Saturday, August 28, 2010

Lina Joy menang tubuh Pertubuhan Melayu Murtad

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia…
sapa yg lebih berkuasa…. sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah…amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!! persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar… IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama… Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi…
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Baca sama-sama… Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.

3) Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa minta di’tiada’ kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?… Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? …lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?…Depa kata kat Mufti Perak, ‘Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!’..

.Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim’, katanya, ‘Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!’. .. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: ‘Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.. Cetakan Beirut) Allahua`ala `alam. 27 SEPTEMBER 2007 **SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE ‘DIWAJIBKAN’ POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA… KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD… SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM…

Allahu A’lam

http://afham.blogmas.com

Friday, August 27, 2010

Impian Saya

1. Membuka sebuah kedai buku yang berkonsepkan kafe
~ Share dengan Izzati yang katanya mahu berkongsi membuka sebuah kedai bakery~
2. Memiliki sebuah rumah sendiri yang berkonsepkan Vantage
~ Lokasi : Kawasan pantai atau bukit
3.Membuka sebuah negara sendiri "SheNur Country"
~Konsep negara memerangi bangsa Yahudi yang kafir~
4. Memiliki kamera jenis DSLR
~
Haish...explore da whole universe until da end of my life
5. Rumah patung Barbie yang besar dan lengkap dengan orangnya
~
Impian yang tak tercapai waktu kecil:p
6. Jadi pengurus jenazah...
~Ingin mengamalkan jariah sebelum diri sendiri dijemput Illahi

Entahkan tercapai atau tidak..hehe
Astagfirullah...

..Mixture..

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Mimpi Itu..

Petang tadi saya tidur...bermimpi..Bermimpi pasal sesuatu..Sesuatu yang buat saya rasa bahagia...Bahagia walaupun seketika... Ya mimpi itu buat saya teringat..Teringat akan kenangan...Kenangan yang entah bila akan saya lupa...

Saya bahagia diberi peluang...Saya masih mengharap untuk diberi peluang yang kedua..Saya yakin saya sudah mampu berfikir dengan matang...InsyaAllah, saya yakin saya sudah banyak belajar daripada kesilapan silam...Saya semakin sedar saya banyak buat salah selepas saya banyak bermuhasabah ...Dulu saya selalu fikir saya betul..Dulu saya selalu fikir sayalah yang terbaik..Dulu saya selalu mahu orang ikut telunjuk saya.. Dulu saya yakin bahawa semua orang akan ikut telunjuk saya... Dulu saya lupa saya juga manusia biasa..Dulu saya lupa orang lain juga manusia biasa...Punya perasaan, punya pendirian...Astaghfirullah...Betapa saya betul-betul lupa dan alpa...Saya hanya manusia biasa..

Alangkah indahnya jika saya masih diberi peluang..Namun apakan daya...Semua yang kita inginkan tidak akan semuanya diberi dengan senang lenang oleh Allah..semuanya perlu pengorbanan, semuanya perlu kesabaran, semuanya perlu keredhaan dan keikhlasan... Saya sedar saya selalu meminta tetapi saya malas melaksana..Saya sedar saya selalu berdoa..tapi hakikatnya saya selalu berdiri tanpa berbuat apa-apa...Tetapi dalam hal ini, saya tidak mampu berbuat apa-apa...Yang saya hanya mampu adalah bersabar semata-mata... Yang saya hanya mampu adalah redha seredha-redhanya... Jika disebalik semua ini terselitnya nikmat yang berlipat ganda, Alhamdulillah...peritnya memang saya terasa teramat sangat....Kepada siapa lagi patut saya meluah..kasihan sahabat-sahabat saya...

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan mimpi yang cukup indah kepada saya.. Biarpun sekejap dan biarpun hanya di dalam mimpi, cukup sudah untuk buat saya rasa bahagia.. Cukup sudah buat saya mengalir setitis air mata... Kerana peluang itu, tidak mungkin saya dapat rasa biar di dunia yang nyata...Mimpi apakah itu???huhu...
Astaghfirullah...

Doa Seorang Anak


Ya Allah, kau balaslah jasa kedua ibu bapaku seperti mana mereka telah mersusah payah menjagaku dari kecil hingga dewasa ini...Izinkan aku ya Allah untuk menjadi anak yang solehah..Bantuilah aku Ya Allah semoga kehadiranku di dunia ini membawa seribu satu kesenangan kepada kedua ibu bapaku...

Ya Allah, Kau kurniakanlah dan murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku demi untuk meringankan beban yang mereka tanggung selama ini...Sesungguhnya aku berasa terlalu kasihan dengan ibu bapaku yang sentiasa bersusah payah untuk mencari rezeki.. Mereka pergi tatkala hari masih gelap dan mereka pulang juga tatkala hari sudah gelap...Seseungguhnya Kau Maha Pemurah dan pemberi rezeki Ya Allah...

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu semoga kau pelihara kedua ibu bapaku sebaik-baiknya..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemelihara dan Maha Mengetahui samada yang berada di atas langit dan di dalam bumi..

Ya Allah, aku bermohon semoga aku diberi kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapaku. Izinkan aku untuk sama-sama mencapai cita-cita dan impian kedua ibu bapaku untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji ke Mekah.. Aku bermohon juga Ya Allah, semoga aku sempat untuk melihat senyuman kedua-ibu bapaku di saat aku menyerahkan Ijazah Kecemerlangan Perguruan kepada mereka di hari graduasi nanti..

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya mati itu memang pasti..Namun, jika Engkau hadirkan kematian di saat ini, biarlah mereka mati dalam keadaan yang Khuznul Khotimah..Jangan aibkan mereka Ya Allah sama ada di dunia atau di akhirat nanti.. Tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hambaMu yang dirahmati.. Sesungguhnya merekalah antara insan yang layak dimuliakan..

Ya Allah, dengan rasa rendah diri dan rasa hina hambaMu ini berdoa semoga kau perkenankanlah doa hambaMu ini..Jika tidak pun Ya Allah, cukuplah sahaja kau mendengar doa seorang anak terhadap kedua ibu bapanya..Sesungguhnya aku amat menyayangi dua orang insan yang telah banyak berjasa ini..Rabbighfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani sagghira..Amin ya rabbil alamin...

Astaghfirullah...

Gambar DSLR




Kepingan gambar pertama yang saya ambil menggunakan kamera DSLR Nikon D5000....

Aparture : 5.6
Shuttle Speed : f 1/150
ISO : 200
Cuaca : Panas berawan

Mungkin bagi orang lain, yang lebih professional dalam bidang ftografi ini, hasil tangkapan saya ini kurang memuaskan...Apalah saja dengan gambar berkualiti sebegitu.. Namun, bagi saya, sebagai seorang yang 'first learner', gambar sebegini sudah cukup untuk mengujakan hati kecil milik saya ini..Dan setiap kali saya melihat gambar ini, saya mengucapkan bebanyak kesyukuran kerana saya berpeluang untuk belajar suatu pengalaman baru di akhir usia 22 tahun ini. Di samping itu, sepanjang 22 tahun 11 bulan saya bergelar seorang manusia, inilah kali pertama saya berpeluang untuk memetik picu penekan sebuah kamera jenis DSLR...Haha, kesian betul.. Namun pengalaman ini sememangnya amat indah dan menyeronokkan kerana it is my first time doing my photoshoot!!...
Alhamdulillah, kalau bukan kerana assignment EDU3105A yang meminta kami untuk menjadi jurugambar yang tidak bertauliah sebentar, mana mungkin saya akan boleh memegang atau mengambil gambar sebegini. Boleh mungkin tapi saat berusia 80 tahun kot..uish3, kalau masa itu, sudah semestinya saya berasa alangkah ruginya saya tidak belajar mengetahui ilmu fotografi ini 58 tahun dahulu...Entah-entah saya masih wujud atau tidak pada saat itu..hehe..Even cara memegang kamera dengan betul pun saya belum tentu lulus..Habis kena tegur oleh kawan-kawan kerana 'dungu' betul pasal kamera..Tapi once saya snap satu gambar, ada suatu perasaan aneh mengalir dalam jiwa saya..A very happy feeling.. Satu perasaan yang lebih indah apabila saya melihat sendiri gambar yang saya tangkap sebelumnya...SubhaNallah...Maha Suci Allah...betapa indahnya kejadian Allah..dan sayalah antara orang yang beruntung itu yang diberi peluang untuk merakam saat indah tersebut... Betapa perkara sekecil ini membuatkan saya berasa lebih kagum dengan Allah S.W.T.. Perkara sekecil ini sudah mampu membuatkan saya bertambah keimanan kepada Allah..Biarpun pada pandangan orang lain, hanya sekelumit saja, namun bagi saya, proses ini telah menjadikan saya bertambah bersyukur dilahirkan dalam Islam...Jangan tanya saya mengapa..kerana penerangannya amatlah panjang...hehe..saya berharap anda juga boleh berfikir betapa agungNya Allah, pencipta kita...
Selepas hari tersebut(hari saya mengambil gambar bunga), saya jadi semacam addicted atau ketagihan untuk mengambil gambar.. Mengambil gambar dengan menggunakan kamera DSLR. Supaya saya dapat menikmati alam luas ciptaan dan milik Allah ini sepuas-puasnya..Memang patut pun sahabat-sahabat saya yang lain berminat sangat dengan bidang fotografi ini. . Sekarang baru saya faham mengapa..Lagipun saya belum memiliki kamera selepas "pemergian" kamera saya setahun yang lepas..sobsob:( InsYaAllah, jika punya rezeki lebih, saya berhasrat untuk memiliki juga kamera jenis DSLR nanti..
Astagfirullah...

Satu Muhasabah Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

http://syurgadidunia.blogspot.com/

Ilmu Itu Luas

Tiap-tiap hari saya belajar benda baru sama ada saya sedar atau tidak.. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana mengatur perjalanan hidup saya sebegini. Jika tidak kerana sabar dengan setiap apa yang pernah berlaku dalam hidup ini, mana mungkin saya mampu berfikir sedalam ini. Jika tiada ilham yang dikurniakan Illahi, mana mungkin saya mampu menjadi sematang ini; berfikir secara berhikmah.
Dulu-dulu, saya pernah terbaca, "Semakin kita tahu sesuatu, semakin banyak pula yang kita tidak tahu.." Saya jadi pelik..Pelik sangat-sangat..Pelik bin ajaib..Kenapa ya begitu??Kenapa makin kita tahu sesuatu perkara, semakin pula kita tidak tahu..Lama sungguh saya berfikir..Alhamdulillah, di kala usia meningkat 23 tahun ini, saya mulai faham ayat tersebut.. Saya yakin benar apa yang dikatakan adalah tepat.. Ya, yakin benar...Biarlah saya buat sedikit hipotesis di sini;)...Semakin banyak kita berfikir, semakin banyak kita ingin tahu akan perkara tersebut..Semakin banyak kita ingin tahu akan perkara tersebut, semakin kita berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk menjawab persoalan tersebut..Semakin banyak kita berusaha mencari jalan, semakin dalam ilmu yang kita terokai, semakin mendalam ilmu yang kita terokai, semakin dalam pula ilmu yang kita jumpai..Dan semakin dalam ilmu yang kita jumpai, semakin kita sedar bahawa masih banyak ilmu yang belum kita ketahui..Masih banyak lagi rahsia alam yang belum kita jelajahi.. Semoga semua faham dengan hipotesis panjang yang saya kemukakan..Hehe, jika dahulu, waktu kelas Sains tahun 6, part hipotesis inilah yang saya paling suka..Sebab ada kesinambungan "semakin"..:)
Ilmu Allah itu Maha luas...Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa, sekiranya seluruh air di lautan di Bumi ini dijadikan dakwat untuk menulis dan mencatat seberapa nikmat dan ilmu yang ada di muka Bumi ini, belum tentu cukup lagi. Ilmu yang kita nampak dengan mata zahir ini bukannya sedikit, dek-dek pula dengan ilmu yang tersurat di setiap pelosok negara..Ketinggian ilmu bukan terletaknya pada tuanya seseorang itu, tingginya darjat seseorang raja, kayanya seorang Sultan atau besarnya pangkat seorang YB, namun ketinggian ilmu itu ada pada sesiapa sahaja. Tingginya ilmu itu bukannya setakat juga terletak pada banyaknya A yang dia peroleh dalam peperiksaan, tingginya pointer dalam setiap semester ataupun banyaknya markah 100% yang dia perolehi di dlam peperiksaan, namun tingginya boleh kita ukur melalui kebijaksanaannya dalam melalui pengalaman hidup dan mengurus masanya. Orang yang berilmu, tinggi cintanya pada buku. Tinggi cintanya apabila berada dalam ceramah ilmu.. Dia measakan kenikmatan ketika berada di dalam majlis ilmu kerana dari situ, dia boleh belajar benyak perkara.. Banyak pengetahuan baru boleh dipelajari di samping pengalaman baru dan sahabat baru.. Itu juga ilmu bagi mereka..
Kadang-kadang saya jadi malu kerana walaupun usia saya lebih tinggi, namun gaya pemikiran saya masih rendah.. Saya dapat merasakan bahawa ilmu saya belum lagi cukup banyak dan tidak dapat menandingi ilmu sahabat-sahabat saya yang lain yang jauh lebih muda dari saya. Kadang-kadang saya cemburu kerana ilmu saya sedikit namun saya sedar bahawa itu salah saya sendiri, siapa suruh malas cari ilmu..huhu:( Ilmu itu senang sahaja didapati asal kita bijak mengambil peluang dan kesempatan..Ya, benarlah kerana baru-baru ini, saya sedar bahawa saya dapat banyak ilmu baru..Ilmu fotografi, ilmu editing gambar, ilmu memasak dan juga ilmu kesihatan. Jika saya tidak berani mencuba sesuatu ilmu yang baru itu, mana mungkin saya tahu bahawa saya punya kelebihan dalam sesuatu bidang..mana mungkin saya minat terhadap fotografi, mana mungkin saya minat dengan bermain tenis. Kita akan berasa seronok apabila kita minat dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila kita minat dalam melakukan sesuatu perkara, kita kan sentiasa bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memperoleh ilmu tersebut. Dan nyatanya, semuanya berbalik kepada satu perkara utama iaitu semakin dalam kita menerkai ilmu, semakin kita sedar bahawa kerdilnya kita ini jika dibandingkan dengan Allah..semakin kita berasa kerdil dengan Allah, semakin dalam kecintaan kita terhadap pencipta kita, Ya Rabb..Kita akan balik kepada fitrah yang sebenar iaitu menjadi hamba yang lemah dan hina.. Maka, baru kita sedar bahawa, tanpa Allah, siapalah kita..waima betapa besarnya pangkat kita di mata manusia, betapa bertimbunmya harta kita di gudang, apabila kita fikirkan semula, semua itu milik Allah..kita manusia hanyalah meminjam nikmat milikNya sahaja..Jadi, janganlah kita angkuh dan sombong dengan ilmu yang dimiliki, pangkat yang dikuasai dan nikmat yang melimpahi.. Sedarlah bahawa itu semua pinjaman duniawi...Cuba bayangkan jika Allah tarik balik semua nikmat-nikmat itu??? Nauzubillahi min zalik
Astaghfirullah...

Thursday, August 26, 2010

Langitku LangitMu Jua

...Langit adalah salah satu ciptaan Allah S.W.T. Kadang kala apabila saya bosan-bosan, saya suka memandang langit.. Saya suka sangat melihat keluasan langan..SubhanaAllah... Kadang kala, saya tidak sedar berapa lama saya berdiri atau duduk emrenung langit..bukan untuk berkhayal atau sekadar berimaginasi, namun sekadar untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ini.. Bila memandang langit, saya rasa tenang..fikiran saya rasa luas, seluas langit nan membiru..Hati ini rasa lebih teruja apabila melihat beberapa kelompok awan yang membentuk beberapa imej yang mengagumkan.. Kadang-kadang, kalau bernasib baik, saya akan melihat awan berbentuk tulisan Allah..Masya-Allah, sungguh mengagumkan..
Andai hati ini dilapangkan Allah seluas langit nan membiru, betapa beruntungnya hidup..Setiap masalah akan dirasakan seperti debu-debu halus yang terbang di udara.. Langsung tidak mengganggu pemandangan nan indah.. Langsung tidak membebankan hati nan gelisah..Alangkah indahnya hati setenang langit biru... Kadang-kadang rasa mahu wujudkan Doraemon, supaya dapat minta bantuannya untuk pergi ke langit.. hehe..namun jika wujudnya Doraemon, siapa lagi yang akan percaya dengan Tuhan..sedangkan Tuhan yang satu ini pun disekitukan dengan makhluk lain, inikan pula robot bulat yang berwarna biru itu.. Nauzubillahi minzalik..
Apabila melihat langit, terbit satu perasaan yang cukup indah dalam diri saya..Saya ingin sekali berada dikelompok awan-awan yang besar itu.. Saya ingin sekali berdiri di negara langit yang luas.. Saya ingin sekali berjalan menongkah awan-awan kecil dengan girangnya.. Saya kepingin berada jauh daripada kesibukan assignments dan masalah yang sering melanda di hati.. Bukan niat untuk melarikan diri daripada masalah, namun sekadar ingin lari sebentar daripada kesibukan duniawi.. Kadang kala saya terfikir, ini baru sahaja langit antara bumi dan matahari...Bagaimana pula ya dengan langit yang ketujuh? Wallahualam, hanya nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang sudah sampai ke peringkat tersebut.. SubhanaAllah, Maha Suci Allah, berapa beruntungnya Baginda sehingga dimuliakan oleh Allah sedemikian rupa..
..Ya, langit memang tak selalunya indah dan hari tak semestinya selalu cerah. Tatkala angin kuat membawa awan hitam, saya turut leka..Saya terkesima bagaimana semua ini boleh berlaku..Namun, kerana minat saya melihat langit, saya sanggup meluangkan masa untuk melihat perubahan cuaca.. SubhanaAllah, dengan suasana yang suram ini pun saya dapat mengambil ikhtibar.. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menikmati langit yang mendung ini dalam keadaan yang tenteram dan damai; jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Palestin sana. Bagi mereka, apala perbezaannya antara langit cerah atau gelap, setiap hari melambangkan hari yang menakutkan bagi mereka..Ya Allah, kasihannya...
Langit...kisah langit..kisah Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit..seribu satu kisah tentang langit yang meluas. Semoga semua mendapat ihktibar daripada setiap ciptaan Allah..Astaghfirullah...

Diari Hati Saya

Menjadi seorang yang baik bukannya susah..Menjadi seorang wanita yang baik bukannya payah..Bercita-cita menjadi seorang wanita muslimah yang baik alhamdulillah..Menjadi seorang wanita muslimah solehah yang baik InsyaAllah, caranya mudah...
Namun setiap kemudahan tidak datang dengan segera..Setiap kesenangan tidak datang dengan serta merta..dan setiap kebaikan tidak akan datang dengan sia-sia..Jika tidak, mana mungkin datangnya pepatah melayu mengatakan, "Yang bulat tidak akan datang bergolek-golek.."
Mungkin ada yang tidak faham akan peribahasa ini.. kerana tersuratnya amatlah banyak, tafsirannya amatlah mendalam dan meluas..
Setiap kemudahan tidak akan datang dengan segera..ya, betul..sebab?? sebab Allah akan sememangnya ingin mendidik jiwa hambaNya supaya sentiasa bersabar dan berusaha.. Semua orang tahu bahawa setiap permulaan langkah memang agak susah, namun setelah kita telah terbiasa melaluinya, perkara tersebut bukan lagi menjadi penghalang kita untuk berjaya malah ianya menjadi penanda aras bagi tahap kemampuan kita.. Maksudnya, sebelum Allah mendatangkan kemudahan kepada kita, seseorang itu, haruslah diuji terlebih dahulu supaya dia terbiasa. Apabila sesuatu perkara sudah jadi biasa, maka senanglah...Maka, bila perkara sukar dibiasakan dalam kehidupannya, lama-lama akan menjadi senang..What a simple theory..:) Sebagai contoh, anda baru sahaja mahu belajar memandu kereta..ya, pada awalnya, memang susah dan tidak biasa..tapi apabila selalu dipraktiskan, maka pada akhirnya, anda akan terbiasa dan merasakan bahawa sebenarnya senang betul memandu sebuah kereta..Maka, memang jelaslah disini bahawa, memulakan sesuatu perkara adalah SUKAR, tetapi apabila kita sudah terbiasa dengannya, InsyaAllah semua yang SUKAR kan bertukar menjadi SENANG.. Dan tatkala kesenangan itu tiba, janganla kita lupa ya siapa yang membantu kita.. Ucapkanlah Alhamdulillah, tanda kesyukuran kita diberi nikmat untuk merasa kesenangan tersebut dan dipermudahkan menghadapinya..
Ya, daripada aplikasi kisah belajar kereta di atas, ini dapat kita kaitkan dengan masalah hidup kita. Seringkali kita mengeluh apabila ditimpa cabaran atau masalah hidup..Namun, pernahkan terfikir mengapa Allah wujudkan cabaran dalam hidup kita?? Mengapa kita perlu susah payah bersengkang mata memikirkan tentang masalah tersebut, bercucuran air mata mengenangkan masalah yang semakin membesar...Kerana Allah ingin kita membiasakan diri dengan keadaan yang susah sebelum menjalani hidup yang senang di