Wednesday, December 1, 2010

Doa Selepas Al-Ma'thurat


Ya Allah, kurniakan kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau sendiri Ya Allah. kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan sendiri oleh diri kami sendiri ; walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)..

Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad Nabi yang mulia kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.


No comments:

Post a Comment