Tuesday, May 1, 2012

Hati-Hatilah Hati..


Berkomplot...untuk melakukan sesuatu yang baik @ untuk melakukan sesuatu yang tidak baik...baikkah niat itu or adakah tidak terfikir yang tindakan tersebut akan menyebabkan hati beberapa orang pihak sakit hingga hilang rasa kepercayaan terhadap orang sekeliling?. Mengapa kita merancang untuk tidak menyakiti hati orang yang rapat dengan kita dengan cara yang sebenarnya boleh menyebabkan perselisihan faham.. Jika kita berada di tempat orang tersebut, gembirakah kita jika diperlakukan sedemikian rupa? Manusia mungkin tidak tahu tetapi Allah tahu dan pada bila-bila masa, Allah boleh mengizinkan kebenaran berlaku di hadapan mata.. Nahh...da terbukti..Pepatah orang bijak berkata, bila orang lain buat jahat dengan kita, jangan sekali membalas dengan kejahatan. Balaslah dengan kebaikan. Jika tidak, sama saja kita. Tiada beza. Dia punyai hati tp busuk..Kita punya hati dan juga busuk..Mau ka hati sama-sama busuk??Biarlah hati dia sahaja yang busuk..Jangan busukkan hati sendiri, btool kan?? Sabarlah hati, sabarlah.. Allah bersama-sama dengan orang yang teraniaya. Dalam masa yang sama, muhasabahlah diri sendiri supaya kita dapat menghindari diri daripada perkara-perkara yang menyakiti diri orang lain.Biar hati sendiri terguris, jangan hati manusia lain. Hablumminannas..

No comments:

Post a Comment