plak..dah sah2 mayat dy lalu dpn aku tadi dsorong..dah2, ko cpat g hospital ni..skrang ek..aku tunggu...sob3..
Me: erk..ok2...
(Talian putus)

dan fikiran anda mula melayang kepada sahabat anda yang berada di dalam bilik...hurm...
Nah, kalu perkara ini berlaku di pihak anda, apa yang akan anda lakukan??

(A) Anda lari..Takut hantu Zeti terkam dan cekik anda
(B) Anda pengsan..Sebab terlalu takut
(C) Anda masih tidak percaya dan tidak puas hati lalu pergi balik ke bilik n cerita balik kat Zeti hal tadi
(D) Anda memang tidak percaya dan kembali bercerita balik dengan Zeti kat dalam bilik..Anggap mcm xda pa2 yg berlaku.. Coz anda tahu yang si Betty 2 memang seorang yang penggurau..

.............................................................................................................................

Jawapan saya:
(c) sebab??
entahlah..saya rasa saya masih mahukan kepastian kerana saya nampak sah-sah tubuh badan Zeti kat dpan mata saya..takkan mata 4 bijik ni (tmbah spek,,hehe)menipu kot..dan andainya kata Betty betul, tyme tu saya da xtau nak buat apa lagi da..myb pengsan kot...hehe

Kesimpulan daripada cerita ini..Kita tidak tahu andainya Allah ingin menguji kita dengan cara sebegini...Mungkin juga kerana terlalu ingin berjumpa dengan kita, roh sahabat datang melawat sebelum diangkat ke sana..Soal roh adalah dalam rhsia Allah...mungkin perkara ini boleh terjadi kepada anda atau mungkin perkara ini boleh terjadi kepada saudara rapat anda..Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoalah kepada arwah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang dirahmati oleh Allah...Allahuallam...

Astaghfirullah....




I've Made A Mistake..

Do You Know How Much I Care For You??

My Bestfriends

Each of us has different types of personality, but somehow, we shared same mission..
Thank you for sharing stories, laugh and tears with me:)
Nae, Atol, Idot, Dkna, Farah, Win, Liza

TOPEQ's
Annual Dinner 2010

Dear, although we're apart and our life is leading towards a different journey, but our friendship remains forever..
Thanks for always being with me throughout this bumpy journey of life..

Liza, Zati, Nita, Nadia, Azimah
Surau Satok 2009

Kalau Ku Tahu..

Kalau Ku Tahu..
Hari ini adalah hari terakhir melihat bapa tidur..
Akan kurangkul tubuh bapa erat-erat dan berdoa hidup bapa diberkati Allah..

Kalau Ku tahu..
hari ini adalah hari terakhir aku melihat bapa..
Akan ku peluk dan ku kucup lalu ku merayu agar bapa kembali segera...

Kalau ku tahu..
hari ini adalah hari terakhir aku mendengar suara bapa yang merdu..
Akan kurakam setiap gerak laku dan suara bapa agar aku dapat melihat dan mendengar setiap hari..

Kalau ku tahu..
Hari ini merupakan hari terakhir kita bersama..
Akan ku laungkan setiap seminit untuk mengucapkan "Saya Sayang Bapa"..

Kalau ku tahu..
Hari ini hari terakhir kita menghabiskan masa bersama..
Akan kupastikan bapa merasa bahagia..

Sememangnya esok akan menjelma dan kita masih boleh membetulkan keadaan...
Masih ada esok untuk kita mengucapkan "Saya Sayang Bapa"
dan masih ada peluang untuk bertanya "Boleh Saya Lakukan Sesuatu Untuk Bapa?"
Esok bukan menjanjikan kepada sesiapa..
Tua atau muda..
Dan hari ini mungkin peluang terakhir yang kita ada..
Untuk menumpahkan kasih sayang kepada bapa..

Mengapa menunggu sampai esok?
Mengapa tidak lakukan hari ini? Sekarang??
Bila esok tidak menjelma, kita akan berasa menyesal kerana tidak meluangkan masa untuk melimpahkan kasih sayang kepada bapa yang tercinta...

Thursday, October 28, 2010

Adakah anda sudi???

Satu ketika kau bertanya..


.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..

...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~

lavender biru;)

SOALAN PADERI KEPADA PEMUDA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah
masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita
ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"Mendengarpertany
aan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi
Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan
tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan
terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .**

FROM LAVENDER BIRU BLOGSPOT

Wednesday, October 27, 2010

Love & Friendship

©Wayne Burton

when the person you love seems to hurt you the most
and life isn't looking too bright,
you have to remember to forgive and forget
because you know you're not always right,
sometimes it's hard to admit that you're wrong
and bring all of your faults to the light,
so before you pass judgment you have to remember
that the finger you point is still yours at the end of the night,
down through the years you'll think you've lost your mind
and your love will surely be tested,
how it turns out is all up to you
because it depends on what you've invested,
for if it's true love your actions will show
you'll be there right to the end,
because before fiancé, husband or wife
you have to be called a friend.

Tuesday, October 26, 2010

Resepi Bebas Dosa Masak Sembuh Penyakit Hati

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

hehe...

Monday, October 25, 2010

Keajaiban Azan

Hidup Itu Satu Pilihan

Hidup ini adalah satu pilihan...Pilihan sama ada untuk memilih jalan yang betul atau tidak...Pilihan sama ada untuk memilih untuk hidup selesa atau sengsara...Pilihan sama ada untuk hidup dalam beriman atau tidak...Semuanya bergantung dengan diri kita sendiri..Sudah nyata-nyata pada awal permulaan hari kita, akan membuat pilihan..Sama ada untuk memilih bangkit dari tidur dan mengerjakan Subuh ataupun memilih untuk meneruskan tiduran..Memilih untuk mengenakan baju warna apa ke kuliah, tudung warna apa, nak makan apa, nak buat apa... Semuanya memerlukan pilihan...Sedangkan perkara sekecil-kecil ini memerlukan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan keadaan, bahkan pula untuk membuat pilihan hidup yang nyata-nyatanya memberikan kesan yang sangat besar dalam hidup kita.. Jadi, pilihlah jalan yang betul..Pilih dengan teliti..Konsider semua aspek sebelum membuat sesuatu keputusan..Jangan terburu-buru hingga timbul satu penyesalan di dalam hati..Hidup tidak menjamin kesenangan semata-mata..Justeru, pilihlah secara berhikmah dan berwaspada...Sekiranya pilihan yang kita telah buat kita rasakan bukanlah sesuatu yang tepat, usah kesali..Mungkin ada hikmah disebaliknya..Saya bercakap bukan sahaja untuk orang lain tetapi sememangnya khas untuk peringatan diri sendiri...
Astagfirullahalazim..

Sunday, October 24, 2010

ABC

ABC About You Questions:

A - AVAILABLE: of course..hahaha
B - BIRTHDAYAugust 1987:30th
C - CRUSHING ON: Ally Iskandar..ooh!!
D - DRINK YOU LAST HAD: honey milk....
E - EASIEST PERSON TO TALK TO: my family n fren..
F - FAVORITE SONG: PadaMu Kubersujud -Afgan
G - GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS: gummy bears of coz!!cute..i hate worms..eew
H - HOMETOWN: Samarahan, Sarawak
I - IN LOVE WITH: Allah..
J - JUGGLE: i Try..uhuhuh..
K - KILLED SOMEONE: never. Insya Allah...
L - LONGEST CAR RIDE: Santubong
M- MILKSHAKE FLAVOR: coklat and cute pearl..!!!
N - NUMBER OF SIBLINGS: 4(me, yana, ama, afiq)..
O - ONE WISH: DSLR plizzz...
P - PERSON YOU CALLED LAST: hurm, no body kot..it's people whom always call me..hehe
S - SONG YOU LAST HEARD: Mencari Yang Maha Satu-UNIC
T - TIME YOU WOKE UP: 6.05-SUBHI
V - VEGETABLE(S): kangkung, bayam, midin belacan
W - WORST HABIT: suka tangguh kerja..huhu
X - X-RAYS YOU'VE HAD: be4 entering IPBL
Y – YOYOS ARE: ayoyo...tambey geley
Z - ZODIAC SIGN: VIRGOrian

