...Langit adalah salah satu ciptaan Allah S.W.T. Kadang kala apabila saya bosan-bosan, saya suka memandang langit.. Saya suka sangat melihat keluasan langan..SubhanaAllah... Kadang kala, saya tidak sedar berapa lama saya berdiri atau duduk emrenung langit..bukan untuk berkhayal atau sekadar berimaginasi, namun sekadar untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ini.. Bila memandang langit, saya rasa tenang..fikiran saya rasa luas, seluas langit nan membiru..Hati ini rasa lebih teruja apabila melihat beberapa kelompok awan yang membentuk beberapa imej yang mengagumkan.. Kadang-kadang, kalau bernasib baik, saya akan melihat awan berbentuk tulisan Allah..Masya-Allah, sungguh mengagumkan..
Andai hati ini dilapangkan Allah seluas langit nan membiru, betapa beruntungnya hidup..Setiap masalah akan dirasakan seperti debu-debu halus yang terbang di udara.. Langsung tidak mengganggu pemandangan nan indah.. Langsung tidak membebankan hati nan gelisah..Alangkah indahnya hati setenang langit biru... Kadang-kadang rasa mahu wujudkan Doraemon, supaya dapat minta bantuannya untuk pergi ke langit.. hehe..namun jika wujudnya Doraemon, siapa lagi yang akan percaya dengan Tuhan..sedangkan Tuhan yang satu ini pun disekitukan dengan makhluk lain, inikan pula robot bulat yang berwarna biru itu.. Nauzubillahi minzalik..
Apabila melihat langit, terbit satu perasaan yang cukup indah dalam diri saya..Saya ingin sekali berada dikelompok awan-awan yang besar itu.. Saya ingin sekali berdiri di negara langit yang luas.. Saya ingin sekali berjalan menongkah awan-awan kecil dengan girangnya.. Saya kepingin berada jauh daripada kesibukan assignments dan masalah yang sering melanda di hati.. Bukan niat untuk melarikan diri daripada masalah, namun sekadar ingin lari sebentar daripada kesibukan duniawi.. Kadang kala saya terfikir, ini baru sahaja langit antara bumi dan matahari...Bagaimana pula ya dengan langit yang ketujuh? Wallahualam, hanya nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang sudah sampai ke peringkat tersebut.. SubhanaAllah, Maha Suci Allah, berapa beruntungnya Baginda sehingga dimuliakan oleh Allah sedemikian rupa..
..Ya, langit memang tak selalunya indah dan hari tak semestinya selalu cerah. Tatkala angin kuat membawa awan hitam, saya turut leka..Saya terkesima bagaimana semua ini boleh berlaku..Namun, kerana minat saya melihat langit, saya sanggup meluangkan masa untuk melihat perubahan cuaca.. SubhanaAllah, dengan suasana yang suram ini pun saya dapat mengambil ikhtibar.. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menikmati langit yang mendung ini dalam keadaan yang tenteram dan damai; jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Palestin sana. Bagi mereka, apala perbezaannya antara langit cerah atau gelap, setiap hari melambangkan hari yang menakutkan bagi mereka..Ya Allah, kasihannya...
Langit...kisah langit..kisah Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit..seribu satu kisah tentang langit yang meluas. Semoga semua mendapat ihktibar daripada setiap ciptaan Allah..Astaghfirullah...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment