Tuesday, November 16, 2010

Meet Cik Mimot


This is my new buddies, Cik Mimot..Xtau mok berik nama apa agik coz blurr..hehe..Actually be4 this I just keep call her "Ikan"..hehe..This is the first time in my life having a pet..gosh..dunno what to do..but I hope that it will last longer than everyone had expected..hehe..


Sorry coz poor quality of pix as I just took it from my hp..never mindla..as long as everyone knew her..hehe..her speciality?? hurm, I think that she will get excited everytime I talk with her..erk..TALK??haha, actually it's quite weird coz I never talk to animals b4 coz it seems like crazy but my friends said that I must talk to her so that she could grew faster..and my friend suggest that I should change her aquarium as it is smaller..How do I know Mimot is "SHE"? Dunno..juz imagine that the fish is a girl..haha.. Why I choose her? Because she is beautiful..I think that now it is relevant why I imagine this fish as a girl..pelik juak mun "he is beautiful"..hehe

Hurm, a little info bout this species of fish, for my own knowledge olso : Ikan laga = Betta (Scientific Name)

PANDUAN MEMELIHARA BETTA
Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.

p/s: I bought Cik Mimot for only RM3 + RM 2 (Container) = RM 5

PANDUAN MEMILIH JENIS BETTA
Pelbagai jenis Betta ‘fancy’ boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti jenis yang berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat (metallic) seperti hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak ‘marble’. Terdapat juga yang mempunyai ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek (short fin), ekor cabang dua (double tail) dan berbentuk ekor guppy atau half moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut selera individu peminat. Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya. Untuk memilih jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di dalam bekasnya sementara ikan betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.

mAJULAh hObI pELiHaRa Ikan UntUk Semua..hehe

No comments:

Post a Comment