Setiap kejadian Allah itu indah...sememangnya Allah menciptakan setiap perkara itu tanpa sia-sia..Waima sekecil-kecil ciptaan Allah itu seperti kuman atau bakteria tetap Allah jadikan fungsi dalam kehidupan fana ini; inikan pula dengan setiap kejadian besar atau petanda yang dapat kita lihat dalam hidup seharian...
Menerusi pembacaan saya dalam buku Rangkaian Cerita Dalam Al-Quran, hasil dari Bey Arifin, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui betapa besarnya ilmu yang Allah turunkan di dalam mukjizat Nabi Muhammad SAW ini.. Bukan setakat ilmu duniawi tetapi juga ilmu masa silam, masa lampau....Betapa ruginya saya sekiranya dalam kehidupan harian saya asyik membicarakn mengenai cinta duniawi sahaja sedangkan ada perkara yang lebih baik untuk dibincangkan..Sesungguhnya, saya berasa teramat beruntung kerana menjadi umat Baginda...Betapa saya rasa kerdilnya ilmu saya jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT...
Biarlah saya berkongsi sedikit ilmu yang telah saya peroleh menerusi pembacaan saya ini..Sesungguhnya saya berasa bersyukur dilahirkan secara langsung sebagai umat Islam kerana saya merasakan bahawa itu satu lesen atau peluang yang sangat berharga sebagai seorang hamba dan makhluk ciptaan Allah... Saya tidak dapat membayangkan betapa ruginya sekiranya saya beragama lain kerana Islam adalah satu agama yang lengkap, mudah dan selamat...Catatan saya ini bukan berhasrat untuk menghina agama lain tetapi hanyalah sebagai tanda syukur saya dilahirkan sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad SAW... Berbalik kepada buku tadi, saya telah membaca cerita mengenai kisah Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Lut dengan kaumnya yang homoseks, Nabi Hud dengan kaumnya 'Ad dan sehinggalah kepada nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW...Rata-ratanya kisah kaum Nabi Nuh, Musa, Lut dan Hud menceritakan betapa kaum Bani Israel tidak dapat menerima ajaran yang dibawa oleh utusan Allah ini dan sebagai balasannya, Allah telah mengirimkan banyak bencana alam dan memusnahkan kaum yang menentang ajaran Allah..
Ini sekaligus telah membuat saya berfikir..Dengan sekejapnya Allah menurunkan bala terhadap kaum-kaum Nabi sebelumnya kerana mereka ingkar dengan ajaran yang diturunkan oleh utusan Allah; namun mengapa pada masa sekarang walaupun banyak maksiat dan penyelewengan berlaku, Allah tidak menghancurkan mereka secara sekaligus?? Kalau ada pun, yang paling teruk adalah kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu dimana mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa.. Dan yang paling uniknya, di dalam kejadian tersebut hampir semua yang berlindung di dalam rumah Allah iaitu masjid terselamat dan hanya sedikit kerosakan sahaja didapati terhadap rumah ibadat ini. Kejadian ini secara ketaranya menunjukkan bahawa betapa Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada manusia sejagat.. Betapa Allah ingin memperingatkan kepada manusia bahawa bahananya mengingkari perintah Allah dan bahanaya sekiranya kita tidak melaksanakan tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini..
Daripada apa yang pernah saya baca dahulu, terdapat satu sumber yang menyatakan mengapa Allah melengahkan sedikit penyeksaan terhadap manusia pada masa sekarang, namun kerana kekhilafan saya, artikel tersebut telah saya siakan..InsyaAllah, sekiranya saya menemui sekali lagi artikel tersebut, akan saya selitkan di dalam blog saya ini...Sesungguhnya pembacaan saya di dalam buku ini @ tafsir Al-Quran telah menunjukkan betapa besarnya keagungan Allah..Walaupun saya tidak berpeluang untuk merasai bagaimana keadaan dan suasana pada zaman Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, terutamya ketika bencana yang melanda akibat daripada perbuatan mereka yang mengingkari perintah Allah, namun melalui kejadian Tsunami inilah saya mendapat banyak sekali ikhtibar terhadap setiap perkara yang diterangkan di dalam Al-Quran Al-Karim...
Betapa saya berasa bersyukur kerana Allah telah membukakan minda saya untuk melihat dan berfikir menerusi ayat-ayat yang telah disampaikan di dalam Al-Quran. Betapa saya bersyukur kepada Allah kerana saya bukanlah berada di dalam kelompok yang menerima bencana yang maha dasyat itu... Betapa saya berasa bersyukur kepada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk hidup dan memperbaiki segala amalan dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah saya lakukan...
Life Is Beautiful...Life is Meaningful...InsyaAllah... Percayalah bahawa hidup itu indah...walaupun dengan setiap kesusahan yang menimpa kita... Percayalah hidup bukan satu yang sia-sia tetapi sememangnya bekalan untuk kita ke akhirat sana... Percayalah bahawa hidup bukan hanya untuk cinta duniawi tetapi untuk banyak lagi perkara yang lebih utama... Cinta pada dunia berbahaya, cinta pada agama itu utama, cinta pada ilmu itu berguna dan cinta pada Allah itu hakiki...
Hidup itu indah andai kita sabar menghadapinya..Hidup itu lebih bermakna andai kita berjaya mengharungi segala onak duri dan badai yang melanda.. Hidup itu lebih bahagia andai kita sntiasa bersabar dengan dugaanNya.. Hidup orang yang bijaksana adalah hidup orang yang sentiasa memikirkan setiap kebarangkalian yang bakal berlaku..Hidup orang yang bijaksana ialah hidup orang yang berhati-hati dengan setiap perkara..Hidup orang yang bijaksana ialah hidup orang yang sentiasa ingat mati...
