Thursday, June 30, 2011

Life Is A Long Journey

Life is getting busy since last month..Tengah-tengah sronottt bercuti di Sabah dengan kengkawan, timbul berita mengejut lagi sakit jantung dari pihak maktab yang tercheeentha...Ini bukan lagi sekadar spekulasi tetapi ini adalah satu kenyataan yang harus kami hadapi sebagai guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009. Ternyata berita kami diminta untuk keluar daripada asrama merupakan satu mimpi ngeri yang menjadi kenyataan dalam hidup kami..Haduh, sedih bebenar siot. Saat ini terasa benar Allah sedang menguji kami..Dalam kepayahan kami menjelajah di Sabah tanpa tourist guide dan bekalan yang cukup-cukup makan sahaja, kami berasa bahawa kami harus kuat untuk melalui semua yang sedang kami hadapi. Sebaik sahaja pulang dari Sabah, saya dan kawan meneruskan perjuangan untuk mencari rumah sewa. Rupa-rupanya memang agak susah mencari rumah sewa dalam masa yang singkat. Lebih menyukarkan keadaan apabila pencarian ini berlaku dalam musim cuti kerana sukar untuk berbincang dengan rakan-rakan secara tidak bersemuka. Lebih menambah kesukaran apabila kewangan kami juga tersekat..Entah mengapa pengurusan pihak maktab kali ini agak lambat (selalunya memang lambat tapi ini lebih lambat daripada biasa) dalam mengeluarkan bantuan dari segi kewangan..Sekali lagi iman kami diuji dengan masalah ini. Ya Allah, setiap rumah sewa yang kami perlu sewa memerlukan deposit sebagai bayaran pendahuluan. Mujur para keluarga kami memahami keadaan kami yang mengalami masalah kewangan dan sudi menghulurkan bantuan.. Argh, skema tull ayat..huhu...
Last2, kami semua dapat rumah area blakang 100 percent. Alhamdulillah, sekarang smua urusan rmah da setel, tinggal urusan kreta sewa utk praktikum 2 bulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan n dalam setiap kesempitan atau kesukaran yang hadir, mujur ada juga diberikan kelapangan. Next week da stat praktikum yg kedua.. Harap2 semua berjalan dengan lancar..Although I know that life will not always promise it will be easy but I believe that everything will be all right later...InsyaAllah..Just I hope that I will be given strength to face all obstacles...I just really really hope..

I've Learned

I've learned that we don't have to change friends,If we understand that friends change.

I've learned that something that you do in an instant, can give you heartache for life

.

I've learned that you should always leave loved ones with loving words, it may be that last time you see them.

I've learned that we are responsiable for what we do, no matter how we feel.

I've learned that either you control your attitude, or it controls you

.

I've learned that my best friend and I , can do anything or nothing and still ahve a good time.

I've learned that sometimes the people you expect to kick you when you are down, will be the one who helps you get up.

I've learned that sometimes when i am angry i have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel.

I've learned that just because someone doesn't love you the way you want them too, doesn't mean they don't love you with all they have.

I've learned that maturity has more to do with what types of expirences you've had and what you learned from them, and less to do with how many years you have lived.

I've learned that it isin't always enough to be forgiven by others, but sometimes you have to learn to forgive yourself.

I've learned that just because two people argue, doesn't mean they don't love each other. And just because they don't argue, it doesn't mean they do love each other.

I've learned that you shouldn't be so eager to find out a secrect, it may change you life forever.

I've learned that sometimes the people that you love most in lfe, are taken from you too soon.

I've learned that you can't make someone love you. All you can do is be someone who can be loved, and the rest is up to them.

I've learned that no matter how much i care, some people just dont care back.

I've learned that it takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.

I've learned that it's not what you have in life, but who you have that counts.

I've learned that you can keep going, long after you think you can't.

I've learned that their are people who love you dearly, but just don't know how to show it.

I've learned that even when you feel you have no more to give, a friend cries out and you find the srenght to help.