Random Questions About You:

Spell your name without vowels: Nr Shrmm Bkr
What color do you wear most?: black, purple, pink
What are you listening to?: Problems
Are you happy with your life right now?: Yeay..always ty to khuznuzon
What is your favorite class in school/college?: Math and Pendidikan Islam
When do you start back at school/college?: June
Are you outgoing?: whenever i have mood n money
Favorite pair of shoes?: CASPIA
Where do you wish you were right now?: HOME.. !!!!!!....

THE CANS:

Can you dance? : ckit2..bukan untuk tontonan...hehehe
Can you tie a cherry stem with your mouth?: X..
Can you whistle? : X
Write with both hands?: X ;(
Walk with your toes curled: X

THE DO'S:


Do you believe there is life on other planets?: hurm, dunno..
Do you believe in miracles?: Yes
Do you believe in magic?: Hurm, no..only in cartoon
Love at first sight?: No
Do you think think there is a satan?: Yes
Do you believe in Santa?: Hehe..it's only a metos
Do you know how to swim?:No
Do you think you could handle the stuff they eat on those reality shows?: No..eeewww...

THE HAVES:

Have you ever been on a plane?: yes..it's so xcited
Have you ever asked someone out?: yes...
Have you ever been asked out by someone?: yes..looong long time ago..
Have you ever been to the ocean?: yes...love the scenery
Have you ever painted your nails?: yes...hehe

THE WHATS:

What is the temperature outside? : Hot
What radio station do you listen to?: Hot fm, IKIM.fm, ERA.fm
What was the last restaurant you ate at?: SUGARBUN
What was the last thing you bought?: Cake..suddenly wanted 2 eat cake
Who was the last person you took a picture of? : TOPEQs

CRYING SECTION:

Ever really cried your heart out?: Aok...
Ever cried yourself to sleep?: Sometimes..
Ever cried on your friend's shoulder?: Yes..it hurts..huhu
Ever cried over the opposite sex?: Yes..huhu...malu eh..
Do you cry when you get an injury?: Hurm, yes kot..nver xperience tht
Do certain songs make you cry?: Yes..huhu...

HAPPY SECTION.

Are you a happy person?: InsyaAllah....uNxpected
What can make you happy?: money, books
Do you wish you were happier?: yes
Can music make you happy?: yes..

LOVE SECTION.

How many times have you had your heart broken?: 4..the last one was the worst :(
Have you ever loved someone so much that you'd die for them?: hurm..yes


LOOK AT ME.

What is your current hair color?: black
Current piercings?: no...huhu..regretting
Have any tattoos?:never ever
Eye color?:black

IN A GIRL/GUY

Favorite eye color: xkisah...
Short or long hair: short..lbih kemas n smart
Height:a bit taller than me..hehe..
Best clothing : casual...

I accept the way he is..no need to be too handsome coz I'm quite a jelousy person and I'm not that pretty enough..huhu..sedap mata memandangla...

HAVE YOU EVER.

Been to jail: Nauzubillah..
Mooned someone: hurm..
Thrown up in a store: yes..;p
Done something really stupid that you still laugh at today: hehe..of coz...life is funny sometimes
Gone skinny dipping: no..

THIS OR THAT.

Pepsi or Coke: Both no
McDonald's or Burger King: MCD
Single or Group Dates: hurm..nikah is better
Chocolate or Vanilla: Vanilla...
Strawberries or Blueberries:Blueberry
Meat or Veggies: Both..
TV or Movie: Both..
Guitar or Drums?: Drummer??hehe
Adidas or Nike: ADIDAS
Chinese or Mexican: Mexican
Cheerios or Corn Flake s: Cheerios
Pie or Cake: Both is yummy!


1)Do you prefer Crushin’, Interested in, or Relationship?
--> how bout crushing then turn into relationship?? hehe

2) When you meet the right person, do you fall fast?
--> i dont know..depends on the situation on hand...hahha

3) Have you ever had your heart broken?
--> definitely~~~ *sound of a broken glass*


4) Do you believe that there are certain circumstances where cheating is acceptable?
--> maybe..depends on the situation..again...;p

5) Would you ever take someone back if they cheated on you?
--> uh oh, i did it once...and that's enough for me...XD


6) Have you talked about marriage with another person?
--> yup..wif my beloved bapak n topeqsss...

7) If somebody liked you right now, what do you think a cool way to let you know would be?
--> just tell it straight to my face with presents in his hands..haha

8) Do you enjoy playing hard to get?
--> hurm??

9) Be honest, do you play the “game” when you are dating?
--> Nauzubillah...


10) Do you believe in love at first sight?
--> erk...hurmm..


11) Are you a romantic?
--> dunno..i tred b4 but it seems failed..haha

12) Do you believe that you can change someone?
--> No...

13) If you could get married anywhere, where would it be?
--> my village, his village and with our family..hehe


14) Sex buddies – good or bad?
--> totally bad...

15) Do you easily give in when you are fighting?
--> hahaha..depends on my mood..usually i give in first...guiltness always gets me..*sigh*


16) Do you have feelings for someone right now, whether they know or not?
--> hurm..not sure anymore...been killing the 'feelings' for a while...(n_n)


17) Have you ever wished you could’ve had someone but you messed that up?
--> hmmm...maybe... but the past is over...

18.) Have you broken a heart?
--> yes...but mostly it's my heart that's been broken..T.T

Best
1. Fast-Food: KFC~~~~
2. Female: mak <3
3. Vacation: Sabah~~
4. Memory: too many~~~hehe XD

Last
1. Person you saw: my father...
2. Talked to on the phone: mak..
3. Text from: liza~~
4. Message from, in Fb?: zati~~~

Today
1.What are you doing right now?
-->I shud doing my m3 portfolio..huhu

2.Wearing?
--> white shirt...

3. Better than yesterday?
--> hopefully!

4. Did you see the person you like?
--> nope!

Tomorrow
1. Is: Monday..urgh..
2. Got any plans?: finishing my portfolio
3. Dislikes about tomorrow: math class...math portfolio..

Favorite
1. Number: 30 n 9
2. Male Singer: Afgan
3. Colour: White, purple


Currently
1. Missing someone: frozen heart~~ XP
2. Mood: nervous
3. Wanting: DSLR plizzz....
4. Listening to: Nothing..

True or False
I am a morning person: true~~
I am an only child: false~~~
I am currently in my PJ’s: false~~
I am currently suffering from a broken heart: erk, myb~~~
I regret something that I have done before: sumtimes..
I curse frequently:false~~ juz on bad day~~~hehehe
I enjoy country music: true~~
I have all my grandparents: false~~~
I have changed a lot over the past year: true, i guess~~~
I have done something illegal: true~~~~ *evil laugh* hahahahha
I have had major/minor surgery: false~~


Eye color: black~~
Hair: long straight black~~~
Height:149cm...wish i am taller~~~ T.T
Righty or lefty: Righty~~~ but can do lefty which can be messy~~hahahha

Sunday, October 17, 2010

TASBIH KAFARAH

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

****

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

****
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Astagfirullahalazim....



Canon IXUS 80 Brown


I really miss HIM :(

Saturday, October 16, 2010

Keindahan Itu Milik Allah

Setiap kejadian Allah itu indah...sememangnya Allah menciptakan setiap perkara itu tanpa sia-sia..Waima sekecil-kecil ciptaan Allah itu seperti kuman atau bakteria tetap Allah jadikan fungsi dalam kehidupan fana ini; inikan pula dengan setiap kejadian besar atau petanda yang dapat kita lihat dalam hidup seharian...

