Tuesday, November 16, 2010

Maafkan Saya, Teman

Bismillahirrahmanirrahim...

Buat sahabat,
Maafkan saya kerana saya belum mampu jadi sahabat yang baik untuk kamu semua..
Maafkan saya kerana sepanjang mengenali saya, hati semua saya kurang jaga..
Maafkan saya kerana saya tidak menyumbang apa-apa kebaikan sepanjang kita bersama-sama..
Maafkan saya kerana kadang-kadang saya seperti mementingkan diri sahaja..
Maafkan saya kerana saya sering alpa bahawa saya sepatutnya bersikap lebih terbuka..
Maafkan saya kerana saya jarang berusaha untuk menggembirakan hati semua..
Maafkan saya atas semua silap saya...

Sesungguhnya mengenali anda semua merupakan perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya..
Sesungguhnya berdampingan dengan sahabat seperti anda semua merupakan satu semangat bagi seorang insan seperti saya..
Sesungguhnya bersahabat dengan anda semua buat saya mengerti apa erti sahabat sebenarnya...
Sesungguhnya hidup saya lebih bermakna dan bahagia ada sahabat seperti kamu semua..

Walaupun kita lain cita rasa..
Walaupun kita lain rasa cinta..
Walaupun sikap saya kamu kurang suka..
Walaupun kamu rasa tidak selesa..
Namun kamu tetap sedia menerima saya..
Terima kasih kerana menerima saya seadanya..

Saya bersahabat dengan kamu bukan untuk bermuka-muka,
Saya bersahabat dengan kamu bukan bersahaja-sahaja,
Saya bersahabat dengan kamu bukan kerana terpaksa,
Namun kerana saya memang memerlukan kamu semua untuk membantu saya memperbaiki kelemahan diri saya..
Kerna saya memerlukan kamu untuk menjadi tabah dalam mengharungi hidup serba sukar ini..
Saya mohon jangan pernah lari dari saya, jangan pernah singkirkan saya, jangan pernah pulaukan saya..
Kerna saya tidak mahu lagi merasa sakitnya kehilangan kawan-kawan..
Kerna saya tidak mahu merasa betapa sunyinya hidup tanpa kawan..

Sahabat saya..
Saya tidak punya kata yang terlalu puitis untuk menyatakan betapa saya menghargai kamu semua..
Saya tidak punya wang atau harta yang mampu membalas budi kamu semua..
Saya tidak punya kekuatan untuk menunjukkan betapa saya menghargai kamu semua..
Namun, hanya satu saya janji kepada semua..
Saya akan berusaha untuk menjadi sahabat yang paling setia..
Saya akan berusaha untuk menyokong kamu dari belakang..
Saya akan sentiasa berdoa dalam tahajjud pada sepertiga malam..
Agar persahabatan kita dirahmati Allah..
Dan kekal hingga ke hujung usia..
Aminn..

1 comment:

  1. love you my friend~ i love you for who you are and who i am around you~ :D

    ReplyDelete