Tuesday, January 25, 2011

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

- Artikel iluvislam.com



Jauhkan Rindu..

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

http://www.iluvislam.com

Jagalah Hati

"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertakafur mengingati mati. Jika kau tak ketemui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."


Sunday, January 23, 2011

Teori Pembelajaran Vygotsky


-Pentingnya memenfaatkan persekitaran dalam pembelajaran
-Persekitaran meliputi orang, kebudayaan, pengalaman
-Kepentingan hubungan antara individu dan persekitaran sosial dalam pembentukan pengetahuan
-Interaksi sosial iaitu faktor terprnting yang dapat memacu perkembangan kognitif seseorang
-Proses belajar akan jadi lebih efisien dan efektif apabila murid belajar secara kooperatif dengan murid lain dalam suasana dan persekitaran yang menyokong dengan bimbingan seseorang yang lebih dewasa seperti ibu bapa dan guru
-Berkembangnya model pembelajaran kooperatif, model pembelajaran interaksi rakan sebaya, model pembelajaran kelompok dan model pembelajaran penyelesaian masalah
-Mengetengahkan 2 idea:
*perkembangan intelektual murid dapat difahami dengan hanya dalam konteks budaya dan sejarah pengalamanmurid (Slevin, 1997)
*perkembangan intelektual bergantung kepada sistem tanda setiap individu yang selalu berkembang (Slevin, 1997)

Teori Dienes

-Merancang 1 sistem yang berkesan untuk pengajaran M3 untuk menjadikan M3 lebih mudah dan minat untuk dipelajari.
-Konsep M3 boleh dipelajari melalui 6 peringkat:
*permainan bebas
*permainan berstruktur
*permainan mencari ciri-ciri
*permainan dengan perwakilan
*permainan dengan simbol
*permainan dengan formalisasi
-Menggariskan beberapa prinsip:
*Prinsip konstruktiviti (memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik)
*Prinsip Perubahan Perspeptual (Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep M3.
*Prinsip Dinamik (Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk 1 konsep

Teori Ekologi Bronfenbrenner

-1979
-Proses perkembangan dan pertumbuhan organisma yang terangkum dalam sistem persekitaran itu memntingkan interaksi antara satu sama lain
-Terdapat 5 sistem:
*Sistem mikro-rumah dan ahli keluarga
*Sistem Meso- hubungan individu dengan individu lain (jiran, sekolah)
*Sistem Ekso- Tidak melibatkan individu langsung tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga (tempat kerja, pasar)
*Sistem Makro- melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma nilai dan amalan masyarakat di samping persekitaran yang abstrak merangkumi sistem kepercayaan dan idealogi
*Sistem krono- perubahan keadaan dalam satu tempoh masa merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya

Isu Dan Trenda dalam Pendidikan Pemulihan

1. Strategi dan Penempatan Pelajar
*Isu Individu
-Penempatan
-Perbezaan antara individu dan penyesuaian
-Kesan kecacatan kepada individu

*Strategi pengajaran dan pembelajaran
-Pengajaran individu
-Pengajaran kumpulan

*Kemudahan dan Prasarana
-Peruntukan kewangan
-Lokasi dan jenis
-Kemudahan-kemudahan

*Keberkesanan Program Pemulihan

2. Profesionalisme Guru
*Keperluan guru
-Kelayakan, motivasi, ketrampilan, latihan guru asas

*Peningkatan Profesionalisme
-Kursus dalam perkhidmatan, pendidikan jarak jauh, kajian berasaskan bilik darjah

*Sokongan Pengurusan Sekolah
-Kerjasama, kenaikan pangkat, penghargaan dan pengikhtirafan, kebajikan, kerja berpasukan

3. Pelaksanaan Pengajaran
* Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
-Kandungan, kemahiran

*Perancang Kurikulum
-Kemahiran guru, inovasi, pentafsiran kurikulum

*Strategi pelaksanaan
-Keberkesanan kaedah, BBM, Komitmen guru

*Perbandingan pegurusan kelas pemulihan khas dengan:
-kelas biasa, Program Inklusif, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

*Bebanann Tugasan
-Jawatankuasa dalam organisasi, bilangan waktu mengajar, pengkhususan mata pelajaran

4. Isu Pelabelan dan Pengasingan
*Pelabelan
-Implikasi terhadap murid, implikasi terhadap ibu bapa, implikasi terhadap guru dan sekolah

*Pengasingan
-Kesan kepada murid, sokongan dan kerjasama, masalah pembelajaran sebagai satu kontinum

5. Isu Pengurusan Program Pemulihan Khas
*Model Pengurusan Kelas Pemulihan
-Model Hewett, Model Montessori, Stesen, Kiosk

*Model Pengajaran Kumpulan
-Model 1:3 Kumpulan yang berbeza, Model II:Kumpulan berkemahiran hampir sama, Pengajaran koperatif dan kolaboratif

*Khidmat Guru Pendamping
-Definisi dan kepentingan, Kelayakan dan kewibawaan, cara pelaksanaan

6. Tindakan Susulan, Pengawasan, Penyeliaan dan Komunikasi
* Tindakan Susulan
-merancang tindakan lanjut, melaksana pengajaran, membuat penilaian

*Pengawasan dan penyeliaan
-Peranan nazir, peranan Jabatan Pelajaran Negeri, Peranan pengurusan sekolah

*Komunikasi
-Halangan komunikasi guru pemulihan khas dan rakan guru, halangan komunikasi sekolah dengan ibu bapa

7. Kepelbagaian Kompetensi Murid
*Kompetensi kendiri
-kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, motivasi kendiri

*Kompetensi sosial
-kesedaran dan kemahiran sosial

*Pembentukan sikap
-Membina sikap positif murid , bimbingan berterusan

8. Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti
*Aspek Ibu Bapa
-Persepsi terhadap sekolah, peluang berinteraksi, kolaboratif

*Peranan Komuniti
-Persepsi terhadap murid khas, sokongan dan kerjasama, penghargaan kepada guru, intervensi awal, kesedaran

9. Isu Sistem Sosial
*Pentadbiran Pemulihan Khas
-Polisi, peerancangan kurikulum dan bantuan khas,kuasa dan pengaruh dalam pentadbiran, kolaborasi dalam pemulihan khas, kajian tentang pemulihan khas

*Undang-undang dan hak asasi manusia
-Peringkat undang-undang, Undang-undang perlindungan, Undang-undang keistimewaan, Reformasi Pemulihan Khas