Menerusi pembacaan saya dalam buku Rangkaian Cerita Dalam Al-Quran, hasil dari Bey Arifin, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui betapa besarnya ilmu yang Allah turunkan di dalam mukjizat Nabi Muhammad SAW ini.. Bukan setakat ilmu duniawi tetapi juga ilmu masa silam, masa lampau....Betapa ruginya saya sekiranya dalam kehidupan harian saya asyik membicarakn mengenai cinta duniawi sahaja sedangkan ada perkara yang lebih baik untuk dibincangkan..Sesungguhnya, saya berasa teramat beruntung kerana menjadi umat Baginda...Betapa saya rasa kerdilnya ilmu saya jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT...

Biarlah saya berkongsi sedikit ilmu yang telah saya peroleh menerusi pembacaan saya ini..Sesungguhnya saya berasa bersyukur dilahirkan secara langsung sebagai umat Islam kerana saya merasakan bahawa itu satu lesen atau peluang yang sangat berharga sebagai seorang hamba dan makhluk ciptaan Allah... Saya tidak dapat membayangkan betapa ruginya sekiranya saya beragama lain kerana Islam adalah satu agama yang lengkap, mudah dan selamat...Catatan saya ini bukan berhasrat untuk menghina agama lain tetapi hanyalah sebagai tanda syukur saya dilahirkan sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW...
Berbalik kepada buku tadi, saya telah membaca cerita mengenai kisah Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Lut dengan kaumnya yang homoseks, Nabi Hud dengan kaumnya 'Ad dan sehinggalah kepada nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW...Rata-ratanya kisah kaum Nabi Nuh, Musa, Lut dan Hud menceritakan betapa kaum Bani Israel tidak dapat menerima ajaran yang dibawa oleh utusan Allah ini dan sebagai balasannya, Allah telah mengirimkan banyak bencana alam dan memusnahkan kaum yang menentang ajaran Allah..

Ini sekaligus telah membuat saya berfikir..Dengan sekejapnya Allah menurunkan bala terhadap kaum-kaum Nabi sebelumnya kerana mereka ingkar dengan ajaran yang diturunkan oleh utusan Allah; namun mengapa pada masa sekarang walaupun banyak maksiat dan penyelewengan berlaku, Allah tidak menghancurkan mereka secara sekaligus?? Kalau ada pun, yang paling teruk adalah kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu dimana mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa.. Dan yang paling uniknya, di dalam kejadian tersebut hampir semua yang berlindung di dalam rumah Allah iaitu masjid terselamat dan hanya sedikit kerosakan sahaja didapati terhadap rumah ibadat ini. Kejadian ini secara ketaranya menunjukkan bahawa betapa Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada manusia sejagat.. Betapa Allah ingin memperingatkan kepada manusia bahawa bahananya mengingkari perintah Allah dan bahanaya sekiranya kita tidak melaksanakan tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini..

Daripada apa yang pernah saya baca dahulu, terdapat satu sumber yang menyatakan mengapa Allah melengahkan sedikit penyeksaan terhadap manusia pada masa sekarang, namun kerana kekhilafan saya, artikel tersebut telah saya siakan..InsyaAllah, sekiranya saya menemui sekali lagi artikel tersebut, akan saya selitkan di dalam blog saya ini...Sesungguhnya pembacaan saya di dalam buku ini @ tafsir Al-Quran telah menunjukkan betapa besarnya keagungan Allah..Walaupun saya tidak berpeluang untuk merasai bagaimana keadaan dan suasana pada zaman Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, terutamya ketika bencana yang melanda akibat daripada perbuatan mereka yang mengingkari perintah Allah, namun melalui kejadian Tsunami inilah saya mendapat banyak sekali ikhtibar terhadap setiap perkara yang diterangkan di dalam Al-Quran Al-Karim...

