Wednesday, January 19, 2011

Padi Sahabat Selamanya,Upin Dan Ipin / Original Video


Align Center


Khas buat sahabat2ku tersayang
: Zati, Nadia,Azimah,Liza, Nita
: Sheeda, Nae,Atol, Dkna, Liza, Win, Farah
:Especially for my beloved roomate, Aniey..Che2 Pei Yii n Nyuak Lee, Sulu Fenny, Wayne

Tuesday, January 18, 2011

Amali MTE3109

Tarikh 18 Januari 2011, jam 830-1030, Tempat Prasekolah IPGKBL

Aktiviti: Mengajar murid prasekolah konsep asas pranombor yang melibatkan pengenalan kepada menghitung, konsep sama banyak, lebih banyak dan kurang banyak daripada; membandingkan objek dari pelbagai attribut seperti warna, saiz, bentuk dan jenis.

Murid: Rabiatul Adawiyah binti Yahya
Perwatakan: Comel, putih, kecil (of course), pandai, ada asas menghitung dan ikat rambut senget mcm stail korea + riben pink, beg barbie kaler pink n ungu..

Pengalaman: Hehe..seronok banget coz ahernya dapat jmpa student yg betul2..bkan apa, salunya kalu dlm klas n buat pbntangan, sy kena berhadapan dgn rkan2 yg agak "sebaya" dan situasi ni buat saya agak kekok dalam menjalankan mikroteaching p&p..dahla cute..Wiwi memang cute n senang untuk diajar..Apa yang dapat sy perhatikan, kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun lebih suka belajar secara berkumpulan coz sy prasan Wiwi dok jeling2 jer Nissa (student Sheeda) yang sedang belajar menghitung kat sebelah..hehe..Makinlah menguatkan teori yang saya ketengahkan sebentar tadi(chewah), iaitu bila student Jenal (Ahmad Amirudin) p dok blajr aka men sama2 ngn student sy n Sheeda kat tp dinding..Jenal nampak agak berputus asa coz studentnya lebih memilih untuk bermain berbanding belajar..owh tedah dot com..Paling lawak part student Ben n Mina coz dua2 da dok kalut pasai student dyorang nangis n nak balit ghumah..hehe..last2, bdak 2 lekat main kuiz yang da sy sediakan utk Wiwi..hehe..
Happening sngt situasi bl jam da tunjukkan waktu 10pagi coz bebudak tau waktu 2 adalah wk2 rehat n makan..Semua da xtentu rupa n xreti nak dok diam2 da..Hehe..tb2 t'ingat kat teori behaviouris yang pnah diblajar sem2 lepas..sememangnya mrka da tau jam 10pagi adalah masa untuk makan..so, tumpuan mereka untuk belajar sememangnya da hilang..cm2la gak dgn Geng Pemz yang kepenatan. Semua da sesak nafaz coz mengajar dlm masa 2jam dengan mghadapi karenah murid yg pelbagai..

Rumusan: Saya seronok mengajar hr ni..Especially dpt men2 ngn bebudak kecil..Cumelll sesangat..Rasanya da xsbaq da nak buli diorang nih..hehe(ops, stetement bahaya)

Kesimpulan: Lastly, Madam suh wat reflection pasai amali hari ni..Fuhh, rasanya refleksi 2 da siap pun skrang..hehe..

p/s: Is missing Wiwi right now..Rasanya kalu da masa, nakla jengok2 bebudak kat pra smbil2 men buaian..ahaks!!


Sunday, January 16, 2011

R.I.P.


Finally, she's gone...Sob..sob...

Saturday, January 15, 2011

Isn't they cute?












Book To Share


Tyme tengah cari2 buku utk buat ISL dan Tutorial utk Math pagi tadi, tb2 saya terjumpa buku ni.. Agak menarik tajuknya coz internet becomes one of the most important thing in our life nowadays. Semakin banyak perkhidmatan, permainan, perniagaan yang berasaskan internet sekarang. Semua kerja menjadi mudah hanya dengan 1 klik sahaja. Perhubungan jarak jauh bukanlah menjadi satu masalah kerana kita masih boleh buka komputer atau laptop atau hp dan trus online. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Line stremyx pun da murah skarang untuk dilanggani..Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu. Tapi pernahkah kita terfikir sebenarnya selama ini kita juga sedang online dengan Allah?

Hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta. Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan.
Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal. Walaupun hakikatnya saya belum habis pun membaca buku ni (buka pun belum act...ahaks!), namun InsyaAllah saya yakin banyak manfaat yang boleh diperoleh. Tak rugipun kalau kita luangkan masa untuk membaca..Dan pesanan saya sebaiknya, amalkanlah ilmu yang didapati ya!!

Friday, January 14, 2011

Tiada Pemuda Kecuali Ali!

Ali Bin Abi talib waktu itu ingin melamar Fatimah, puteri nabi Muhammad SAW. Tapi kerana dia tidak mempunyai duit untuk memberi mahar, maka dia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpulkan duit. Pada saat Ali sedang bekerja keras, dia mendengar khabar Abu Bakar ternyata melamar Fatimah. Wah, bagaimana agaknya perasaan Ali, wanita yang dia inginkan dilamar oleh seseorang yang ilmu agama nya lebih hebat dari dia. Tetapi Ali tetap bekerja dengan giat. Kalau zaman sekarang,confirm jadi kes jenayah…”Kalau aku tak dapat,orang lain pun tak boleh dapat”…

Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar khabar kalau lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira tentunya, kata Ali “waah, saya masih mempunyai peluang ”. Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih giat lagi agar cepat mengumpulkan duit dan segera melamar Fatimah. Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar kalau Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Wah, sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaanya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar kalau lamaran Umar bin Khatab ditolak. Betapa senangnya Ali mendengar berita itu.

Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar Kerana terdengar khabar lagi, ternyata Usman bin Affan melamar Fatimah. Ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali “mungkin kali ini diterima. Kalaulah Usman tidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi , apa hendak dikata , Ali masih mendahulukan orang lain daripada kepentingan dirinya sendiri. Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabar ditolaknya lamaran Usman bin Affan pun terdengar lagi, betapa bahagianya Ali. Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat Ali. Kata sahabat nya “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamu kan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk memberi mahar. ..tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik cepat!!!”Dengan segera Ali memeberanikan diri untuk menghadap Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah dan yang lebeh mengejutkan,LAMARANNYA DITERIMA!!!

Ternyata memang dari dulu Fatimah sudah mempunyai perasaan dengan Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga sudah mempunyai perasaan dengan Fatimah...Kedua-duanya tidak pernah saling berbalas renungan…tidak pernah berbicara…Tetapi kedua-duanya hanya mendiamkan diri dan tidak meluahkannya kerana mengharapkan keredhaan Allah melalui satu perhubungan yang halal dan yang pasti.. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saat nya tiba, sampai saatnya ijab Kabul disahkan . Walaupun Ali sudah merasakan kekecewaan 3 kali mendahulukan orang lain, akhirnya kekecewaan itu terbayar juga.

Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang, namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta dan kita seharusnya mengenali Pencipta Cinta itu terlebih dahulu sebelum mengenali orang yang diciptakan untuk cinta.Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Puteri kesayangan Rasulullah tentang membingkai perasaan dan Bertanggung jawab akan perasaan tersebut. Dan Ali pun menikahi Fathimah dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat-sahabatnya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya kerana itu merupakan hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Uthman. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang, bukan janji-janji dan nanti-nanti. Ali adalah gentleman sejati..“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali” Inilah jalan cinta para pejuang sejati. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti seperti Ali.

Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi,dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari setelah mereka menikah, Fathimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, Aku pernah satu kali meminati dan merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”. Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”. Fatimah tidak terus menjawab pertanyaan Ali dan berkata akan memberikan jawapan pada keesokan harinya. Ali pun tidur dengan keadaan yang gelisah pada malam tersebut. Keesokan harinya, Ali bertanya kepada Fatimah…”Wahai Fatimah, siapakah pemuda yang telah menambat hatimu sebelum aku menikahimu?”…Fatimah menjawab “Pemuda tersebut adalah seorang lelaki yang berani serta bertanggungjawab dan keberaniannya akan kukagumi selalu”…Ali pun tidak sabar-sabar hendak mengetahui siapa pemuda tersebut… Sambil tersenyum Fatimah lantas menjawab,”Pemuda tersebut berada di depanku…“ Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya. "Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana Allah di atas wanita atau pemuda kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah, Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"

p/s: Cerita ini adalah dikisahkan menurut penceritaan yang mudah untuk difahami,InsyaAllah tegurlah jika ada sebarang fakta yang tidak benar...Jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti…Kerana janji Ilahi pasti akan ditepati…Kekasih halalku masih dalam rahsia Kitab Ilahi.Aku menantinya untuk kuberikan hati ini kerana di dalam jasadku bersemadi tulang rusuknya.Dialah sebenar-benar pemilik cintaku setelah Allah dan Rasullullah. Dan aku hanya ingin meirindui dan mengasihinya dalam redha dengan lafaz “Aku Terima Nikahnya”…Semoga Allah mengizinkan…

taken from : http://seindahlavenderbiruberduri.blogspot.com


Hidup Kami

Sejak pak mat indon memulakan aktiviti memusnahkan dan membina bangunan baru di maktab, saya rasa xbest sangat2..Sebab terlalu banyak perubahan yang berlaku..Perubahan yang agak kurang menyenangkan..Tambahan pulak, sekarang da masuk musim hujan dan kadang-kadang ada sbahagian daripada kawasan terkena banjir. Perjalanan ke kelas yang sememangnya tidak seronok kini bertambah makin tidak seronok kerana kami harus melalui jalan yang becak, hujan yang lebat dan kereta yang ber'simpang-siur' lalu tanpa menghiraukan pejalan kaki yang kebasahan dan malang seperti kami ini..uhuk2..Payung sememangnya benda yang wajib kami bawak ke kelas waima laki @perempuan, kuliah pagi@petang..Kasut adalah benda yg paling kasihan coz tiap2 hr kna lalu tmpat becak..Hurm, situasi sekarang buat saya terfikir sejenak..Rasanya keadaan di maktab sekarang ni sememangnya memberikan pengalaman yang sangat bermakna kerana belum posting lagi dah merasa camna mengharungi perjalanan ke sekolah di pedalaman sana..hehe..Kalu xpecaya, hurm, tgkla gmbaq kat bwah..

Kawasan gym
Banjir kat blok library (oh tedah dot com)
Tepi blok pentadbiran (bertambah teruk coz hujan yg trun xhenti-henti)
Kawasan depan library
Padang (nila yang buat malas nak trun joging tiap2 ptg ;p)

Odw p kelas..jalan becak n kotor Bakal blok pentadbiran baru a.k.a bekas asrama laki a.k.a bekas Blok G
Harapnya keadaan makinla baik nanti coz memang susah gler trun klas dlm keadaan kotor mcm ni..Buat masa skrang, ktaorang kena sabaq jerla dengan keadaan kat mktb skrang nih..huhu

*gambar adalah atas ehsan bebudak mktb