Thursday, June 2, 2011

Pelajar Sem 6 Yang Merungut

Saya tpksa update blog ni waktu pagi coz tyme ni jer adik beradik saya xmenyibok nak online..hehe..so, saya akan gunakan pluang ini sebaik-baiknya utk update blog w/p saya tau xdaq siapa la yang sudi baca cerita saya..kecian..kecian..kecian (ala upin n ipin)..ala, xkesah pun yg pnting saya da cuti..horray!!haha..apaka??yala, bila saya da cuti, saya xpayah pk pasal esemen, xpayah pk pasal xam, xpayah pk psl xtvt maktb..yg penting Sem 5 da habis sejak 27hb Mei yang lepas..makanya, saya akan menjadi guru pelatih Semester 6 n itu bermaknanya tinggal 1 tahun lagi saya bakal bergelar seorang guru secara rasmi..woaaa...sungguh cepat masa berlalu..xsangka..perjalanan 5 1/2 tahun saya di IPG ini semakin menghampiri ke penghujungnya..Jika dulu saya begitu naif n ibarat tin kosong sahaja waktu mula masuk maktab, tapi sekarang, alhamdulillah diri saya telah dipenuhkan dengan ilmu perguruan yang sememangnya tidak pernah saya imaginasikan sejak dulu lagi..Jika dulu, saya masih terkebil-kebil bila ditanya mengenai cita-cita..Waktu berada di sekolah rendah dulu, impian saya adalah ingin menjadi seorang doktor tapi setelah melangkah ke alam sekolah menengah, especially lepas masuk tingkatan 4, saya mula tidak yakin dengan perjalanan hidup. Justeru, saya tidak tahu apa sebenar lorong dan kesudahan perjalanan hidup saya..Pernah terfikir untuk menjadi seorang guru tetapi berada di sebuah sekolah yang agak bertaraf tinggi, kerjaya seorang guru ini dianggap remeh oleh sebilangan rakan-rakan di sekolah. Bahkan para guru kerap menggalakkan kami untuk tidak menceburkan diri dalam bidang perguruan kerana bunyinya agak kurang berjaya dan memenatkan..Maka, saat itu, di fikiran saya, kerjaya guru bukanlah kerjaya yang membanggakan dan tidak memberikan kehidupan yang menjamin pada masa hadapan..Lebih-lebih lagi apabila 2 permohonan saya untuk mengikuti program perguruan ini ditolak..

Sehinggalah satu saat itu, dimana saya akhirnya berjaya diterima masuk ke IPG..Semua persepsi saya terhadap bidang keguruan ini luruh secara serta merta.. Jika dulu, saya menjadi seorang guru sandaran, dengan pengetahuan yang kosong tentang pedagogi, saya hentam keromo jer mengajar bebudak skolah rendah..bila masuk ke kelas, saya gemar menyuruh murid untuk berdiri dan bersenam sekejap untuk mengelakkan mereka berasa mengantok dan bosan berada dalam kelas saya.. ternyata tidak semua pendekatan yang saya gunakan sewaktu menjadi seorang guru sandaran dulu salah kerana apa yang saya lakukan ada kaitan dengan kognitif mereka..

Jika dulu, gaya bahasa saya, kureng dan agak keanak-anakan tapi sejak dipenuhi dengan modul pendidikan, saya akui bahawa fikiran saya menjadi agak lebih matang dan mampu mengeluarkan pendapat yang lebih bernas berbanding dahulu. Jika dulu hanya menggunakan "otak" untuk menggambarkan kepala dan pemikiran, tapi sekarang saya menggunakan istilah "kognitif", jika dulu menggunakan "anggota badan bergerak" untuk menerangkan aktiviti PJK, tetapi sekarang sudah menggunakan istilah "psikomotor". Namun satu perkara yang penting di sini adalah jika dulu saya dipanggil nama sahaja (Mimi) ketika berada di sekolah tapi sekarang, semua orang memanggil "Cikgu Mimi"..bahkan di pasar ketika berjalan bersama rakan, orang tahu kami guru pelatih. Entah bagaimana orang dapat tahu, sedangkan kami todak pernah menghebahkannya.

