Life is getting busy since last month..Tengah-tengah sronottt bercuti di Sabah dengan kengkawan, timbul berita mengejut lagi sakit jantung dari pihak maktab yang tercheeentha...Ini bukan lagi sekadar spekulasi tetapi ini adalah satu kenyataan yang harus kami hadapi sebagai guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009. Ternyata berita kami diminta untuk keluar daripada asrama merupakan satu mimpi ngeri yang menjadi kenyataan dalam hidup kami..Haduh, sedih bebenar siot. Saat ini terasa benar Allah sedang menguji kami..Dalam kepayahan kami menjelajah di Sabah tanpa tourist guide dan bekalan yang cukup-cukup makan sahaja, kami berasa bahawa kami harus kuat untuk melalui semua yang sedang kami hadapi. Sebaik sahaja pulang dari Sabah, saya dan kawan meneruskan perjuangan untuk mencari rumah sewa. Rupa-rupanya memang agak susah mencari rumah sewa dalam masa yang singkat. Lebih menyukarkan keadaan apabila pencarian ini berlaku dalam musim cuti kerana sukar untuk berbincang dengan rakan-rakan secara tidak bersemuka. Lebih menambah kesukaran apabila kewangan kami juga tersekat..Entah mengapa pengurusan pihak maktab kali ini agak lambat (selalunya memang lambat tapi ini lebih lambat daripada biasa) dalam mengeluarkan bantuan dari segi kewangan..Sekali lagi iman kami diuji dengan masalah ini. Ya Allah, setiap rumah sewa yang kami perlu sewa memerlukan deposit sebagai bayaran pendahuluan. Mujur para keluarga kami memahami keadaan kami yang mengalami masalah kewangan dan sudi menghulurkan bantuan.. Argh, skema tull ayat..huhu...
Last2, kami semua dapat rumah area blakang 100 percent. Alhamdulillah, sekarang smua urusan rmah da setel, tinggal urusan kreta sewa utk praktikum 2 bulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan n dalam setiap kesempitan atau kesukaran yang hadir, mujur ada juga diberikan kelapangan. Next week da stat praktikum yg kedua.. Harap2 semua berjalan dengan lancar..Although I know that life will not always promise it will be easy but I believe that everything will be all right later...InsyaAllah..Just I hope that I will be given strength to face all obstacles...I just really really hope..
No comments:
Post a Comment