Bila ingat mati, dia akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amalannya.. Bila ingat mati, dia akan sentiasa bertaubat dengan segala kesalahannya..kehilafannya.. Bila ingat mati, dia akan sentiasa melakukan sebanyak-banyak kebaikan bagi menampung segala amalannya... Bila ingat mati, dia tidak akan mensia-siakan hidup di dunianya... Kerana dia tahu bahawa, setiap amalannya di dunia akan dihisab di akhirat sana....
Hidup itu indah...Jadi, hargailah ia.. Hidup itu indah..Jadi janganlah sia-siakan ia... Hidup itu indah...walaupun terlalu banyak fatamorgana... Hidup di dunia itu hanya sekali... Jadi perbanyakkanlah amalan kebajikan dan bertaubatlah kepada Illahi...
Sepanjang pagi tadi, aku berdiri di padang Merdeka untuk mengadakan perbarisan hari jadi TYT...89 kontijen dan kami semua berdiri at almost 3 hours there..Dengan kepanasan matahari n xda b'bumbungkan awan, dgn arahan xbley duduk n gerak mana2, so sabar jakla...then, aku tb2 terpikey how's my life is..Actually I'm quite happy with my life..I'm quite enjoyed with the journey of my life..I think it's beautiful..Aku try lihat dr perspektif kenapa Allah ciptakan manusia lain dr yang lain n xsmpurna..Sebab yang aku tahu n nyata ialah krna Allah mahu semua manusia di dunia ini menyembahNya..walaupun kita berlainan cara hidup dan jalan hidup, tapi dalam setiap perjalanan hidup kita, Allah telah tetapkan peraturan bahawa untuk hidup yang selamat, kita harus patuh kepada arahanNya..It's quite demanding but the truth is, it's the best way of life, the safest way if life and importantly, who are we to reject the command of our own Creator..;) K then, berbalik kepada soal kehidupan..sepanjang 23 tahun aku hdup, I've met a lot of people..I realizes that I am now because of the person who are always be around with me...Perwatakan aku terhasil daripada orang disekeliling yang rata-ratanya orang baik..Bukan maksud aku untuk menyatakan bahawa aku orang baik tapi alhamdulillah, sepanjang umur ini, orang di sekeiling aku sentiasa buat aku ingat akan Allah...yeah, that's the point.. Aku jumpa ramai orang...Aku jatuh cinta kepada beberapa makhluk Tuhan..aku dikecewakan tapi aku bersyukur kerana rasa kecewa ini buat aku makin tabah dan makin matang...Aku tidak pernah rasa menyesal bertemu mereka kerana aku yakin bahawa Allahlah yang telah mentakdirkan ^kami untuk bertemu dan berpisah..Allah hanya meminjamkan jangka masa yang agak sekejap untuk kami bersama, semata-mata untuk menguji kami..Kemudian, apabila sampai waktunya dan mungkin kerana Allah sayangkan kami dan enggan kami leka dengan duniawi, Allah pisahkan kami...Ya, Allah sayangkan kami..Allah bukan mahu susahkan kami, Allah bukan tidak adil pada kami...sebab itu, kami khuznuzon kepada setiap qada' dan qdar Allah...Melalui perpisahan ini, kami sakit tapi kerana ada iman dan Islam, kami kembali berserah kepada Allah...Ya Allah, betapa kau sayangkan hambaMu ini...Sekarang aku baru merasa nikmatnya perpisahan ini... Ya Allah, sememangnya dalam hati aku masih memerlukan rasa itu, namun aku sedar akan tanggungjawab aku sebagai hambaMu..aku sedar bahawa aku tidak harus leka dengan rasa hati..Yang aku perlu buat pada masa kini ialah bersabar dan berusaha untuk meneruskan perjalanan hidup yang indah ini tanpa ragu-ragu..Buat masa kini, aku akan berusaha untuk sentiasa menjaga hati dan berusaha untuk menjaga maruah sebagai seorang muslimah dan anak solehah. Justeru aku bermohon kepadaMu, Ya Allah semoga wujudnya kembali rasa hati itu di saat yang betul-betul sesuai, iaitu biarlah *kami telah bersedia dari segi rohani, jasmani, mental dan emosi pada suatu hari kelak.. Amin..Astagfirullahalazim..
p/s *kami & ^kami adalah orang yang berlainan.. ^kami=past *kami=future..
Now I realize Life doesn't seems to answer everything we ask.. But when the time passes by.. I will finally understand what's everything is..
Sometimes life hard.. Sometimes life makes me feel that I should give up.. Sometimes the pain is too deep.. Sometimes I loose all the spirit.. Sometimes I feel that I shouldn't move on.. As everything seems wrong on my way.. But better by their way...
Then I take a deep breath.. Very deep breath.. And start to think logically.. Why should I blame everything.. If Allah says that everything happens with its own reason.. If everything happens is actually an answer for everything that we ask before.. If everything is the way that Allah wanted us to be.. If everything is something at the end...
People include me often..always...ask WHY??? Why this happened? Why this could be happened with me? Why I am the person that should take all this? Why am I had been choose for this?? WHY? WHY? WHY?
I also don't know... Because everything does not needs explanation.. Because time will be answer later.. Let it be like what it would be.. Don't asked too much WHY?? Because you'll find it yourself later... Whether in the way you like it or not... InsyaAllah..