Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Dalam persahabatan....banyak perkara yang perlu kita titiberatkan...demi menjaga sebuah persahabatan agar kekal hingga ke akhir hayat amatlah payah...kerana pasti ada dugaan yang mendatang untuk meruntuhkan hubungan yang baik...
1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.
2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
13. Bagi sahabat yang berjauhan, walaupun sukar dan sibuk dengan hal masing-masing, hantarlah mesej ringkas sebagai tanda anda tidak melupakannya.
14. Jika ada sahabat baru, jangan dipinggir sahabat lama..
15.Janganlah berkira dengannya kerana tanpa mereka, kita keseorangan
16. Janganlah mengharapkan balasan dari kebaikan yang kita lakukan untuk mereka kerana sifat itu sangatlah tidak sesuai dalam persahabatan mahupun walau apa jenis perhubungan sekali pun
17. Janganlah mengutuk dibelakangnya kerana tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada diri kita
18. Sentiasa memaafkan kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini
19. Sentiasa nasihat menasihati kerana kita manusia mudah lupa
20. Bersedia untuk mendengar luahan rasa mereka kerana esok lusa, mereka pula yang akan mendengar luahan kita
21. Janganlah berdendam kerana dendam itu adalah penyakit hati yang kritikal
22. Bermanis mukalah sesama sahabat kerana air muka menunjukkan isi hati hati kita
23. Janganlah berat sebelah, kerana itu menunjukkan kita tidak adil sesama sahabat
24. Terimalah mereka apa adanya dan pasti mereka juga akan melakukan hal yang sama
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Sesungguhnya..aku sayangkan sahabatsahabatku..dekat atau jauh..bersua muka ataupun tidak...Maafkan silap salah aku...halalkan segalanya...aku insan lemah dengan penuh kealpaan...nasihati aku sekiranya aku salah...aku perlu itu...Terima kasih kerana masih bersama aku...susah dan senang...harap kekal hingga ke Syurga..INSYAALLAH
No comments:
Post a Comment