Betapa saya berasa bersyukur kerana Allah telah membukakan minda saya untuk melihat dan berfikir menerusi ayat-ayat yang telah disampaikan di dalam Al-Quran. Betapa saya bersyukur kepada Allah kerana saya bukanlah berada di dalam kelompok yang menerima bencana yang maha dasyat itu... Betapa saya berasa bersyukur kepada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk hidup dan memperbaiki segala amalan dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah saya lakukan...

Astagfirullahalazim...

Life Is Beautiful

Bismillahirrahmanirrahim....

Life Is Beautiful...Life is Meaningful...InsyaAllah...
Percayalah bahawa hidup itu indah...walaupun dengan setiap kesusahan yang menimpa kita...
Percayalah hidup bukan satu yang sia-sia tetapi sememangnya bekalan untuk kita ke akhirat sana...
Percayalah bahawa hidup bukan hanya untuk cinta duniawi tetapi untuk banyak lagi perkara yang lebih utama...
Cinta pada dunia berbahaya, cinta pada agama itu utama, cinta pada ilmu itu berguna dan cinta pada Allah itu hakiki...

Hidup itu indah andai kita sabar menghadapinya..Hidup itu lebih bermakna andai kita berjaya mengharungi segala onak duri dan badai yang melanda..
Hidup itu lebih bahagia andai kita sntiasa bersabar dengan dugaanNya..
Hidup orang yang bijaksana adalah hidup orang yang sentiasa memikirkan setiap kebarangkalian yang bakal berlaku..Hidup orang yang bijaksana ialah hidup orang yang berhati-hati dengan setiap perkara..Hidup orang yang bijaksana ialah hidup orang yang sentiasa ingat mati...

Bila ingat mati, dia akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amalannya..
Bila ingat mati, dia akan sentiasa bertaubat dengan segala kesalahannya..kehilafannya..
Bila ingat mati, dia akan sentiasa melakukan sebanyak-banyak kebaikan bagi menampung segala amalannya...
Bila ingat mati, dia tidak akan mensia-siakan hidup di dunianya...
Kerana dia tahu bahawa, setiap amalannya di dunia akan dihisab di akhirat sana....

Hidup itu indah...Jadi, hargailah ia..
Hidup itu indah..Jadi janganlah sia-siakan ia...
Hidup itu indah...walaupun terlalu banyak fatamorgana...
Hidup di dunia itu hanya sekali...
Jadi perbanyakkanlah amalan kebajikan dan bertaubatlah kepada Illahi...

Astagfirullah...

Sejenak..

Sepanjang pagi tadi, aku berdiri di padang Merdeka untuk mengadakan perbarisan hari jadi TYT...89 kontijen dan kami semua berdiri at almost 3 hours there..Dengan kepanasan matahari n xda b'bumbungkan awan, dgn arahan xbley duduk n gerak mana2, so sabar jakla...then, aku tb2 terpikey how's my life is..Actually I'm quite happy with my life..I'm quite enjoyed with the journey of my life..I think it's beautiful..Aku try lihat dr perspektif kenapa Allah ciptakan manusia lain dr yang lain n xsmpurna..Sebab yang aku tahu n nyata ialah krna Allah mahu semua manusia di dunia ini menyembahNya..walaupun kita berlainan cara hidup dan jalan hidup, tapi dalam setiap perjalanan hidup kita, Allah telah tetapkan peraturan bahawa untuk hidup yang selamat, kita harus patuh kepada arahanNya..It's quite demanding but the truth is, it's the best way of life, the safest way if life and importantly, who are we to reject the command of our own Creator..;)
K then, berbalik kepada soal kehidupan..sepanjang 23 tahun aku hdup, I've met a lot of people..I realizes that I am now because of the person who are always be around with me...Perwatakan aku terhasil daripada orang disekeliling yang rata-ratanya orang baik..Bukan maksud aku untuk menyatakan bahawa aku orang baik tapi alhamdulillah, sepanjang umur ini, orang di sekeiling aku sentiasa buat aku ingat akan Allah...yeah, that's the point..
Aku jumpa ramai orang...Aku jatuh cinta kepada beberapa makhluk Tuhan..aku dikecewakan tapi aku bersyukur kerana rasa kecewa ini buat aku makin tabah dan makin matang...Aku tidak pernah rasa menyesal bertemu mereka kerana aku yakin bahawa Allahlah yang telah mentakdirkan ^kami untuk bertemu dan berpisah..Allah hanya meminjamkan jangka masa yang agak sekejap untuk kami bersama, semata-mata untuk menguji kami..Kemudian, apabila sampai waktunya dan mungkin kerana Allah sayangkan kami dan enggan kami leka dengan duniawi, Allah pisahkan kami...Ya, Allah sayangkan kami..Allah bukan mahu susahkan kami, Allah bukan tidak adil pada kami...sebab itu, kami khuznuzon kepada setiap qada' dan qdar Allah...Melalui perpisahan ini, kami sakit tapi kerana ada iman dan Islam, kami kembali berserah kepada Allah...Ya Allah, betapa kau sayangkan hambaMu ini...Sekarang aku baru merasa nikmatnya perpisahan ini...
Ya Allah, sememangnya dalam hati aku masih memerlukan rasa itu, namun aku sedar akan tanggungjawab aku sebagai hambaMu..aku sedar bahawa aku tidak harus leka dengan rasa hati..Yang aku perlu buat pada masa kini ialah bersabar dan berusaha untuk meneruskan perjalanan hidup yang indah ini tanpa ragu-ragu..Buat masa kini, aku akan berusaha untuk sentiasa menjaga hati dan berusaha untuk menjaga maruah sebagai seorang muslimah dan anak solehah. Justeru aku bermohon kepadaMu, Ya Allah semoga wujudnya kembali rasa hati itu di saat yang betul-betul sesuai, iaitu biarlah *kami telah bersedia dari segi rohani, jasmani, mental dan emosi pada suatu hari kelak.. Amin..Astagfirullahalazim..

p/s *kami & ^kami adalah orang yang berlainan..
^kami=past *kami=future..

Thursday, October 14, 2010

Ku Mohon

Setiap hari kumohon

Agar Kau sentiasa

Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan

Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini

Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan

Menjawab segala persoalan

Hadapi semua dalam tenang

Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu

Mengawasi gerak-geriku

Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku

Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu

Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca

Jikalau tidak bersabar

Hancur berderailah akhirnya

Tabahkanlah hatiku

Melalui semua itu... Ooh...

Kuatkanlah

Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

-AMIN~

Friday, October 8, 2010

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Thursday, October 7, 2010

~Not Everything Needs Explanation~



Now I realize
Life doesn't seems to answer everything we ask..
But when the time passes by..
I will finally understand what's everything is..

Sometimes life hard..
Sometimes life makes me feel that I should give up..
Sometimes the pain is too deep..
Sometimes I loose all the spirit..
Sometimes I feel that I shouldn't move on..
As everything seems wrong on my way..
But better by their way...

Then I take a deep breath..
Very deep breath..
And start to think logically..
Why should I blame everything..
If Allah says that everything happens with its own reason..
If everything happens is actually an answer for everything that we ask before..
If everything is the way that Allah wanted us to be..
If everything is something at the end...

People include me often..always...ask WHY???
Why this happened?
Why this could be happened with me?
Why I am the person that should take all this?
Why am I had been choose for this??
WHY?
WHY?
WHY?

I also don't know...
Because everything does not needs explanation..
Because time will be answer later..
Let it be like what it would be..
Don't asked too much WHY??
Because you'll find it yourself later...
Whether in the way you like it or not...
InsyaAllah..