Tuesday, May 24, 2011

Okage:Shadow King

A really king of shadow..unidentified personality

Friday, May 20, 2011

The End Story verse 2


This is another verse of the end story of "The Hope"
There is a young girl who hopes that she'll met a person who would kiss away all her tears
Who would took her runaway from the scary world
Who would accept her whoever she is
Who would never leave her lonely anymore..
One day, she found a man..
He brings hope and he gave hopes
Faith and love..
The young girl believe him
Life since that day is so beautiful as they promise that they would face all the obstacles together
As they promise that the feeling will stays forever..
Their love life is such a fairy tales
But everything change suddenly..
Life seems to be turn out as storm
She's been left out alone again
Without knowing the exact reason
Only know that his heart had changed
................................................
She's a person of loving heart
But started to become hating people
Even hating herself becoz she puts too much faith on him
But she still hoping that there is a magic
Where love could be rebound again..
And yet now she finally found the reason
Why she had been left
It's because the man she once fall in love
The man she once still hold the hopes
Is also holding the same hope
To rebound his love with his first love
That truly deeply and hurtly is not herself;(

That's the end of "The Hope"

teda kena mengena antra hidup atau mati

The End Story verse 1


This is the end story
Of "The Hope"
Once, there is a girl who owez hoping that everything would be find..
Owez hoping that everything runs smoothly and perfectly
Owez hoping that every story end with happy ending
But
She forget that life cannot be that easier
Life never gives everything that she really want
Life is actually a long path
That she should through all the obstacles
Whether she want it or not
Whether she like it or not
Whether she could or couldn't bear it
Finally,
At the end
She turn out to be a matured women
By knowing that,
She's still can be hoping but not too much
And instead of hoping blindlessly
She put an effort which is DOA
To strengthen the hopes.
She believes that one day
Everything will be okay as
Allah promises that
"She wouldn't get everything she hope/want
But she would get everything that she need"

Saat Ini


Saat ini hati terdetik lagi..
Manisnya pertemuan yang dibina, pahitnya perpisahan yang dipinta,
Sakit bak pisau tertusuk semula di luka lama..
Nyata rencana kita gagal terlaksana,
Kerna dia masih lagi jadi junjungan setiap masa..
Bukan dipinta cinta sukar dilupa..
Begitu juga anda, begitu juga saya..

Wednesday, May 18, 2011

entitle


Just missing a "missing" part of my
life..sob sob

Tuesday, May 17, 2011

Hanya Kami Yang Tahu

Liyana Jasmay aka Jessica

Lisa Surihani AKA Seo Hyun

Siti Nurhaliza AKA Sooyoung

Fauziah Gaos AKA Taeyeon

Diana Danielle AKA Yuri

Fazura AKA Sunny

Irma Hasmie AKA Hyoyeon

Vanida Imran AKA Yoona

Almy Nadia AKA Tiffany

Haha...Hanya Kami Yang Tahu..Hanya Kami Sahaja Yang Tahu..Kamu Tak Perlu Tahu..Hahaha..Biar Kami Dengan Hidup Kami..Haha..

Sabar Itu Punya Hikmah

Dalam bermuhasabah ini, tiba2 saya teringat dengan 1 cerita yang saya blom post dari dulu tp skarnag saya da sedia nak post.. Semua ni saya tulis tyme cuti sem last year, so, jgnla heran dengan time-reveal yang saya gunakan ek..

Hidup ini umpama awan yang cantik..makin kita berusaha untuk menggapainya, semakin kita jauh dibawanya..semakin kita jauh dibawanya, semakin kita rasa sukar untuk mendapatkannya dan semakin kita rasa sukar untuk mendapatkannya, semakin kita rasa seakan-akan mahu berputus asa..Ya Allah, hulurkanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk mengharungi hidup yang mencabar ini…

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu berehat setelah sekian kalinya..Kira-kira seminggu sudh saya berhenti kerja..Terlalu banyak perasaan dan fikiran yang hadir dalam diri saya ketika ini.Dan semuanya saya cuba untuk rungkaikan secara perlahan-lahan melalui luahan ini..Mudah-mudahan melalui cerita saya ini, ada pihak yang mendapat ikhtibar daripada semua yang berlaku..InsyaAllah..saya tidak mengharapkan sesiapa untuk membaca apa yang saya catitkan dalam blog ini Cuma saya rasa mungkin ada keperluan untuk saya sampaikan apa yang terbuku dalam minda kecil ini..