I've learned that our backgrounds and circumstances may have influenced our lives, but we are responsiable for who we become



Wednesday, June 22, 2011

Sabah Trip

10 hari di Sabah memberikan pengalaman yang baru buat saya.. Wlaupun cuma sempat singgah di tempat-tempat tertentu ja, tapi boley tahan gakla Sabah..especially part jalan rayanya yang agak bersimpang siur..memang bersimpang siur wooooo especially tyme nak g Tenom, guna jalan bukit ajaib (bak kata salah sorang kwan di Sabah, mun salah, nang hidup-hidup knak enjen)..malas nak skema, k bhsa srwk jak o..xda jlan di Sarawak cmtok glak..wa, rasa nait roller coster jak dlm taxi rya..hoho.. Spanjang d Sabah, hari2 kmkorang bnyak dpnuhi dgn perjalann yang jauh..xsangka juak dhal jauh juak Tenom dari KK, jauh juak KK dari Beufort..Jauh juak Kota Belud..ingat bley sampe dalam 1-2 jam cmya jak..duhal rasa dari Kuching ke Semanggang, Kuching ke Serikei, Kuching ke Asajaya, Kuching ke Serian..kira cmyala perjalannnya..mun mok tauk cmne spesifikasi perjalannya, g ktkorang mpun ke Sabah ya.. berbaloi wak la cuma xsemua tmpat dpt pgi coz mekorang xda transport n xda tourist guide...tmbah agik tyme ya semua ompuan bjalan..xpa2, lak mun g Sabah agik dh da tourist guide coz dah da orng volenteeeeerrr...wee, bestnyer..haha..whatever, entah bl agik dpt pegi..huhu..InsyaAllah, mun da rezkila..g ngn dak Zati @ ngn family..

k, berbalit ngn cerita di Sabah tek, mcm2 jak pegalaman mekorg cnun..Paling syiokla part g Ranau..sejukkkkk..g Labuan pun best wak coz nait speed boat n feri..tokla I nak madah cne juak tmpat di Sabah yang I da pegi..(chewah, I & U la puleek)..da ku kesah??hehe..I da g Taman Pertanian di Tenom, I da juak pg Poring, g tmpat ikan gigit kaki (xtauk nama coz plek glak), g Keningau, g 1 Borneo, g Pasar Filipina, g Pasar Gaya, g sia, g sitok..hehe..tapi xsempat g Taman Haiwan Lok Kawila..frust wak ikit..hurm, xpala..lak mun I g Sabah agik, I nak g Lok Kawi, Kundasang, Tawau, Kota Belud, Labuan agik, Tanjung Aru agik, Simpang Mengayau n mana2 yang orang nak mbak I la..I ekot jak..hehe..munla ada orang mok embak nak, cey branganla ko Mimiey..huhu..lalek ar..hehe..malas ar nak cita pnjang2, cekedout jak gmbar kat dbah tok..


Tersenyum w/p di atas speed boat ke Labuan yang laju

Berbumbungkan angkasa kelabu..

Bila perut kenyang, hati pun senang..

Posing mautt...

Labuan Square yang segiempat..hehe

Tiket feri dari Labuan ke Pekan Menumbok

Di atas feri :)

Bebungaan di taman

Memori kami:)

Taman Bunga Kertas

Taman Orkid

Bersama replika dinosour

Kilang kopi tenom

1 Borneo

At the largest hypermarket of Borneo

Pantai Tanjung Aru

Tempat ikan gigit kaki:)

Atas jambatan gantung..ngeri..

Geli + sakit

Air Terjun di kawasan Poring (sebelum kejadian kamera jatuh air)


Dunkin Donut..Akhirnya dapat juak mrasa!1x sesedap Big Apple

Angin yang bukan setakat sepoi2 bahasa

Di perhentian yang ckup indah..Subhanallah

Kinabalu Pine Resort..Ada impian ke sitok agik..InsyaAllah:)

Lokasi : Hampir Seluruh Sabah (Ranau, Labuan, Tenom, KK)
Tarikh : 4 Jun - 14 Jun

Thursday, June 2, 2011

Sabah, Here I Come



Rasanya nda sbar suda mo sampai Sabah ni.. cgewah, smngat btul aku ni mo pgi sana, smpai bercakap lagi slanga sabah..bangga nda??hehe...ni trip sama gink karas n arap dapatla kami pigi itu tampat yg glems yg pnh kami kasitau sama kengkawan dr sabah.. Dengar kata Sabah ni dekat dengan pantai..wa, seronok siot gink!! suka suka suka pegi pantai..

Masalah, masalah! Ni la yang bakal berlaku bila orang Sarawak yang jakun nak pegi Sabah..haha..Pengembaraan saya insyaAllah akan berlangsung selama 10 bersama-sama 4 orang lagi kawan baik..Budget kira2 RM650..Rasa-rasanya cukup ker x ek??hehe..Ni ha senarai yang saya cari dari internet tempat2 yang boley saya pegi di Sabah...Iya, buley bha kalo ko!!

.....
....
.....
......
......
....
.....
....

Arg, actually I doesn't have any idea where to go.. I just know Simpang Mengayau,Tenom, Mbakut, 1 Borneo, Pasar Phillipine, Ranau, Kota Belud, Mat Salleh, Daling-Daling, Bajau, Irranun.......Erk, end of discussion here!!

Pelajar Sem 6 Yang Merungut

Saya tpksa update blog ni waktu pagi coz tyme ni jer adik beradik saya xmenyibok nak online..hehe..so, saya akan gunakan pluang ini sebaik-baiknya utk update blog w/p saya tau xdaq siapa la yang sudi baca cerita saya..kecian..kecian..kecian (ala upin n ipin)..ala, xkesah pun yg pnting saya da cuti..horray!!haha..apaka??yala, bila saya da cuti, saya xpayah pk pasal esemen, xpayah pk pasal xam, xpayah pk psl xtvt maktb..yg penting Sem 5 da habis sejak 27hb Mei yang lepas..makanya, saya akan menjadi guru pelatih Semester 6 n itu bermaknanya tinggal 1 tahun lagi saya bakal bergelar seorang guru secara rasmi..woaaa...sungguh cepat masa berlalu..xsangka..perjalanan 5 1/2 tahun saya di IPG ini semakin menghampiri ke penghujungnya..Jika dulu saya begitu naif n ibarat tin kosong sahaja waktu mula masuk maktab, tapi sekarang, alhamdulillah diri saya telah dipenuhkan dengan ilmu perguruan yang sememangnya tidak pernah saya imaginasikan sejak dulu lagi..Jika dulu, saya masih terkebil-kebil bila ditanya mengenai cita-cita..Waktu berada di sekolah rendah dulu, impian saya adalah ingin menjadi seorang doktor tapi setelah melangkah ke alam sekolah menengah, especially lepas masuk tingkatan 4, saya mula tidak yakin dengan perjalanan hidup. Justeru, saya tidak tahu apa sebenar lorong dan kesudahan perjalanan hidup saya..Pernah terfikir untuk menjadi seorang guru tetapi berada di sebuah sekolah yang agak bertaraf tinggi, kerjaya seorang guru ini dianggap remeh oleh sebilangan rakan-rakan di sekolah. Bahkan para guru kerap menggalakkan kami untuk tidak menceburkan diri dalam bidang perguruan kerana bunyinya agak kurang berjaya dan memenatkan..Maka, saat itu, di fikiran saya, kerjaya guru bukanlah kerjaya yang membanggakan dan tidak memberikan kehidupan yang menjamin pada masa hadapan..Lebih-lebih lagi apabila 2 permohonan saya untuk mengikuti program perguruan ini ditolak..

Sehinggalah satu saat itu, dimana saya akhirnya berjaya diterima masuk ke IPG..Semua persepsi saya terhadap bidang keguruan ini luruh secara serta merta.. Jika dulu, saya menjadi seorang guru sandaran, dengan pengetahuan yang kosong tentang pedagogi, saya hentam keromo jer mengajar bebudak skolah rendah..bila masuk ke kelas, saya gemar menyuruh murid untuk berdiri dan bersenam sekejap untuk mengelakkan mereka berasa mengantok dan bosan berada dalam kelas saya.. ternyata tidak semua pendekatan yang saya gunakan sewaktu menjadi seorang guru sandaran dulu salah kerana apa yang saya lakukan ada kaitan dengan kognitif mereka..

Jika dulu, gaya bahasa saya, kureng dan agak keanak-anakan tapi sejak dipenuhi dengan modul pendidikan, saya akui bahawa fikiran saya menjadi agak lebih matang dan mampu mengeluarkan pendapat yang lebih bernas berbanding dahulu. Jika dulu hanya menggunakan "otak" untuk menggambarkan kepala dan pemikiran, tapi sekarang saya menggunakan istilah "kognitif", jika dulu menggunakan "anggota badan bergerak" untuk menerangkan aktiviti PJK, tetapi sekarang sudah menggunakan istilah "psikomotor". Namun satu perkara yang penting di sini adalah jika dulu saya dipanggil nama sahaja (Mimi) ketika berada di sekolah tapi sekarang, semua orang memanggil "Cikgu Mimi"..bahkan di pasar ketika berjalan bersama rakan, orang tahu kami guru pelatih. Entah bagaimana orang dapat tahu, sedangkan kami todak pernah menghebahkannya.

Bila difikir mengenai apa yang saya lalui di maktab selama 4 tahun lebih saya berada di sana; (dasyat woo, macam berada di sekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Rendah) xsangka banyak sungguh pengalaman yang telah saya perolehi..w/p saya ni bukanlah aktif sangat di maktab, tp sebagai slah seorang warga maktab yang bertanggungjawb dan berdedikasi, chewah, saya tetap mengalami semua aktiviti yang dianjurkan di maktab. pengalaman apabila berhadapan dengan warden asrama, kafe, kengkawan, penambahbaikan kawasan maktab, majlis2 di maktab, perpisahan dengan pengarah dan yang paling penting sekarang adalah pengalaman di asrama.memangla saya dah duduk dekat nak 11 tahun diasrama, (wa, xsgka agak lama) tapi pelbagai kontrobesi yang berlaku di asrama sekarang sememangnya membingungkan saya..Saya akui bahawa saya agak keberatan untuk meninggalkan kawasan asrama kerana semua kemudahan seperti masjid, kafe, tempat kuliah,kengkawan dan bilik adalah mencukupi bagi kami. Sebelum cuti, PISMP Ambilan Januari 2009 diberi pilihan sama ada untuk tinggal diluar atau terus tinggal bertiga dalam blik. Dan majoriti kami memilih untuk tinggal bertiga dibilik kerana kami memikirkan mengenai kos berada di luar. Mungkin kenyataan saya agak mementingkan diri sendiri tetapi saya rasa kurang selesa mengapa ipg kami perlu mengambil terlalu banyak ambilan sedangkan semua orang tahu bahawa maktab sedang dalam pembinaan dan asrama adalah limited. pelajar baru boleh ditempatkan di ipg yang lebih besar dan luas berbanding di sini. Tambahan pula, masalah kewangan yang kami hadapi menyukarkan kami untuk menyewa di luar kerana bukan semua antara kami yang terdiri daripada keluarga yang berkemampuan. saya akui bahawa lambat laun kami akan dipindahkan juga ke luar..walaupun agak berat untuk dinyatakan tetapi itulah hakikat yang perlu kami lalui.
Justeru, untuk sem 6 yang mendatang, kami akan bertinggal seramai 3 orang di dalam bilik dan InsyaAllah, semoga tiada sebarang masalah lagi timbul..saya berharap benar agar pembinaan asrama baru dipercepatkan supaya kami boleh lagi hidup di asrama untuk kali terakhir di Ipg ini. Rasaya, sekiranya sudah tinggal bertiga di bilik, yuran asrama sepatutnya dikurangkanlah ek??hehe..oh, itu tidak mungkin kerana dunia ni kalu pasal duit tidaklah pernah adil..huhu...ini masaha yang sedang melanda di ipg kami waktu sekarang. bukan stakat masalah di asrama tetapi masalah keperi manusiaan juga menjadi isu bagi warga matab kerana sebagai seorang pejalan kaki, kami berasa sangat tidak puas hati kepada pemandu kereta, motosikal, lori kerana mereka kurang rasa empati terhadap kami yang terpaksa menghadapi debu-debu jalanan yang terbang tatkala kenderaan-kenderaan ini lalu di jalan raya. Kadang-kadang mereka enggan memperlahankan kenderaan sehingga kami terpaksa menghidu asap kereta serta debu-debu tanah hasil pembinaan bangunan baru. Muka yang ceria di awal pagi ketika turun kuliah menjadi comot kerana kekelabuan debu yang hinggap dibaju dan muka. Ini belum lagi saat hari hujan..MasyaAllah, kasut yang bersinar sewaktu keluar dari blik menjadi berdebu dan bertanah-tanah apabila sampai ke kelas. "Tu Diaaaa", bak kata MatLufthi..Ya, sekarang saya akui bahawa ini adalah sesi merungut Malaysia..haha..namun begitu, kami tetap terus bersabar kerana bagi saya ini mungkin keadaan yang biasa-biasa sahaja..dan Allah sengaja menyediakan kami dari segi fizikal dan mental untuk dipostingkan ke kawasan pedalaman kelak..hehe..yalah, alah bisah, tegal biasa la kan..da biasa berkotor-kotoran ke kuliah apatah lagi apabila sampai waktu mengajar kelak..hehe..

Rasanya sampai disini sahaja sesi rungutan saya pada pagi ini..InsyaAllah, akan disambung selagi adik2 tidak mengganggu dan selagi saya belum sampai lagi ke Sabah..hehe.

Wednesday, June 1, 2011

Memorable Puree :Oh Puri

2 minggu yang kepas, keluarga saya pergi ke Damai Puri..chewah, skema nampak..haha..korang tau x mana Damai Puri? Ni, nak habaq mai skit sama angpa smua:

Damai Puri ni salah sebuah kawasan perehatan (ignore adax pkataan 2) bagi orang yang menginginkan ketenangan di tepi pantai..Lokasinya berdekatan dengan Pantai Santubong dan exactly di bawah Gunung Santubong..Sila rujuk gambar di atas..Cantek tak??hehe..Kalu korang nak enjoy n jejalan slen ke pantai, korang gak bley jalan kaki dalam 10 min cm2 ke Kampung Budaya..Kalu korang nak lebih thrilled lagi, korang p la daki Gunung Santubong yang xla brapa tinggi tuh..ceh, blagakla pulak saya ni coz naik Gunung Serapi lagi da rs nak tcabut kepala lutut, nikan pula Gunung Santubong..hehe

Sebenarnya bapa ada kursus kat sana n jadik, dy ambillah peluang keemasan ni nak bawa kami sekeluarga bermalam skali kat sana. so dengan rasa bangga dan tidak malunya, saya mengumumkan kepada semua bahawa kami tidur, makan, minum n main kat pantai secara FREE di sana..hehe..dengan tidak sedar dirinya yang saya ni sebenarnya masih dalam minggu exam dan beraninya saya pergila skali join family kononnya nak ambik mood blaja sana..haha..kononnyala..lgpun da lama xpgi pantai ni dgn family n I’m over excited..lgpun shari ja pun, xla lama sngat coz tghari sabtu pegi n tgahari ahad balik..dengan berbekalkan nota exam n baju2, saya pun meneruskan pjalanan ke damai puri..woooaaxctednya nk g pntai..nak tgk matahari tbenam, nak men pasir, nak baring kat tmpat omputeh salu baring, nak tgk matahari terbit , nak dgr bnyi ombak n yg pnting nak releasekan tensen tyme exam2 ni smntara ambik mood baru nak blaja..chewah, kata2 ja tuh..hehe,,bl smpai sana, trus kami bradik ambik gmbar,.tmbahan sa adala bawak kmra..xctednya ambik gmbaq sampai hbis bateri kamere.. amaran: gambar2 dibawah tidak tersusun dengan rapi..


Family Outing

Adik2 yang lebih besar dari kakak

Keadaan di laut pada waktu pagi

Kala matahari terbenam


Di sekitar tempat berenang kanak-kanak

Abaikan makhluk plik kala matahari terbenam di atas

Bapa n kawan berkayak petang2

SubhanaAllah, menikmati pantai waktu petang

Sisterhood:)

oh my gosh!!rupanya saya tlupa nak bawak charger kamera..huhu..naya nih..nsib bek kmra hnphne mak ok.. so, smua ga,baq pas jam 5 dari kamera makla..huhu..sadis btol..

Ptangnya, kami jejalan kat pntai smbil ambik gambar..wa..bestnya..pastu smntara tnggu ammar, afiq n bapak mandi, saya sempat baringla kat krusi tmpat omputeh salu baring..wa, sonok btul coz dapat rasa keindahan ciptaan Allah yang meluas..Subhanallah..cantik btul n tenang betul..kalu diberi pilihan, saya teringin skali nak buat rumah kat tepi pantai coz tiap2 hari saya dapat lihat alam ciptaan Allah yang nan indah ini..chewah..n kami stay sana sampailah matahari terbenam..rasa xnak balik plak kat bilik..hehe.di saat saya bermuhasabah diri ini, saya tiba2 plak bley terpk camna prasaan mak bapak saya tyme bawak kami p pantai coz kalu dulu, dyorang bawak kami yang masih kecil2 lagi tapi skrang semua da besar memanjang..xtermasok saya la..hehe..mesti dyorang tharu btol bl tgk anak2 yg dyorang jaga dari kecik tapak kaki kini da makin lebih besar dr dyorang sndiri..msti dyorang pk, bl la pulak anak dyorang plak yang g bawak men kat pantai..korang gak pnah tpkiaq macam saya ni,kan?kan?kan?

Nak dijadikan cerita, malamnya pulak, gliran saya dan liayana makan kat restoran, kami makan guna kupon yg bapak beri khas dr opis bapak.then dgn xctednya, kami makan n ambik makann n makan n ambik makanan n ambik lagi makann smpai xlarat lagi nak angkat..trasa orang kaya sbentar coz dpt mkn drestoren yg mahal..ceh, blagak sungguh..kami siap order air chocolate ice 2 n pure juice orange..alhamdulillah, kenyang n kami pun nak kluar n nak bagi kupon kat kaunter..dengan konfidennya saya bagi jerla kupon tu n tb2 kak cashier 2 dengan muka 20sen nya gtau, "adik, kena byar minuman yg da dorder tadi"..wa, saat 2 hati kami da gundah gulana coz langsung xbawa duit..lagi gundah gulana bila tgk resit harga minuman jer da tertera RM37.12..mASYAaLLAH..terkejut berox..memang da jadik berox pun barang skejap..peluh jantan membasahi jaket Korea yang saya guna..n smbil bfikir sejenak, aku ni jantan ka btina??haha..abaikan apa yang korang baca 2 prenggan di atas coz 2 cuma imaginasi saya..haha..dengan muka yg tebal, saya balik semula ke bilik n ambik duit dr mak..amar da ciap kata :ceh, mamalukan”..hadoyai..yg buat kami pensaran 2 air chocolate ice yg kami order sbnrnya air dutch lady kotak yg salu dbeli d supermarket dgn harga rm4 jer sekotak.lagi btambah penasaran bila esoknya tyme bekfast, kami dapat mnum air "chocolate" yang sama macam malam tadi n jus oren dengan FREEnya!!!ok, dulangi "dengan FREEnya"..ces, kuih bingka sungguh..(saya menyumpah dalam hati) hadoh..saya n adik saling berpandangn sesama sendiri..menyesal tu tiadala tapi hampeh n sakit hati 2 tetap ada tp apa boleh buat, pengalaman..hahah..bila dfkir balik2, memang melucukan n sampai skarang saya masih simpan resit mnuman dr damai puri 2..n kesan ke atas diri saya skrang ialah saya rasa skit hati bila tengok air kotak dutch lady coklat yg djual dpasar..haha

Haha, ni lah kisah saya dr damai puri..maafla yek kalu kualiti gambaq agak kurang..lgpun saya tau korang bukannya bmnat pun nak tgk gambaq saya gak,kan?kan?kan?..anyway,nantikan lagi gmbar2 n cerita2 saya dari Sabah yek!!hehexcted nih nak pg..doakan saya selamat pegi n slamat balik ke sabah..kalu sesiapa yg dr sabah tu ada suggestion tnmpat mana yg best pg, tlong gtau ya..hehe

Moral of the story: 1. Jangan berlagak datang tempat orang..kalu xtau, tanya

2. Makan 2 biarla ingat2 dunia sket, spaya xla memalukan diri sendiri

3. Korang janganla trus tak nak singgah di Damai Puri sbb crita saya ni jer, k sbb memang berbaloi tebaloi anda semua ke sana..hehe