".....Bagi mereka yang pingin menjauhkan diri dari cinta, kerana khuatir terjebak dengan maksiat dan zina, saya lebih suka menggunakan pendekatan ini. Ianya memerlukan tiga process yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sesuatu amalan.
1. Mengurangkan
Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other (cehh, cakap omputih gitu). Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh. Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia. Mungkin mula-mula sehari sekali, then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..
2. Meninggalkan
Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.
3. Menjauhkan
Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.
"Habis, kalau kami tak berusaha menegakkan cinta itu atau tidak berusaha mencari cinta, macam mana kami nak ketemu cinta kami?"
Mungkin ini yang selalu bermain di minda anak muda mudi yang senang dikikis oleh sang Syaitan. Usah khuatir sayang, anda hanya perlu berpegang pada kata-kata kekasih Allah ini,
Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".
Anda akan bertemu cinta yang suci suatu hari nanti sekiranya anda mendahulukan cinta Illahi.
AllahuAlam :) "
dARI MADu Ku- Farah Lee..:)
love this one my dear~ miss you mucho~ n_n
ReplyDelete