Monday, May 2, 2011

Jalan 3 Lorong

Assalamualaikum wrt. wbt.

Penah tengok jalan 3 lorong? Biasanya jalan-jalan macam ni highway la. Ada satu kisah.

Semasa jaulah kami hari tu, ada seorang driver ni lead empat buah kereta lain sebab dia ada GPS. Driver ni memang terbaik la. Sampai satu highway ni, dia sepatutnya berada di lorong ketiga sebab nanti nak masuk jalan lain pulak. Tapi driver tu still kat lorong kedua sebab masih belom boleh tukar lorong lagi, kereta banyak kat belakang. GPS duk asyik bunyi suruh tukar ke lorong ketiga sebab dah nak sampai cabang lain. Last-last driver tu dapat tukar lorong masuk ke lorong ketiga. Alhamdulillah, semua selamat sampai ke destinasi akhirnya.

Nampak tak ibrah kisah pendek tu tadi? Jom teliti kisah tu dari sudut pandang seorang individu muslim pula. Destinasi kita ialah syurga Allah. Al Quran menjadi petunjuk jalan. Begitu juga dengan kisah ni. Misalnya destinasi driver tu adalah Wanaka, GPS menjadi petunjuk jalan. Bila kita tersilap ambil lorong atau jalan, GPS akan ingatkan berulang- ulang kali. Al-Quran juga begitu. Berkali- kali peringatan yang sama diulang-ulang oleh Allah dalam al-Quran supaya kita tak terbabas dan tak tersalah masuk lorong dalam mencari destinasi syurga. Sebab Allah tahu je yang manusia senang tersalah masuk lorong, awal-awal lagi Allah dah bekalkan al-Quran untuk menjadi panduan. Tapi kadang-kadang, walaupun banyak kali peringatan diberi, jarang sekali manusia mengambil panduan.

"Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat. Tapi (peringatan) itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran)." Al-Isra': 41

Kalau menurut kisah pemandu tadi, susah untuk dia menukar lorong sebab dia sudah awal-awal lagi berada di lorong kedua. Manusia iaitu saya dan kamu juga begitu, lebih gemar mengambil jalan tengah daripada berada di jalan yang terang-terang benar. Kalau dalam kes ni, lorong yang benar adalah lorong ketiga. Kita lebih senang mencampur-adukkan yang benar dengan yang batil sehingga terjadi lorong kedua yang pada asalnya tiada. Sedangkan Allah sudah ingatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 42,

"Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya."

Disebabkan hati kita sudah sebati dengan kemungkaran, kita anggap percampur-adukkan itu biasa. Alangkah menyedihkan. Kalau sesiapa yang berada di lorong pertama, itu lagi dahsyat. Lagi susah untuk dia masuk lorong yang benar iaitu lorong ketiga. Tapi segalanya tidak mustahil selagi kita masih mahu tukar lorong. Allah lihat pada usaha kita, bukan pada result. Mujahadah yang Allah pandang, sebagaimana mujahadah para co-drivers untuk tidak tidur sepanjang perjalanan. Jika niat kita benar, maka Allah akan bantu selagi cara kita juga benar. InshaAllah, harap semua akan sampai ke destinasi yang diidam-idamkan. Tidak ada cara lain, jalan lain melainkan berpandukan Al-Quran.

Wallahua'lam.

p/s: driver tu tak buat silap apa-apa dalam kisah ni. Sekadar berkongsi ibrah dari kisah driver yang styleee itu. :)

from facebook




No comments:

Post a Comment