Wednesday, February 9, 2011

Syuh Syuh Masa Silam..



Mengapa masa silam kita perlu mengejar kita waktu sekarang ?? Saya lebih rela korbankan nyawa saya daripada untuk kembali kepada masa silam saya.. Bolehkan kiranya masa silam itu terus berlalu??Bolehkan kiranya hidup ini tidak dibebani dengan kenangan masa lalu yang menyesakkan akal, minda dan fikiran??Bolehkan kiranya saya terus sahaja memandang ke hadapan tanpa perlu lagi menoleh akan masa silam yang kelam itu??

Orang bijak pernah bermadah, apabila tiada masa silam, maka tiadalah juga masa hadapan..Saya mengakui kebenaran kata-kata tersebut namun bagi saya, apa perlu saya melihat ke belakang lagi sekiranya kehidupan yang perlu saya teruskan adalah berada di hadapan sana. Saya bukan hendak menidakkan takdir atau ketetapan Allah tapi saya bahagia hidup tanpa perlu menoleh masa silam dahulu.. Saya lebih bahagia kerana saya hanya perlu bergantung kepada Allah dan saya perlu fokus untuk berbahagia dengan jalan baru yang telah saya pilih.. Saya juga enggan lagi dilabel dengan bermacam-macam nama, bermacam-macam cerita dan berhadapan dengan bermacam-macam masalah seperti dahulu.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini keluar daripada kemelut ini..Jauhkanlah hambaMu ini daripada fitnah dunia, fitnah akhirat dan fitnah Dajjal Al-Masih..

Sesungguhnya saya masih lemah untuk berhadapan dengan semua itu..Saya dengan jujur mengakui masih mengharap akan keajaiban tersebut namun harapan tersebut saya tidak letakkan dengan setinggi-tinggi gunung Kinabalu namun cukuplah dengan berdoa dan redha dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup saya.. Saya bukan ada niat untuk membenci insan tersebut namun saya membenci apa yang telah saya jadi suatu masa dahulu.. Cukuplah kiranya saya berhenti buat kali itu dan biarlah saya teruskan perjuangan saya sebagai seorang muslimah solehah yang taat kepada perintah Allah..Mungkin nadanya berbunyi sumbang dan skema namun itulah kenyataannya tanpa dapat disangkal-sangkal dengan apa-apa hujah.

Saya yakin dengan janji Allah bahawa jodoh, ajal, maut, takdir, qada' dan qadar adalah dalam rahsia Rabb. Siapa saya untuk menidakkannya??Namun kuasa untuk membuang kenangan masa silam yang menyakitkan terletak di tangan saya..Saya tidak gembira untuk kembali ke masa dahulu kerana masa itu bukanlah sebaik-baik masa yang pernah berlaku dalam hidup saya..Namun saya tidak dapat menolak kenyataan bahawa saya sangat bersyukur atas kesilapan yang pernah saya lakukan suatu masa dahulu yang telah membawa saya kepada perubahan yang terlalu banyak pada masa kini.. Ternyata Allah masih sayang kepada saya kerana menyelamatkan saya daripada terus terlena dengan nikmat duniawi yang hanya nampak indah di mata kasar.. Kerna masa silam itulah saya kini mampu untuk membezakan fokus hidup yang sebenar dengan angan-angan kosong.

Saya berbicara bukan sekadar omongan kosong namun saya punya nilai yang tersirat di sebalik yang tersurat.. Saya juga bukan berbicara untuk memburukkan siapa-siapa namun hanya membuat peringatan kepada diri saya yang serba lemah ini. Bukan hanya hendak memenuhkan blog saya dengan post-post yang semberono namun inilah kenyataan hidup yang perlu saya hadapi masa kini. Hidup akan sunyi tanpa masalah, hidup akan terumbang-ambing tanpa pegangan, hidup akan bosan tanpa cabaran namun hidup akan lebih bermakna dengan berjayanya kita menghadapi masalah itu, hidup akan tenang dengan hamparan keimanan dan hidup akan riang dengan warna warni cerita kehidupan.. Hidup sebenarnya adalah sesuatu yang indah sekiranya kita bijak untuk mengorak coraknya dan bijak untuk memilih warna serta tonanya namun hidup boleh memusnahkan sekiranya kita hanya terlalu mengikut hawa nafsu dan ilmu yang tiada berguru @ yang lebih teruk, guru yang bertopengkan syaitan..

p/s Nauzubillah..Saya hanya akan ajar anak murid saya ilmu untuk membuat topeng muka haiwan atau Power Rangers dan bukannnya ilmu yang bertopengkan syaitan..




No comments:

Post a Comment