Friday, September 24, 2010

Love you my Dear

Awak, saya sayangkan awak...
Sayangkan awak sangat-sangat..
Sejak kita kenal, saya mula belajar tentang diri awak..
Kadang-kadang awak susah nak difahami,
Tapi saya tak kisah..sebab saya sayangkan awak...

Awak, terima kasih kerana selalu ada waktu saya senang atau susah..
Saya tahu bukan senang nak jadi teman saya..
Terima kasih kerana terima saya seadanya..
Terima kasih kerana awak fahami saya..
Terima kasih kerana awak sokong saya..

Awak, awak tahu tak yang awak antara orang yang penting dalam hidup saya??
Saya tak tahu bagaimana kalau awak tiada dalam hidup saya..
Sesungguhnya, kehadiran awak membawa sejuta kebahgiaan dalam hidup saya..
Walaupun kadang-kadang kita ada masam muka, tapi dalam hati saya, awak sahaja yang saya ada..

Awak,
Saya luah semua ini semata-mata untuk awak...
Saya mahu orang tahu bagaimana perasaan saya terhadap awak..
Bagaimana saya terlalu menghargai kehadiran awak dalam hidup saya..
Bagaimana saya takut akan kehilangan awak dalam hidup saya...

Awak,
Nur 'Izzati, Nadia, Nita, Haliza Dawi, Normasheeda, Naimah, Haliza Osman, Muhdiyatul Anam, Dygku Nurul Ashikin, Nur Azimah Raha, Jong Pei Yii, Fenny Silong dan semua AWAK yang pernah hadir dalam hidup saya...
Saya sayang AWAK semua..
Saya doakan semoga persahabatan kita berkekalan selama-lamanya..
Andai kita jauh suatu ketika kelak, ingatlah segala kenangan kita sepanjang kita pernah bersama..
Maafkan saya sekiranya saya selalu menyakiti hati AWAK samada saya sedar atau tidak..
Terima kasih AWAK semua kerana sentiasa hadir dalam hidup saya..
Kehadiran AWAK semua telah banyak mewarnai hidup saya..

Awak,
Saya mahu awak tahu bahawa awak penting dalam hidup saya, kini dan selamanya...

Astagfirullah..


Thursday, September 23, 2010

Love Makes Me Hurt??

Does love really hurt??
I asked myself..
I convinced myself..
That love doesn't really hurt me..

Actually..
Love does hurt..
Love does have to hurt..
Because love needs sacrifice..

Why love can't be easy?
Why loving someone can't be easy?
Love should be the most precious and glory and with a blink-blink moment in someone's life..

I do have experience being in love..
I realize I've made a lot of mistakes..
Yes, I'm still in pain
I'm still hurt although times passes by..
Hoping for something that no one else knew...
Hoping for forgiveness..
Hoping for a new chance..

I pray and I asked for strength..
To survive in this challenging life..
I'm not giving up with love..
Although it hurts, but love gave me inspiration..
As I knew that I'm not alone..
I have someone to be with..
and importantly
To keep the patience while struggling with OUR bumpy journey of life..

Astaghfirullah...

InsyaAllah, saya sanggup...

Insya Allah saya sanggup..
Jika diberi satu peluang..
Jangan tanya saya mampu atau tidak..
Kerna saya sudah janji, saya sanggup..

Jika sudah begitu jalannya,
Saya redha..
Namun, izinkan saya merasai dahulu peluang tersebut..
Agar tiada rasa sesal dalam hati saya..
Sesal kerana kisah silam..

Jangan tanya jika saya berharap atau tidak..
Kerna saya sudah janji,
Saya akan usaha
Saya akan cuba lakukan yang terbaik..

Maaf atas segala..
Saya manusia biasa..
Tidak lari dari sifat lemah..
Tidak lari dari melakukan salah..

Astaghfirullah...

Tuesday, September 21, 2010

Jangan...