Mari ikuti saya merefleksikan apa yang telah berlaku sepanjang saya bekerja sebagai “waitress” di sebuah kedai makan terkemuka(ewah2) di kawasan berdekatan dengan kediaman saya.. Anda mungkin tahu kerna anda telah membaca post saya sebelum ini. Tempatnya agak tidak enting tapi apa yang saya cuba untuk sampaikan munkin mengandungi sedikit mesej penting kepada anda..Kerja saya sebagai seorang waitress adalah untuk melayan pelanggan @mengambil order minuman daripada pelanggan..ORDER MINUMAN..jadi, tugasan saya cumalah hanya untuk mengambil order minuman, bukan order makanan atau mengelap meja atau mengutip sampah..namun sebagai salah seorang yang mengamalkan matapelajaran sivik, moral dan pendidikan Islam d sekolah suatu masa dahulu, saya dengan rela hatinya kadang-kala turut membantu dalam menjalankan kerja-kerja yang tidak termasuk dalam terma dan syarat ini. Hurm, berbalik kepada kisah mengambil order, kami sebagai pelayan haruslah menunjukkan muka yang mesra kepada pelanggan dan melayan pelanggan dengan sepatutnya..ok, boleh diterima kerana saya sedar duit gaji yang bakal saya terima nanti datangnya daripada duit para pelanggan yang datang berkunjung ke sana.jadi, saya sentiasa berusaha untuk melayan pelanggan saya sebaik mungkin.namun, kadang-kadang, sebagai manusia biasa yang lemah, saya turut juga melakukan kesilapan. Akibat penat atau hormon yang tidak stabil, saya telah menunjukkan muka yang agak kurang sennag kepada pelanggan yang mula menunjukkan kuasa dan hak sebagai pelanggannya..saya akui saya adalah seorang yang mudah bertolak ansur tetapi bukan bererti saya ini manusia yang penyabar..Saya mempunyai baran yang agak bahaya dan saya sekarang berusaha untuk mengawal baran yang agak bermaharajalela.. Tiap-tiap kali selepas waktu solat, saya selalu bermohon kepada Allah supaya sentiasa memberikan saya kekuatan untuk menghadapi semua karenah manusia yang kian mencabar ini. Hanya kepada Allah sahaja tempat saya boleh mengadu kerana dari sana sahaja saya beroleh kekuatan..Namun, makin kerap saya berdoa, makin sakit pula saya rasa..makin terbeban pula di dalam hati saya dan makin lemah hati saya serta makin membuatkan saya semakin berputus asa kerana setiap hari, karenah manusia semakin menjengkelkan dimata saya…Puas saya berdoa..hingga saya rasa terlalu penat untuk melalui semua ini…hinggalah suatu hari, semasa saya tidur..entahlah samada saya sedar atau tidak kerana saya masih ingat apa yang saya alami ketika itu..tiba-tiba saya teringat akan suatu cerita…


gambar hiasan

…”Ada seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lellaki ini sangat sedih , tidak faham mengapa pemberianNya berbeza daripada permintaannya. Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.. Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat melihat dari pokok katus yang hodoh dan berduri itu tumbuh bunga yang cantik dan daripada ulat yang berselindung, telah bertuka menjadi rama-rama yang cantik….” Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun elihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima lain daripada Allah, PERCAYALAH…Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan… Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan..Teruskan berdoa tanpa ragu-ragu dan megeluh. Duri hari ini adalah Bunga pada hari esok. Allah mengurniakan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya….

Nah, sekarang saya mulai faham mengapa semakin saya berdoa kepada Allah unruk diberikan kekuatan, maka semakin itulah saya rasa hari-hari yang saya lalui di tempat kerja merupakan hari yang kemenatkan, menyeksakan dan menjengkelkan dalam hidup saya kerana terpaksa melalui pelbagai karenah manusia yang amat mencabar kesabaran yang kian menipis. Rupa-rupanya Allah ingin saya menjadi manusia yang leeeeebbbbiiiih bersabar…lebih bersabar daripada biasa..pendek kata, Allah hemtam saya cukup-cukup agar saya jadi biasa dengan keadaan tersebut dan sekiranya suatu hari kelak saya berhadapan dengan perkara yang lebih teruk, saya akan mampu untuk menghadapinya. Sebagai contoh kata yang lain, macam kita belajar main basikal..mula-mula kita jatuh,kita angkat..kita jatuh,kita angkat lagi,dan cuba lagi..kita jatuh dan angkat dan akhirnya lama-lama kitak takkan jatuh kerana kita sudah mampu melakukannya dengan betul dan baik..Begitu juak dalam keadaan saya..Allah mahu saya berhadapan dengan pelanggan yang cerewet, pelbagai karenah dan pendek kata menggunakan “hak”nya sebagai pelanggan dengan sebaiknya dengan kadar yang kerap supaya saya terbiasa untuk melayani karenah mereka yang pelbagai..(mcmla mereka berikan layanan dan hak sebagai manusia biasa kepada saya..huhu) Mula-mulanya, saya akan melakukan kesilapan dan secara tidak sengaja akan menunjukkan kekasaran namun lama2, saya akan terbiasa dengan keadaan tersebut dan mungkin pada suatu hari kelak, saya akan terbiasa melayan pelanggan sebegini dan lebih bersabar pada masa akan datang disamping melayan mereka dengan lebih baik..Bk kata pepatah, alah bisa tegal biasa..Alhamdulillah, saya mula sedar bahawa itu sebenar yang ingin Allah tunjukkan kepada saya…

