Friday, January 14, 2011

Saya Tak Balik





Saya suka rama-rama..Sheeda kata saya sinonim dgn rama-rama..Sebab rama-rama cantik (tak bermaksud saya puji sendiri cantik, hehe)..SubhanaAllah..Maha Suci Allah..Pada saya, ada ketenangan dan kebahagiaan apabila melihat sesuatu yang indah dan cantik..Pada saya, ada keunikan pada kejadian makhluk yang bernama rama-rama ini..Sebelum rama-rama bertukar menjadi bentuknya yang cantik, ianya harus melalui beberapa peringkat yang agak sukar.Dari ulat gonggok kepada kepompong dan kemudian baru keluar sebagai seekor rama-rama yang riang. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan manusia..Untuk mencapai sebuah kehidupan yang baik dan sempurna, kita harus melalui pelbagai cabaran. Kejayaan dan kebahagiaan hanya akan hadir sekiranya kita tidak berputus asa dan berjaya mengharungi segala rintangan yang tiba. Begitulah sedikit sebanyak kita harus mengambil ikhtibar di sebalik kejadian rama-rama. Mungkin lebih banyak rahsia lain yang boleh kita teliti di sebalik kejadian yang diciptakan oleh Allah.. "Maka, tiadalah Kami menciptakan sesuatu hanya dengan sia-sia"
Last but not least, saya suka rama-rama sebab rama-rama berwarna-warni..(hehe, ayat skema)

No comments:

Post a Comment