Bila difikir mengenai apa yang saya lalui di maktab selama 4 tahun lebih saya berada di sana; (dasyat woo, macam berada di sekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Rendah) xsangka banyak sungguh pengalaman yang telah saya perolehi..w/p saya ni bukanlah aktif sangat di maktab, tp sebagai slah seorang warga maktab yang bertanggungjawb dan berdedikasi, chewah, saya tetap mengalami semua aktiviti yang dianjurkan di maktab. pengalaman apabila berhadapan dengan warden asrama, kafe, kengkawan, penambahbaikan kawasan maktab, majlis2 di maktab, perpisahan dengan pengarah dan yang paling penting sekarang adalah pengalaman di asrama.memangla saya dah duduk dekat nak 11 tahun diasrama, (wa, xsgka agak lama) tapi pelbagai kontrobesi yang berlaku di asrama sekarang sememangnya membingungkan saya..Saya akui bahawa saya agak keberatan untuk meninggalkan kawasan asrama kerana semua kemudahan seperti masjid, kafe, tempat kuliah,kengkawan dan bilik adalah mencukupi bagi kami. Sebelum cuti, PISMP Ambilan Januari 2009 diberi pilihan sama ada untuk tinggal diluar atau terus tinggal bertiga dalam blik. Dan majoriti kami memilih untuk tinggal bertiga dibilik kerana kami memikirkan mengenai kos berada di luar. Mungkin kenyataan saya agak mementingkan diri sendiri tetapi saya rasa kurang selesa mengapa ipg kami perlu mengambil terlalu banyak ambilan sedangkan semua orang tahu bahawa maktab sedang dalam pembinaan dan asrama adalah limited. pelajar baru boleh ditempatkan di ipg yang lebih besar dan luas berbanding di sini. Tambahan pula, masalah kewangan yang kami hadapi menyukarkan kami untuk menyewa di luar kerana bukan semua antara kami yang terdiri daripada keluarga yang berkemampuan. saya akui bahawa lambat laun kami akan dipindahkan juga ke luar..walaupun agak berat untuk dinyatakan tetapi itulah hakikat yang perlu kami lalui.
Justeru, untuk sem 6 yang mendatang, kami akan bertinggal seramai 3 orang di dalam bilik dan InsyaAllah, semoga tiada sebarang masalah lagi timbul..saya berharap benar agar pembinaan asrama baru dipercepatkan supaya kami boleh lagi hidup di asrama untuk kali terakhir di Ipg ini. Rasaya, sekiranya sudah tinggal bertiga di bilik, yuran asrama sepatutnya dikurangkanlah ek??hehe..oh, itu tidak mungkin kerana dunia ni kalu pasal duit tidaklah pernah adil..huhu...ini masaha yang sedang melanda di ipg kami waktu sekarang. bukan stakat masalah di asrama tetapi masalah keperi manusiaan juga menjadi isu bagi warga matab kerana sebagai seorang pejalan kaki, kami berasa sangat tidak puas hati kepada pemandu kereta, motosikal, lori kerana mereka kurang rasa empati terhadap kami yang terpaksa menghadapi debu-debu jalanan yang terbang tatkala kenderaan-kenderaan ini lalu di jalan raya. Kadang-kadang mereka enggan memperlahankan kenderaan sehingga kami terpaksa menghidu asap kereta serta debu-debu tanah hasil pembinaan bangunan baru. Muka yang ceria di awal pagi ketika turun kuliah menjadi comot kerana kekelabuan debu yang hinggap dibaju dan muka. Ini belum lagi saat hari hujan..MasyaAllah, kasut yang bersinar sewaktu keluar dari blik menjadi berdebu dan bertanah-tanah apabila sampai ke kelas. "Tu Diaaaa", bak kata MatLufthi..Ya, sekarang saya akui bahawa ini adalah sesi merungut Malaysia..haha..namun begitu, kami tetap terus bersabar kerana bagi saya ini mungkin keadaan yang biasa-biasa sahaja..dan Allah sengaja menyediakan kami dari segi fizikal dan mental untuk dipostingkan ke kawasan pedalaman kelak..hehe..yalah, alah bisah, tegal biasa la kan..da biasa berkotor-kotoran ke kuliah apatah lagi apabila sampai waktu mengajar kelak..hehe..

Rasanya sampai disini sahaja sesi rungutan saya pada pagi ini..InsyaAllah, akan disambung selagi adik2 tidak mengganggu dan selagi saya belum sampai lagi ke Sabah..hehe.

No comments:

Post a Comment