Saturday, February 26, 2011

Assignments


Cik Mimiey!!pliz start doing your assignment!!huhu..Mr.Courage, pliz come and help me!!i need you..,Mr.Lazy, pliz go away!! i beg you..Things need to be done before practicum..Pliz allert with the time..The due date is around the corner..huhu..Stop Facebook, Twitter, Blogging, Youtube, Korean Dramas for a while n try to concentrate with those important thing for now!!

Assignments that "MUST" do this week:
PKP 3111-report n essay
PKP 3110-lesson plan n learning kit
EDU3106-essay
MTE3109-lesson plan n learning kit
BMM3103-jsu, exam question, pmm
Math Weekly reflection
Amali Math

Friday, February 25, 2011

FACEBOOK VS FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


Wednesday, February 16, 2011

Patah Hatiku..




Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Merah Menyala Sungguh Gambar Pertunangan Ally Iskandar Dan Aishah Zainal



Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan...

Sunday, February 13, 2011

The Wonders, "That Thing You Do!" (Live)



My childhood song..I still remember how my Usu taught me to dance by using this song..hehe..it so funny and enjoyable..Instead, I still remember the steps until now..ahaks!!:p

Wednesday, February 9, 2011

Syuh Syuh Masa Silam..



Mengapa masa silam kita perlu mengejar kita waktu sekarang ?? Saya lebih rela korbankan nyawa saya daripada untuk kembali kepada masa silam saya.. Bolehkan kiranya masa silam itu terus berlalu??Bolehkan kiranya hidup ini tidak dibebani dengan kenangan masa lalu yang menyesakkan akal, minda dan fikiran??Bolehkan kiranya saya terus sahaja memandang ke hadapan tanpa perlu lagi menoleh akan masa silam yang kelam itu??

Orang bijak pernah bermadah, apabila tiada masa silam, maka tiadalah juga masa hadapan..Saya mengakui kebenaran kata-kata tersebut namun bagi saya, apa perlu saya melihat ke belakang lagi sekiranya kehidupan yang perlu saya teruskan adalah berada di hadapan sana. Saya bukan hendak menidakkan takdir atau ketetapan Allah tapi saya bahagia hidup tanpa perlu menoleh masa silam dahulu.. Saya lebih bahagia kerana saya hanya perlu bergantung kepada Allah dan saya perlu fokus untuk berbahagia dengan jalan baru yang telah saya pilih.. Saya juga enggan lagi dilabel dengan bermacam-macam nama, bermacam-macam cerita dan berhadapan dengan bermacam-macam masalah seperti dahulu.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini keluar daripada kemelut ini..Jauhkanlah hambaMu ini daripada fitnah dunia, fitnah akhirat dan fitnah Dajjal Al-Masih..

Sesungguhnya saya masih lemah untuk berhadapan dengan semua itu..Saya dengan jujur mengakui masih mengharap akan keajaiban tersebut namun harapan tersebut saya tidak letakkan dengan setinggi-tinggi gunung Kinabalu namun cukuplah dengan berdoa dan redha dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup saya.. Saya bukan ada niat untuk membenci insan tersebut namun saya membenci apa yang telah saya jadi suatu masa dahulu.. Cukuplah kiranya saya berhenti buat kali itu dan biarlah saya teruskan perjuangan saya sebagai seorang muslimah solehah yang taat kepada perintah Allah..Mungkin nadanya berbunyi sumbang dan skema namun itulah kenyataannya tanpa dapat disangkal-sangkal dengan apa-apa hujah.

Saya yakin dengan janji Allah bahawa jodoh, ajal, maut, takdir, qada' dan qadar adalah dalam rahsia Rabb. Siapa saya untuk menidakkannya??Namun kuasa untuk membuang kenangan masa silam yang menyakitkan terletak di tangan saya..Saya tidak gembira untuk kembali ke masa dahulu kerana masa itu bukanlah sebaik-baik masa yang pernah berlaku dalam hidup saya..Namun saya tidak dapat menolak kenyataan bahawa saya sangat bersyukur atas kesilapan yang pernah saya lakukan suatu masa dahulu yang telah membawa saya kepada perubahan yang terlalu banyak pada masa kini.. Ternyata Allah masih sayang kepada saya kerana menyelamatkan saya daripada terus terlena dengan nikmat duniawi yang hanya nampak indah di mata kasar.. Kerna masa silam itulah saya kini mampu untuk membezakan fokus hidup yang sebenar dengan angan-angan kosong.

