Wednesday, March 2, 2011

KETAATAN KEPADA IBU BAPA

ALLAH akan memberikan balasan di dunia terhadap mereka yang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapanya. Begitu juga Allah akan memberikan kerahmatan, keberkatan dan keredaannya di dunia terhadap orang yangBanyak kisah nabi yang boleh dijadikan teladan dan iktibar supaya kita berbakti kepada ibu bapa.

Dalam satu riwayat, dikisahkan seorang pemuda mampu hidup dalam kubah besar permata putih bertahun-tahun di dasar laut. Umurnya panjang dan rezekinya murah walaupun tinggal siang dan malam dalam kubah itu.

Apabila dikorek rahsianya oleh Nabi Sulaiman, diketahui bahawa pemuda itu banyak berjasa kepada kedua-dua orang tuanya, terutama ibunya.

Pemuda itu menceritakan kepada Nabi Sulaiman riwayatnya hingga boleh tinggal dalam kubah dan berada dasar lautan.

Diceritakan, ibu pemuda itu sudah dan tidak berdaya untuk bergerak.

Pemuda itulah yang memapah dan mengendong ibunya ke mana saja dia pergi.

Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya dan ibunya pula tidak putus-putus mendoakannya.

Antaranya, ibu itu selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri.



Allah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Ini jelas diterangkan melalui firman

Allah bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra', ayat 23)



Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak.

Ketaatan itu, adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga.



Dalam kisah pemuda tadi, Nabi Sulaiman bertanya bagaimana dia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya.

Pemuda itu mula bercerita: "Saya menjaga mereka hingga mereka tua.

"Kedua-dua ibu bapa saya sangat taat kepada Tuhan. Sejak kecil hingga dewasa, saya dijaga dan dipelihara dengan sempurna.

"Mereka selalu memohon kepada Tuhan supaya saya menjadi orang yang taat kepada perintah Allah. Ayah saya meninggal dunia pada usia tuanya dalam penjagaan saya.

"Ibu saya pula lemah dan sering sakit-sakit. Matanya buta dan kakinya lumpuh.

"Sayalah satu-satunya yang menjaga segala keperluannya seperti membersihkan badannya dan memandikannya.

"Segala keperluan makan dan minumnya saya uruskan.

"Saya menyuap makanan dan minuman ke mulutnya seperti dia suapkan saya ketika kecil.

"Saya selalu bermohon kepada Tuhan. Ibu saya juga bermohon agar saya dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini.

"Ibu saya juga bermohon kepada Tuhan agar selepas kematiannya nanti saya diberi tempat khusus yang letaknya bukan di bumi dan bukan juga di langit," katanya.

Pemuda itu meneruskan ceritanya : "Selepas ibuku meninggal dunia, aku berjalan di pantai.

"Dalam perjalanan, aku melihat sebuah tempat yang diperbuat daripada permata.

"Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu. Aku masuk ke dalamnya."

Nabi Sulaiman kagum dengan cerita pemuda itu. Baginda ingin mengetahui lebih lanjut latar belakang pemuda ini.

"Kamu hidup pada zaman mana?" tanya Nabi Sulaiman.

Jawabnya: "Saya hidup pada zaman Nabi Ibrahim."

Nabi Sulaiman mengira-ngira berapa usia pemuda itu. Alangkah terkejutnya kerana umur pemuda itu hampir mencecah 1,400 tahun. Namun wajahnya berseri-seri, tiada uban pada rambutnya, kulitnya masih tegang.

"Bagaimanakah saudara dapat merasai nikmat dan mendapat rezeki daripada Tuhan dalam kubah ini?" tanya Nabi Sulaiman.

Pemuda itu menjawab: "Selepas saya berada di sini, barulah saya tahu Tuhan telah menjadikan syurga untuk saya dalam kubah ini."

Nabi Sulaiman bertanya lagi "Tunjukkan pada saya syurga itu."

Pemuda itu diam seketika, kemudian dia menadah tangannya memohon kepada Tuhan.

Tiba-tiba suasana kubah yang gelap itu menjadi terang-benderang indah bercahaya. Terpampang pemandangan yang begitu indah di depan Nabi Sulaiman dan tenteranya. Sungai mengalir tenang, kebun bunga yang subur, pohon merendang, kolam madu dan susu terpancar indah.

"Wahai pemuda, ini syurga! Saudara mendapat anugerah daripada Tuhan," kata Nabi Sulaiman.

"Ini kurnia Tuhan kepada saya. Saya mendapat rezeki daripada pelbagai sumber dan buah-buahan beraneka rasa dan jenis. Semua makanan yang saya inginkan terhidang," jawab si pemuda.

"Bagaimana engkau boleh hidup dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

Pemuda itu menjelaskan: "Dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana aku berada. Di langit atau di udara.

"Namun, Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika tinggal dalam kubah itu."

Nabi Sulaiman bertanya lagi: "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"

Pemuda itu menjawab: "Jika aku lapar, Allah menciptakan pohon dalam kubah, dan buahnya yang aku makan.

"Jika aku haus, maka keluarlah air yang teramat bersih. Lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

Nabi Sulaiman ingin mengetahui lagi: "Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?"

Jawab pemuda itu: "Apabila terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih. Dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Apabila matahari terbenam, kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam."

Nabi Sulaiman mendengar penerangan pemuda itu dengan penuh kagum.

Baginda seolah-olah tidak mahu berhenti mendengarnya.

"Cukuplah sampai di sini. Sekarang saya harus bersembahyang bagi mengadap Tuhan," kata pemuda itu mengakhiri perbualannya.

Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah tertutup kembali. Pemuda itu terus tinggal dalamnya.

Itulah balasan Allah terhadap seorang pemuda yang berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

menghormati dan berbakti terhadap kedua-dua orang tuanya

No comments:

Post a Comment