Wednesday, April 27, 2011

Pepatah Yang Patah

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Di telan mati mak, di luah mati bapak, di kulum mati plak tok wan
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 100 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, selamat pagar tak makan padi mungkin dia nak makan nasi
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati berhati-hati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,hati ayam sama-sama kita mentedarah
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
2
8. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia aku pun tak tahu kat mana? haha
29. Genggam bara api biar sampai hangus tangan
30. Pecah kaca pecah gelas,ha! sapa bagi pecah ni? hari-hari macam ni bangkrap jawabnya
31. Bila duduk sama rendah, bila berdiri aku sorang je kau tetap duduk! hampeh!
32. Kalau takut dilambung ombak, jangan la duduk tepi pantai banyak tempat lagi ada..
33. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
34. Bukit sama didaki, lurah kau turun seorang aku nak pakai tangga.
35. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau terus membajak sawah
36. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepi, bersakit-sakit tak perlu, bersenang-senang pasti
37. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi banyak
38. Yang kejar tak dapat, yang kendong berciciran kalau tercicir kutip la..
39. Biar mati anak, jangan mati pucuk
40. Sediakan payung sebelum hujan tapi kalau lebat sangat pakailah baju hujan
41. Kalau tak ada angin kenapa pokok bergoyang tengoklah atas mestilah ada beruk kat situ..
42. Bagai enau dalam belukar tapi orang plak buang anak masing-masing bila lepas buat maksiat
43. Bagai kucing kehilangan anak atau dia tak beranak lagi?
44. Api bila kecil menjadi kawan bila besar panggillah bomba
45. Untung sabut timbul yang tenggelam tu sah benda tu berat
46. Asam di darat,Ikan di laut dalam periuk jadi ikam masak asam..
47. Kera di hutan disusukan anak di di rumah minum susu Dutch Lady
48. Alang-alang menyeluk pekasan baik lagi menyeluk saku,pekasam buat makan la..
49. Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu diam-diam saja
50. Hangat-hangat tahi ayam,bulat-bulat tahi kambing,panjang-panjang tahi orang..

=AMARAN KERAS!! buat adik-adik berumur 18 tahun ke bawah korang jangan ambik peribahasa dia atas ni letak kat karangan korang plak!
nanti tak pasal-pasal cikgu pensan kang? Anyway, smua nih just for fun..

No comments:

Post a Comment