Dan seterusnya, kebetulan untuk mencari semangat yang kian menghilang, tiba-tiba seorang pakar motivasi mengatakan…”Rezeki Allah luas, usah berebut-rebut dan usah khuatir..Setiap orang punya kelebihan rezeki masing-masing..” Justeru terus memulihkan semangat saya yang kian pudar…Di samping itu, beliau turut mnyebutkan bahawa setiap pekerjaan yang kita hendak lakukan haruslah IKHLAS…ikhlas maksudnya tidak mengharapkan apa-apa pembalasan sebagai ganjaran..Cuba tanamkan dalam fikiran tentang apa yang mampu kita berikan kepada seseorang dan bukannya apa yang orang mampu berikan kepda kita.Dengan itu, hidup akan menjadi lebih bermakna..Ya..betul semua itu..setelah saya mendengar kata-kata tersebut, saya mulai merasa perubahan yang amat ketara..bahu yang saya rasakan selama ini berat dengan keluhan terasa sangat ringan setelah memikirkan bahawa saya harus ikhlas dalam bekerja..walaupun kerja ini cumalah biasa-biasa dan remeh dalam mata anda, namun bagi saya, kerja ini memberikan seribu banyak pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya dan benar-benar mengajar saya apa erti hidup realiti dan mengajar saya erti kesabaran..Walaupun mungkin anda akan mengatakan :What a big deal??” dengan apa yang konflik yang sedang membelenggu ini, namun bagi saya ini adalah satu fasa yang amat penting dalam hidup saya. Lagipun, walaupun personaliti saya seperti seorang yang agak terbuka namun tetap terselit satu sifat pemalu dan kurang sabar dalam diri saya sekiranya berhadapan dengan orang yang terlalu ramai..Justeru, kisah ini saya tidak anggap sebgai remeh kerana sememangnya saya akan berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai karenah pada masa hadapan..Yalah, sebagai seorang guru, saya harus berhadapan dengan karenah kanak-kanak dan ibu bapa yang pelbagai..Saya rasa malu dengan cara layanan saya terhadap orang. Saya mulai sedar bahawa hidup ini ada kaitan antara satu sama lain..mungkin pada saat ini, orang yang berada dihadapan kita tidak memberikan sebarang manfaat kepada kita namun ingatlah bahawa dunia ini kecil..mana-mana kita pergi, InsyaAllah, kita akan temui orang yang pernah kita hadir melintas atau berselisih bahu dengan kita suatu hari nanti..jika bukan sebagai rakan kepada rakan anda, mungkin juga rakan kepada saudara kita, atau rakan kepada ibu bapa kita atau rakan kepada guru kita atau yang lebih teruk, orang tersebut mungkin bapa mertua kita sendiri..???oh no!!! sesujngguhnya kita tidak akan tahu sebarang kemungkinan dan kebetulan yang hadir dalam hidup kita ..Jadi, saya fikir, saya masih mempunyai masa untuk mengubah segalanya menjadi lebih baik iaitu melayan semua orang dengan baik dan hormat..dan alhamdulillah saya agak berjaya dalam melakukannya walaupun kadang-kadang saya agak kecundang dengan bisikan syaitan dan gangguan lelaki yang xpaham2 bahasa..huhu..maafkan saya semua orang.. Dan sekiranya anda ada bertegang urat dengan rakan sekerja, memadailah anda yang dahulu menghulurkan kemaafan walaupun nyatanya kita bukan berada dalam pihak yang salah kerana anda tidak akan rugi jika mengalah..walaupun hati sendiri sakit namun biarlah kita belajar untuk mengalah untuk seketika.Ingat jangan besar-besarkan keadaan kerana kita adalah rakan sekerja..sama-sama mencari rezeki..mana-mana berjalan atau lari pun kita kan tetap bertembung jua..Saya juga pernah terfikir.Sekarang saya boleh lari daripada masalah berhadapan dengan orang ramai dengan berhenti kerja namun bagaimana agaknya kelak jika saya sebagai seorang guru harus menghadapi masalah murid dan ibu bapa yang lebih mencabar. Saat itu, saya tidak akan dapat lari kerana disitulah tanggungjawab saya bermula dan kerana itulah saya yakin bahawa Allah mentakdirkan saya untuk menghadapi semua ini sebagai salah satu persediaan terhadap apa yang bakal berlaku suatu hari kelak. Saya rasa personaliti saya yang agak “berkurung” ini tidak sesuai bekerja di tempat awam sebegitu @ sebaiknya saya rasa saya patut mengubah sikap saya ini kepada yang lebih baik..hurm, mungkin ini boleh dijadikan sebagai salah satu azam baru???InsyaAllah..

Alhamdulillah…satu sesi luahan telah berjaya saya lakukan..saya gembira kerana segalanya berakhir dengan baik..syukur alhamdulillah saya juga memperoleh hasil yang agak mencukupi untuk menampung hidup sepanjang cuti dan sebelum kembali belajar lagi..Walaupun agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk berbaik dengan kawan rapat sebelum berhenti kerja namun saya harap pemberian saya dia sudah terima dengan baiknya..huhu..entah apa yang membuatkannya berkecil hati..Maafkan Mimiey kak Lia..Hurm..Saya sedar saya bukannya sangat sempurna untuk memberikan kata nasihat kepada semua namun saya punya cerita dan pengalaman yang boleh dijadikan ikhtibar, panduan dan sempadan kepada sesiapa yang membaca..jika adala..hehe..sekiranya pengalaman anda semua sama dengan saya, maka bolehlah kita saling bermuhasabah diri namun sekiranya cerita hidup kita berbeza, saya andaikan semoga anda terhibur membaca cerita pengalaman yang tak seberpa saya ini..yang buruk datangnya daripada saya sendiri (ya, sangat betul itu!!) dan yang baik hanya datang daripada Allah S.W.T. Maaf andainya tersilap taip atau terkasar bahasa namun sememangnya saya hanya ingin kongsikan pengalaman ini dan ingin menasihatkan diri sendiri juga..