kemudian hari.. Kerana Allah ingin membentuk kita menjadi manusia yang teguh peribadi, kuat pendirian dan gagah nurani. Orang yang bijak bukan sahaja dilihat dengan pencapaiannya dalam setiap pekerjaannya atau bilangan A nya tapi dilihat menerusi bagaimana bijaknya dia menyelesaikan sesuatu masalah, bagaimana dia arif dalam berhadapan dengan situasi yang maha sempit dan bagaimana dia pintar dalam mencari jalan penyelesaian untuk keluar daripada kemelut hidup. Orang yang bijak akan bertambah imannya walaupun diberi Allah dengan pelbagai dugaan. Dia sentiasa bersyukur kerana Allah sentiasa berada disampingnya. Orang yang diberi dugaan adalah orang yang disayangi Allah. Allah sayang kepadanya kerana Allah ingin dia jadi seorang yang berjaya dan a better person. Allah mendatangkan ujian kepadanya kerana Allah mahu dia sentiasa terjamin kehidupannya dan Allah tidak mahu dia terjerumus dalam lembah yang hina. Allah mendatangkan kesusahan dalam hidupnya kerana Allah ingin mendidik jiwanya menjadi seorang yang kuat dan redha dengan setiap ketentuan yang telah disuratkan. Allah beri ujian bukan kerana Allah benci padanya atau Allah sengaja ingin menyusahkannya tetapi Allah punya alasan yang kukuh mengapa setiap perkara itu berlaku.Hanya orang mukmin sahaja yang tahu betapa besarnya hikmat didatangkan ujian di dalam hidupnya. Hanya orang mukmin sahaja yang tahu betapa indahnya hikmah kesabaran dalam menghadapi ujian yang melanda..
Apabila ujian datang melanda, berdoalah..bertawakallah kepada Allah..berserahlah kepada Allah..sesungguhnya Allah tidak akan pernah menganiaya umatnya. .Allah maha Penyayang..Alalh Maha Pengasih..Allah tidak akan sia-siakan setiap kesabaran hambanya.. Allah juga tahu tahap kekuatan hamba-hambaNya. Sesungguhnya, Allah tidak akan mendatangkan ujian melebihi daripada kemampuan hambanya. Ingatlah perkara tersebut.. Setiap apa yang berlaku InsyaAllah kita boleh atasinya jika kita bersabar..Ingat Allah sentiasa..Dan paling penting apabila kesenangan sudah mulai tiba selepas ujian tersebut, jangan lupa ucapkanlah Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah...

Sekadar perkongsian bingkisan minda daripada seorang hamba Allah yang lemah lagi hina.. Kerana ujian yang Allah kirimkan kepada diri ini pada hari ini, alhamdulillah, menjadikan saya sebagai seorang yang lebih matang dalam menilai liku-liku dan melalui perjalanan hidup ini...Semoga perkongsian ini memberikan kesan yang mendalam kepada semua yang membaca..InsyaAllah..Astaghfirullahalazim...