SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.
Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.
Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.
Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.
Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari’.
Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari’.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Lakukanlah qailulah: (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah."(Riwayat al-Tabarani). Sesungguhnya amalan sunnah ini amat besar manfaatnya untuk kita amalkan.
Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. Ingat ya sahabat, Rasulullah menganjurkan kita untuk tidur sekejap sahaja dan tidak berlebihan. Kajian ini menunjukkan jika kita tidur berlebihan pada siang ahri dan dilakukan selepas pukul 4 petang, badan kita akan memasuki fasa tidur yang lena yang susah untuk bangkit semula. Kesannya, badan akan berasa pening dan terhuyung-hayang dalam masa tempoh yang agak laam dan juga boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam hari. Renung-renungkan dan selamat beramal..:)
No comments:
Post a Comment