Jangan salahkan dia kenapa dia rajin belajar..
Jangan salahkan dia kenapa dia banyak buat nota...
Jangan salahkan dia kenapa dia siap semua kerja..
Jangan salahkan dia kenapa dia belajar tapi tak pandai-pandai..
Jangan salahkan dia kenapa dia belajar markah masih rendah..
Jangan salahkan dia kenapa dia belajar tapi markah tidak setimpal dengan usahanya...
Jangan salahkan dia..jangan perlekehkan usaha dia...jangan lihat dia sebelah mata..jangan ingat semua usahanya sia-sia...
Dia buat itu bukan sengaja, tapi dia buat itu kerana itu sahaja yang dia ada..Dia PERLU buat itu semua....
Kerna dia telah berusaha, kerna dia telah berdoa, kerana dia telah berikhtiar...
Dia sedar sentiasa ada orang berkata-kata, dia sedar dia bukan sebaik mereka..Maka dia sentiasa berusaha..dan sentiasa berusaha..
Orang selalu tanya dia..Kenapa dia belajar tapi hasil usahanya tiada..
Ya, mungkin ada silap dia..Apakan daya setakat itu rezeki dia...
Dia juga sedar, kenapa segalanya seakan sukar..
dia juga terasa, kenapa orang kurang usaha dapat lebih baik daripadanya..
Kadang-kadang dia hampir putus asa..
Kadang-kadang dia rasa diri hina..
Kadang-kadang dia lupa Allah yang telah menentukan segalanya...
Kadang-kadang mereka juga lupa Allah yang merancang segalanya...
Dia takut orang kata dia menunjuk, dia bukan begitu...Dia sedar mindanya bukan sebaik mereka..Jadi dia harus lebih kuat berusaha..Biar dia setanding mereka...Walaupun tidak sebaik mereka....
Mungkin bukan rezeki dia...mungkin bukan kelebihan dia..mungkin bukan keistimewaan dia...
Mungkin belum tiba saatnya dia kecapi hasil usahanya itu...mungkin belum layak baginya untuk merasa nikmat yang satu itu...Mungkin Allah sengaja tangguhkan kebahagiaan kejayaan untuknya itu...
Untuk satu saat yang tidak akan sesiapa tahu...
Dia pun tak akan tahu...
Mereka pun tak akan tahu...
Hanya Allah yang tahu..
Jangan...jangan salah anggap padanya..kerna dia tak punya apa-apa kelebihan seperti mereka...kerna dia sedar dia mesti punya usaha...yang buat dia setanding dengan mereka
Kepada mereka, bimbinglah dia, pimpinlah dia..
Jangan biar dia di sana..
Menanti pengharapan yang tak kunjung tiba..
Menanti kejayaan yang belum tentu ada..
Kepada mereka,
Harap kita dapat sama-sama berjaya..
Bukan MEREKA sahaja..
Tapi KITA SEMUA...

Tolong ..
.....
Please...
...
Kerna Dia adalah Saya...

Wallahualam...

Astaghfirullahalazim...

Sabar ye Cik Mimot :)

Saya akan bersabar.....sentiasa bersabar..InsyaAllah, orang yang bersabar akan mendapat rahmat yang tidak terhingga...ya, saya akan bersabar...sabarlah wahai hati...saat itu pasti akan datang jua kelak...entah bila, tak siapa yang tahu, yang penting...sabarla....:) Jodoh itu pasti akan tiba....sabarlah..mati itu satu kemastian...sabarlah..ujian itu sentiasa akan ada, tabahlah...wahai hati...redhalah akan semua yang berlaku....kita bukan sapa-sapa..hanya makhluk yang diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepadaNya...bukan untuk bersoal-bertanya-bercanggahan- tentang apa yang telah ditetapkannya...Ingat satu perkara..hidup, ibadah dan mati kita hanya untuk Allah..HANYA UNTUK ALLAH... Bila kita ingat Allah, kita tidak akan mensia-siakan hidup ini...Bila kita ingat Allah, kita akan rasa selamat...Bila ingat Allah, tiada rasa putus asa..Tiada jalan mati jika kita ingat Allah...La Tahzan..Khusznuzonlah terhadap setiap perkara..InsyaAllah, hati akan senang, muka pun akan sentiasa awet muda!!!! Yippi yay!! Peringatan buat semua dan diri sendiri...(Jika ada yang membacala..hehe)
Last but not least, Bersabarlah Yer Cik Mimot...:) Wallahualam..
Astaghfirullah...

Thursday, September 2, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Assalamualaikum...
bismillah hirrohmanirrohim...
apa kabar hati?? masihkah seperti embun? tertunduk tawadduk di pucuk2 daun... masihkah ia seperti batu karang? berdiri tegar, menghadapi gelombang ujian...
apa kabar iman?? masihkah ia seperti bintang? terang benderang menerangi kehidupan...
apa kabar sahabatku?? dimanapun dikau berada semoga ALLAH sentiasa MELINDUNGI dan MENJAGA serta MEMBERI KASIHATAN kepada mu hari ini, esok dan untuk selamanya...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!!

wassaalam...
-Fikah Islam

Wednesday, September 1, 2010

Bila Usia Meningkat


Bila usia makin meningkat...Bila usia makin tinggi...Bila usia makin banyak..Bila usia makin tua...
Sebagai peringatan...sebagai panduan...sebagai tanda kesyukuran bahawa kita dipanjangkan usia hingga saat dan ketika ini...

Walau apa pun sebabnya, bersyukurlah kerana kita lahir dalam Islam, kita lahir dalam keadaan yang sedia ada iman dan kita lahir sebagai pemberi senyuman ibu dan bapa...
Bila sambut hari lahir..tiba-tiba saya jadi sebak...betapa singkat lagi masa untuk saya beramal...saya jadi takut andai tidak sempat untuk beribadat di kala usia yang semakin pendek...saya jadi bingung adakah cukup semua amalan saya selama 23 tahun saya hidup di muka bumi Allah ini...

Ya Allah..ampunkanlah dosa hambaMu ini...sesunggunya aku hambaMu yang alpa..selalu melakukan dosa sama ada sedar atau tidak..Sesungguhnya hidupku, ibadahku, amalanku dan matiku adalah untuk Allah... adalah untuk mencari keredahaan Allah..adalah untuk mencari bekalan di 'sana' nanti...

Di kala usia yang semakin meningkat ini, saya sedar bahawa saya harus berubah...saya harus lebih matang...saya harus lebih beristiqamah dalam melakukan amal...Ya Allah, sesungguhnya aku sedar aku punya banyak kekurangan..aku orangnya sederhana sahaja, tidaklah terlalu cantik dan tidaklah terlalu bijak..yang aku ada cuma kerajinanku..aku bermohon ya Allah, aku bermohon semoga sifat ini dapat aku manfaatkan untuk terus meningkatkan amal ibadah terhadapmu dan meningkatkan amal jariah sesama makhluk..Izinkan aku ya Allah untuk terus berbakti kepadaMu..Jauhilah aku daripada sifat-sifat mazmumah dan perhiasilah aku dengan sikap-sikap mahmudah...Aku bermohon semoga pertambahan usia ini juga turut memperingkatkan keyakinan ku dalam segala urusan..

Aku bermohon ya Allah, semoga Kau kekalkan ilmu yang diperolehi supaya aku dapat mempergunakannya di alam kerjaya nanti..Izinka aku untuk mendidik anak bangsaku menjadi hambaMu yang bertakwa...Di kesempatan ini, aku bermohon semoga kau peliharalah kedua ibu bapaku kerana tanpa mereka siapalah aku Ya Allah...

Amin Ya Rabbal Alamin...
Astagfirullahal azim...