Saya berbicara bukan sekadar omongan kosong namun saya punya nilai yang tersirat di sebalik yang tersurat.. Saya juga bukan berbicara untuk memburukkan siapa-siapa namun hanya membuat peringatan kepada diri saya yang serba lemah ini. Bukan hanya hendak memenuhkan blog saya dengan post-post yang semberono namun inilah kenyataan hidup yang perlu saya hadapi masa kini. Hidup akan sunyi tanpa masalah, hidup akan terumbang-ambing tanpa pegangan, hidup akan bosan tanpa cabaran namun hidup akan lebih bermakna dengan berjayanya kita menghadapi masalah itu, hidup akan tenang dengan hamparan keimanan dan hidup akan riang dengan warna warni cerita kehidupan.. Hidup sebenarnya adalah sesuatu yang indah sekiranya kita bijak untuk mengorak coraknya dan bijak untuk memilih warna serta tonanya namun hidup boleh memusnahkan sekiranya kita hanya terlalu mengikut hawa nafsu dan ilmu yang tiada berguru @ yang lebih teruk, guru yang bertopengkan syaitan..

p/s Nauzubillah..Saya hanya akan ajar anak murid saya ilmu untuk membuat topeng muka haiwan atau Power Rangers dan bukannnya ilmu yang bertopengkan syaitan..




Kereta Jenama Malaysia


Proton Tuah @ Next Generation of Proton Persona


Proton Jebat


Proton Lekir


Proton Lekiu


Proton Kasturi

Inspirasi daripada 5 orang pendekar Melayu Zaman Kesultanan Melaka..Not bad especially Proton Lekir:)

Fahamkah Kita??


Salam.. Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut dan ia dapat menjadikan seseorang itu lebih kusyuk dalam solatnya apabila dia memahami apa yang dibacanya. Tapi adakah semua umat Islam yang solat mengerti apa yang dibacanya dalam solat? Mungkin sewaktu kecil kita didedahkan dengan bacaan dalam solat dan maksudnya, tapi seperti biasa, kebanyakan dari kita akan mengahafal bacaan arabnya dan tidak menghafal maksudnya. Jadi mulai sekarang marilah sama-sama kita mengerti bacaan dalam solat yang kita lakukan setiap hari.

1. Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

2. Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

3. Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

4. Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

5. Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

6. Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku

8. Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

9. Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

10. Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

http://syahirul.com



Perkara Remeh Yang Sering Kita Abaikan..










Hurm, moral of the story, jangan terlalu ambil ringan terhadap perkara seperti ini..Kejadian ini sememangnya berlaku dalam lingkungan kita bahkan saya sendiri dan berlaku dalam masjid tempat saya belajar sendiri; namun kita jarang untuk menitikberat tentang masalah ini. Memang tak salah sayangkan kucing namun kita juga perlu peka terhadap orang sekeliling yang mahu menjalankan ibadah yang khusyuk di masjid. Bukan setakat bulu kucing yang banyak tertinggal di dalam masjid, malah kucing tersebut mengganggu jemaah yang bersolat di sana. Hendak salahkan kucing mungkin tak kena pada nada dan tempat kerna kucing bukan punya akal yang tahu membezakan antara yang betul atau salah namun kita sebagai insan yang telah mengetahui hukum ini, adalah molek untuk membuat tindakan bermula dari sekarang. Saya bukan berniat untuk salahkan sapa2 tapi sekadar bahan kongsian dan peringatan kepada semua dan saya sendiri khasnya...Astagfirullahalazim..

diambil daripada http://mediasiber.com

Tuesday, February 8, 2011

Billionaire



If I'm a billionaire, I'll:
* Bought bungalow with vantage concept
*Bought Volkswagen Beetle
*Travel around the world
*Bought the latest model of DSLR
*Open a bookstore+Cupcake Store
*Bought all Transformers Collection
*Moved out to Mecca with my family

Wah, tingginya angan2..hehe..saja jak coz this imagination really make me excited and thinking of interesting things that I should do if I'm a billionaire.. It's a long list actually but I'm too shy to mention up all those thing..haha..Apaka?? Dahla semuanya menjurus kepada keduniaan..hoho..How I wish even if I couldn't be a billionaire, one of thing on my list would come true..Hurm, I'll let you'll to decidela which one of it..hehe..Nang ada...;p