Tiap-tiap hari saya belajar benda baru sama ada saya sedar atau tidak.. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana mengatur perjalanan hidup saya sebegini. Jika tidak kerana sabar dengan setiap apa yang pernah berlaku dalam hidup ini, mana mungkin saya mampu berfikir sedalam ini. Jika tiada ilham yang dikurniakan Illahi, mana mungkin saya mampu menjadi sematang ini; berfikir secara berhikmah.
Dulu-dulu, saya pernah terbaca, "Semakin kita tahu sesuatu, semakin banyak pula yang kita tidak tahu.." Saya jadi pelik..Pelik sangat-sangat..Pelik bin ajaib..Kenapa ya begitu??Kenapa makin kita tahu sesuatu perkara, semakin pula kita tidak tahu..Lama sungguh saya berfikir..Alhamdulillah, di kala usia meningkat 23 tahun ini, saya mulai faham ayat tersebut.. Saya yakin benar apa yang dikatakan adalah tepat.. Ya, yakin benar...Biarlah saya buat sedikit hipotesis di sini;)...Semakin banyak kita berfikir, semakin banyak kita ingin tahu akan perkara tersebut..Semakin banyak kita ingin tahu akan perkara tersebut, semakin kita berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk menjawab persoalan tersebut..Semakin banyak kita berusaha mencari jalan, semakin dalam ilmu yang kita terokai, semakin mendalam ilmu yang kita terokai, semakin dalam pula ilmu yang kita jumpai..Dan semakin dalam ilmu yang kita jumpai, semakin kita sedar bahawa masih banyak ilmu yang belum kita ketahui..Masih banyak lagi rahsia alam yang belum kita jelajahi.. Semoga semua faham dengan hipotesis panjang yang saya kemukakan..Hehe, jika dahulu, waktu kelas Sains tahun 6, part hipotesis inilah yang saya paling suka..Sebab ada kesinambungan "semakin"..:)
Ilmu Allah itu Maha luas...Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa, sekiranya seluruh air di lautan di Bumi ini dijadikan dakwat untuk menulis dan mencatat seberapa nikmat dan ilmu yang ada di muka Bumi ini, belum tentu cukup lagi. Ilmu yang kita nampak dengan mata zahir ini bukannya sedikit, dek-dek pula dengan ilmu yang tersurat di setiap pelosok negara..Ketinggian ilmu bukan terletaknya pada tuanya seseorang itu, tingginya darjat seseorang raja, kayanya seorang Sultan atau besarnya pangkat seorang YB, namun ketinggian ilmu itu ada pada sesiapa sahaja. Tingginya ilmu itu bukannya setakat juga terletak pada banyaknya A yang dia peroleh dalam peperiksaan, tingginya pointer dalam setiap semester ataupun banyaknya markah 100% yang dia perolehi di dlam peperiksaan, namun tingginya boleh kita ukur melalui kebijaksanaannya dalam melalui pengalaman hidup dan mengurus masanya. Orang yang berilmu, tinggi cintanya pada buku. Tinggi cintanya apabila berada dalam ceramah ilmu.. Dia measakan kenikmatan ketika berada di dalam majlis ilmu kerana dari situ, dia boleh belajar benyak perkara.. Banyak pengetahuan baru boleh dipelajari di samping pengalaman baru dan sahabat baru.. Itu juga ilmu bagi mereka..
Kadang-kadang saya jadi malu kerana walaupun usia saya lebih tinggi, namun gaya pemikiran saya masih rendah.. Saya dapat merasakan bahawa ilmu saya belum lagi cukup banyak dan tidak dapat menandingi ilmu sahabat-sahabat saya yang lain yang jauh lebih muda dari saya. Kadang-kadang saya cemburu kerana ilmu saya sedikit namun saya sedar bahawa itu salah saya sendiri, siapa suruh malas cari ilmu..huhu:( Ilmu itu senang sahaja didapati asal kita bijak mengambil peluang dan kesempatan..Ya, benarlah kerana baru-baru ini, saya sedar bahawa saya dapat banyak ilmu baru..Ilmu fotografi, ilmu editing gambar, ilmu memasak dan juga ilmu kesihatan. Jika saya tidak berani mencuba sesuatu ilmu yang baru itu, mana mungkin saya tahu bahawa saya punya kelebihan dalam sesuatu bidang..mana mungkin saya minat terhadap fotografi, mana mungkin saya minat dengan bermain tenis. Kita akan berasa seronok apabila kita minat dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila kita minat dalam melakukan sesuatu perkara, kita kan sentiasa bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memperoleh ilmu tersebut. Dan nyatanya, semuanya berbalik kepada satu perkara utama iaitu semakin dalam kita menerkai ilmu, semakin kita sedar bahawa kerdilnya kita ini jika dibandingkan dengan Allah..semakin kita berasa kerdil dengan Allah, semakin dalam kecintaan kita terhadap pencipta kita, Ya Rabb..Kita akan balik kepada fitrah yang sebenar iaitu menjadi hamba yang lemah dan hina.. Maka, baru kita sedar bahawa, tanpa Allah, siapalah kita..waima betapa besarnya pangkat kita di mata manusia, betapa bertimbunmya harta kita di gudang, apabila kita fikirkan semula, semua itu milik Allah..kita manusia hanyalah meminjam nikmat milikNya sahaja..Jadi, janganlah kita angkuh dan sombong dengan ilmu yang dimiliki, pangkat yang dikuasai dan nikmat yang melimpahi.. Sedarlah bahawa itu semua pinjaman duniawi...Cuba bayangkan jika Allah tarik balik semua nikmat-nikmat itu??? Nauzubillahi min zalik
Astaghfirullah...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment